"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Apa yang tinggal untuk anak Adam...

0
Subhanallah wal hamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita hambaNya yang tiada upaya ini..
La haula wala quwwata illa billah..

Ya Allah Ya Wadud..Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim..



Dalam satu hadith Rasulullah SAW, baginda bersabda

"Setelah meninggalnya anak adam,maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan tiga perkara iaitu 1) Sedekah Jariah, 2) Ilmu yang bermanfaat, 3)Doa anak2 yang soleh"

Bila dilihat hadith ini, terasa peralihan ke alam baru ini, masih sangat jauh persediaannya.

Kebiasaan manusia, bila akan menghadapi peperiksaan, menghadapi interview, menghadapi presentation atau menghdapai kehidupan baru sangat terasa takutnya dan seperti biasa persediaan yang dibuat amat rapi

Ada yang sampai tidak tidur malam, ada yang makan pun ala kadar sahaja, tak boleh buat apa2 melainkan hanya menumpu kepada persediaan untuk menghadapi perkara2 penting dalam liku kehidupan

Tetapi pernah kah kita terfikir mengenai persediaan kita untuk menjejak alam selepas alam dunia ini, iaitu alam barzakh dan alam akhirat kelak

Mendengar pengisian dari umi sabariah mengenai hadith ini..

Bila bercakap soal sedekah jariah, mungkin hanya "duit" atau "wang" yang terbayang di fikiran kita, tetapi sedekah ini luas maksudnya 'sesuatu yang kita beri yang kita korbankan' demi keberlangsungan sesuatu.

Seperti masa, perasaan, idea, pandangan, barang2 keperluan atau barang harian dal pelbagai lagi yang boleh kita niatkan untuk bersedekah..

Sedekah jariah ini juga sesuatu yang kita beri atau keluarkan tetapi ia bermanfaat dan berterusan untuk untuk sepanjang zaman atau masa

Jadi buat sahabat2 yang berusaha membantu dakwah islam dan perjuangan islam, niatkanlah setiap langkah perjalanan, setiap masa yang diberikan, setiap tenaga yang disumbangkan, setiap pandangan, pengisian dan kata2 yang diucapkan, setiap pergerakan tangan

Segala semua perbuatan kita diniatkan untuk sedekah jariah, Insyaallah
Sedekah yang berpanjangan dan bermanfaat untuk kesinambungan umat islam kelak ini

Semoga segala sedekah yang kita niatkan boleh menjadi penerus amalan kebaikan kita bila saat kematiaan itu menjelma kelak
.Insyaallah
Bila sebut ilmu bermanfaat pula
Jangan kita sia2 kan ilmu yang kita peroleh, ilmu yang kita pelajari \
atau ilmu2 yang kita peroleh semasa mendengar tazkirah, ceramah, nasihat,melalui perbualan bersama rakan2 atau pengisian di televisyen di radio

Ilmu2 yang kita perolehi itu perlu disampaikan perlu dimanfaatkan serta perlu dipanjangkan

Moga2 setiap perkataan ilmu yang kita kongsikan itu boleh menjadi penerus amalan kita bila tiba saat Allah menjemput kita

Doa anak2 yang soleh pula,
Bagi yang sudah berbaitul muslim serta mempunyai cahaya mata
Teruslah mendidik anak2 agar ia menjadi anak2 yang sentiasa mendoakan kita kelak sentiasa taat suruhan Allah SWT serta menjadi anak2 penyejuk mata kelak

Di usia kecil mereka, lorongkan mereka ke jalan yang soleh dan solehah ke arah hafiz-hafizah agar di akhirat kelak boleh mereka menarik kita bersama ke syurga Allah SWT

Sungguh panjang lebar umi saba menerangkan mengani hadith ini

Hati ini puas..alhamdulillah
Bila pengisian atau butir2 pengisian itu lahir dari hati, lahir dari jatidiri yang aqidahnya kukuh, yang perjuangan islam nya jelas, sungguh ia amat memberi kesan

Moga segala ilmu ini bermanfaat
Wallahualam

Bila Membeli Wajib Membayar...

0
Alhamdulillah diizin ALLAH menikmati santapan rohani dan suntikan semangat di pagi hari bersama Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..Waktu yang agak mencerumbui tetapi sungguh memberi kesan pada diri, padat dan tepat mengenai diri sendiri..



Dalam surah at-taubah : 111-112
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah dalam kitab Injil, Taurat dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya melainkan Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar"

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berjalan mencari redha Ilahi, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran, serta yang memelihara hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu"

Bila Allah sebut beli, maka Allah akan bayar..

Ganjaran Allah buat para mukmin yang menginfakkan diri dan harta mereka ke jalan Allah swt sunggun Syurga menanti di akhira kelak

Antara golongan ini ialah mereka yang bertaubat, bila sentiasa bertaubat dan benar-benar menyesali kesalahan lepas serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi, kita seolah-olah kembali semula ke dunia, lahir kembali  dengan jiwa, ruh dan fizikal yang bersih..

Pernahkah kita terfikir kesalahan dan dosa yang kita lakukan menyebabkan lambatnya kemenangan perjuangan Islam itu sendiri serta menjadi penghalang bagi kelancaran dan keberjayaan matlamat dakwah Islam itu

Jadi sentiasalah bertaubat, membersihkan ruh serta jiwa agar setiap yang kita lakukan, setiap titis peluh yang menitis, setiap langkah kita, setiap kepingan duit yang dihulurkan dan setiap kali pengorbanan perasaan demi keberlangsungan Islam ini dinilai di sisi Allah kelak

Dalam pesanan Ustaz Tuan lagi, beliau mengingatkan setiap pendokong agama Allah mesti Sentiasa IKHLAS, Banyakkan BERSABAR dan Teruslah ISTIQAMAH..

Sabar, sabar dan terus Sabar

Satu lagi motivasi yang meningkat semangat Islam dalam diri..

Kita yang mengaku mendokong dan memperjuangkan agama ALlah ini, apa yang telah kita lakukan sebenarnya??

Apa yang akan menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa kita benar2 telah membantu memperjuangkan agama Allah

Ada satu kisah semasa Perang Tabuk,
Seorang wanita tua yang tiada wang, harta dan keuzuran tenaga tidak mampu untuk bersama menyumbang dalam medan peperangan Tabuk ini, tetapi beliau mengrimkan 2 helai rambutnya supaya diikat di kaki kuda semasa peperangan berlangsung. Harapan wanita itu, semoga rambut itu tadi dapat menjadi saksi di akhirat nanti bahawa beliau sentiasa bersama2 perjuangan Islam walau tidak berkemampuan untuk mengikuti peperangan.


Sungguh mengerti mak cik itu mengenai penting nya kita menyumbang untuk memenangkan Islam

Satu puisi Syeikh Ahmad yasin juga sebelum beliau syahid,
Mengatakan
"Kamu telah menyaksikan Masayarak kami dibunuh
Kamu telah menyaksikan Askar Kami dibunuh
Kamu telah menyaksikan juga, rumah dan ladang2 ternakan dan sayuran habis dibakar

Tetapi pada saat iu
Dimanakah kamu,
Pada saat kami memanggil kehadiran kamu,
Kamu di mana saat itu

Adakah wang dan harta kamu sampai kepada kami
Adakan bantuan makanan dan senjata kamu sampai kepada kami
Adakah kamu berdoa untuk kami dan kemenangan islam
Adakah kamu mengikati kami setiap kali waktu gembira dan kekenyangan kamu"

Sungguh terkena pada diri..
Adakah doa pun sukar untuk kita titipkan buat mereka??

Masyaallah, Subhanallah

Buat semua pejuang agama Allah di mana saja berada
Dekat atau Jauh
Ku doakan kalian terus diberi kemudahan , diberikan ketenangan hati, diberi kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi segala mehnah perjuangan Islam ini

Sesungguhnya ISLAM sentiiasa menang..Insyaallah

Dalam surah Al-Waqiah (hari kiamat)

Bagaimana Allah ceritakan di akhirat kelak nanti Allah telah mengasingkan dua golongan besar

Golongan Kanan dan Golongan Kiri

Golongan Kanan yakni yang sentiasa mendekatkan diri pada ALlah, berlumba-lumba membuat kebaikan

Manakala golongan kiri yang banyak mengingkari perintah Allah, hidup tanpa arus panduan.

Alangkah mulianya golongan kanan ini dan amatlah sengsara buat golongan kiri..

Kita bagaimana di akirat kelak nanti..

Terus bekerjalah, beramallah dan berjalanlah di setiap pelusuk dunia ini
Dengan terus menuntut ilmu dan menabur budi dan bakti dalam memperjuangkan agama Allah ini

Fikirkan nasib dan saat kita di akirat kelak dan di padang mahsyar kelak

Bekerjalah bersungguh-sungguh bagai hari ini hari yang terakhir kita di dunia ini serta bagaikan hari esok hari yang terbaik buat kita
Optimislah..Insyaallah dipermudahkan jalannya..

Dan satu lagi pesanan Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Di akhir zaman ini terlampau banyak fitnah
Fitnah ni, jika Allah nak turunkan tidak kira baik atau tidak seseorang itu, alim atau tidak semua pasti akan terkena dan diuji dengan fitnah ini

Jadi sentiasalah berdoa pada Allah agar kita semua dijauihi dan terlindung dari FITNAH DUNIA dan seisinya, dari FITNAH WANITA/ LELAKI serta dari FITNAH DAJJAL..ameen

Wallahualam

DUNIA semakin tenat, bersediakah kita??

0
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Subhanallah sesungguhnya Allah Al-Malik..
Kisah israk mikraj sangat memberi kesan kepada kita semua.Semoga semua kisah ini memberi iktibar yang besar buat umat Islam..\
Itulah antara mukjizat teragung yang Allah kurniakan buat Nabi Muhammad SAW

Semasa perjalanan Israk Rasulullah SAW (dari masjidil haram ke masjidil al-aqsa), baginda bersama malaikat jibril dan malaikat israfil melalui tempat-tempat tertentu.Baginda di tahan oleh seorang perempuan bongkok tiga dan perempuan itu bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW.

Kemudian Malaikat Jibril berkata itulah umur DUNIA yang sangat tua dan menanti hari kiamat..

Itu gambaran umur dunia ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW

Kini, setelah 1400 tahun lebih Rasulullah SAW meninggalkan kita, umur dunia semakin tua dan nampakya menjadi sangat tenat..



Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :

"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Ada juga hadith Rasulullah SAW yang lain,

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Itulah yang berlaku kini, di seluruh dunia, tetapi yang paling jelas dan dapat kita rasakan sekarang ini adalah di tanah air yang kita cintai iaitu Bumi Malaysia..

Fitnah semakin menjadi-jadi, kekejaman semakin berleluasa dan segala-galanya menjadi semakin tenat

Bila difikir kenapa perkara ini berlaku?kerana kita memang sudah di akhir zaman..

Manusia yang bergelar islam semakin ramai, tetapi yang menentang dan tidak menurut perintah Allah juga semakin ramai hatta ia bergelar Islam..

” Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.-Hadis Riwayat Muslim

Realiti umat Islam sekarang, yang kelihatannya ramai tetapi sedikit demi sedikit mengikut jejak langkah dan cara hidup orang Yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda
"Islam itu mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing semula. Maka beruntungla orang-orang yang asing"

Bila sebut saja pasal Islam, ia nampak pelik, bila ada pihak-pihak atau individu yang cuba mengamalkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup ia akan dilihat dengan pelik..

Walaupun sesama orang Islam sendiri, inilah juga yang dikatakan seperti buih-buih di lautan, seolah-olah tidak berguna dalam membawa panji-panji islam

Inilah dunia sekarang, makin tenat dan kebanyakan umat Islam yang ada pun turut sama menyumbang kepada ketenatan ini..

Sungguh pelik..

Cukupla memfitnah, cukuplah mereka-reka cerita mengenai sesuatu yang tidak benar

Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Allah maha Adil

Lihat saja di sekeliling kita, banyak bencana alam yang berlaku

Secara teori sains dan teori ilmuwan kita akur mengenai bencana ini

Tetapi secara fitrah dan hikmah dari Allah SWT

Isaflah kita atas segala perbuatan kotor kita yang mungkin selama ini kita tidak sedari

Kerana saat Allah turunkan bala bencana

Tidak kira siapa kita, baik atau tidak kita, Semua pasti terkesan dengan amaran Allah ini..

Aduhai dunia
Aduhai manusia
Aduhai diri

Bersediakah kita dalam menuju perjalanan kita ke sana yang kekal abadi..
Wallahualam

Sakit Penghapus Dosa

0
Alhamdulillah berakhirnya Kem  Pemantapan Solat 2011..mencabar sungguh dan memang mencabar buat diri ini..alhamdulillah Allah aturkan cukup baik, cukup cantik dan cukup indah..

Lima nikmat yang Allah kurniakan buat hambanya,
Sihat sebelum Sakit
Lapang sebelum Sempit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Hidup sebelum Mati
Buat kita gunakanlah segala nikmat kurniaanNya ini sebelum tiba saat kita tidak mampu berbuat apa lagi..
Alhamdulillah

Masih menghirup udara segar di pagi Jumaat penuh rahmat dan berkah ini..insyaallah
Kurang selesa sedikit
Allah tarik sikit nikmat kesihatan
Menguji hambanya
Moga terus istiqamah di atas setiap yang diusahakan dan ditekadkan..Insyaallah

"Allahumma solli 'ala Muhammad Tibbil Qulubi Wa dawa iha, wa 'afiyatil abdani wa syifa iha, wa nuril absor wa diya iha, wa 'ala alihi wa sohbihi wassalim" amin.. (selawat syifa')

Islam Tetap Menang dan Sentiasa Menang!!

0
Salamalaik...

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

‎"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (al-anfal : 10)

Buat semua sahabat2 di seluruh dunia, Allah tahu segalanya, Allah arif semuanya

Hikmah di sebaliknya pasti ada

Yang penting, kita terus istiqamah dan terus berusaha hingga ke akhirnya

"Ya Muqallibal QULUB, thabit qulubana 'ala dinnik, wa 'ala to'atik, wa 'ala jihadi fi sabilik"ameen...

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sbagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh!!

Sifirnya mudah, usah menyesal kelak

0
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah..Semoga kalian ditempatkan bersama-sama golongan soleh

Dan itulah harapan bagi kita setiap individu muslim
Baik di permulaan dan juga baik di pengakhiran usia kita kelak
Seterusnya baik nasib kita di alam selepas dunia ini
"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah
wa qina 'aza bannar"

Terngiang bacaan imam ketika solat subuh di suatu pagi Jumaat...

Dalam surah as-sajdah ayat 12:
Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata

"Robbana absorna wa sami'na farji'na na'mal solihan inna mu qinun"
Ya Allah, kami telh melihat, kmi telah mendengar, maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah org yang yakin

Saat dibangkitkan di padang mahsyar dan saat disaksikan segala amal perbuatan di dunia, lalu ditimbang dosa pahalanya, maka tetaplah bagi seseorang itu samada Syurga atau Neraka

Tatkala itu tidak guna lagi segala rintihan, tidk bermakna lagi segala penyesalan

Ada satu kisah zaman Rasulullah SAW, baginda lalu di kawasan perkuburan umat Islam
Baginda terdengar rintihan seorang ahli kubur, memohon pada Allah SWT
untuk dikembalikan ke dunia walau hanya sesaat agar ia boleh bertaubat dan menyebut kalimah Allah
Tetapi Allah tidak memakbulkan rintihannya itu
Sungguh bermakna masa walaupun sesaat itu bagi insan-insan yang telah kembali ke pangkuan Allah dan menyesal segala perbuatan tidak baiknya di dunia dahulu

Surah as-sajdah lagi ayat 13-14
"Dan kalau kami mengkehendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk baginya, akan tetapi telh tetaplah perkataan ketetapan daripada Ku :Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama"
"Maka rasailah oleh mu seksa ini disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat) sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula dan rasakanlah seksa yang kekal disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan"

Allah sudah menyediakan balasan baqa', balasan kekal buat hamba2 Nya yang ingkar arahan dan suruhanNya..

Ada balasan dan azab yang telah Allah turunkan ketika di dunia lagi, itu semua peringatan buat kita agar kita sedar dan kembali ke pangkuan Allah

Tetapi amat rugi manusia itu, jika segala azab, segala bencana yang berlaku di sekeliling langsung tidak diambil peduli, langsung tidak diambil ibrahnya

Neraka tempat baginya

As-sajdah : 15-16
"Sesungguhnya orang2 beriman kepada ayat-ayat Kami adalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat2 kami, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri"
"Mereka merenggangkan diri jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dn mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka"

Maka bergentarlah hati mereka apabila mendengar ayat2 Allah,
Takut dosa yang pasti dicatit jika ingkar segala suruhan Allah itu

Kerana amat jelas Dosa vs Pahala
Serta Syurga vs Neraka

Damailah wahai hati andai hatimu gentar takut jika mendengar ayat2 Allah tersebut
Bukti hatimu masih hidup dengan siraman ayat Al-Quran

Memohonlh pada Allah dengan penuh rendah diri dan bersungguh-sungguh
Takut2 amalan yang telah dilakukan selama ini sia2 tidak dikira oleh Allah
Disebabkan terpesong niat asal seseorang itu

Allah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang beriman beramal soleh

Syurga Kekal Abadi

Insyaallah

Teringat perbahasan yang melibatkan kita sewenang-wenangnya cakap
"orng itu masuk syurga , orang itu masuk neraka"

Sifir nya mudah
Yang banyak buat dosa, Allah janjikan neraka untuknya
Yang banyak buat pahala, Allah janjikan Syurga untuknya

Persimpangan yang mudah
Kita yang menentukan untuk kehidupan kelak kekal abadi

Kerana apa...

0
Assalamualaikum w.b.t

Sudah 13 hari berlalu selepas post ku yang terakhir
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan
Banyak yang berlaku dan juga beberapa hari penting turut berlalu..

Di bumi subur ini, minggu terakhir kuliyah2 berkaitan MauliduRasul SAW
Hampir dua minggu program yang disusun oleh Pusat Islam untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan masyarakat sekitarnya..

Program2 yang dihadiri pasti dimulai dengan berselawat
Namanya negeri Johor Darul Takzim,
Selawatnya berkumpulan dan berirama syahdu:) alhamdulillah

Boleh dikatakan semua masjid, surau atau persatuan Islam di mana2 pun
Pasti menyusun program sempena Sambutan Maulidurasul baru2 ini

Sudah 8 hari berlalu ulang tahun kelahiran Nabi SAW itu
Adakah sambutan dan kemeriahan pada hari tersebut sahaja??

Teringat kata2 Ustaz Muhyiddin mengenai hari bersejarah umat Islam ini
Tarikh lahir nabi SAW perlu sentiasa diingati, 12 Rabiul awal
Jika dengar nama nabi Muhammad, Rasulullah, jawablah SAW
Sentiasa banyakkan selawat ke atasNYa, mg semua peroleh syafaat kelak

Semua ini bukan bermusim tetapi semua ini perlu dilazimkan dalam diri kehidupan harian kita kelak selaku umat Nabi Muhammad SAW
Dan perlu diterapkan buat generasi2 pewaris Islam kelak..Insyaallah

Kerana apa,
kerana kita semua umat Nabi Muhammad SAW

Sungguh aku menzalimi diriku sendiri

0
Kebiasaannya di akhir setiap doa kita kepada Sang Maha Pencipta, bacaan inilah yang sering dibaca
"Rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khasirin"

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"

BERMULA TERCIPTANYA NABI ADAM as

Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.

"Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.

 Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Maka Allah memerinthkan semua malaikat sujud kepada nabi adam, sujudlah kesemua malaikat kecuali syaitan kerana mereka berasa bangga dengan diri mereka..

“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam ”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis ; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”. (Al-Baqarah 34)



"Mengapa aku perlu sujud kepadanya?Dia diciptakan dengan tanah, aku diciptakan dari api, maka aku lebih baik darinya"

Bermulalah pengingkaran iblis kepada perintah Allah, dan syaitan berjanji untuk menyesatkan cucu cicit nabi adam hingga hari akhirat

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 35)


Kisah ini diulang-ulang dalam Al-Quran untuk mengingatkan manusia bahawa iblis itu adalah musuh mereka.
Dalam surah al-a'raf : 20-23

20 : Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

21 : dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

22 : Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

23 : Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"

Maka Allah mengampunkan Nabi Adam dan hawa, tetapi mereka telah diturunkan ke bumi atas hukuman kesalahan mereka itu.. Sehinggalah kini, cucu cicit nabi Adam dan Hawa berkembang biak di seluruh pelusuk dunia..

Itulah bacaan yang nabi Adam rintih kepada Allah tatkala melakukan dosa dan perkara yang dilarang Allah kepada mereka berdua

Amalkan dan bacalah denga bersungguh-sungguh setiap kali doa dalam solat kita serta doa harian kita

Kerana kita pasti tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, kesalahn dan dosa kepadaNya

Sesungguh setiap perbuatan yang dilarang Allah untuk dilakukan, tetapi kita lakukan juga, sebenarnya kita telah menzalimi dan menganiayai diri sendiri..

Pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNYA sehinggalah suatu saat itu

Tatkala ajal sudah menjemput dan tatkala sangka kala ditiupkan

Janji Syaitan itu pasti mereka laksanakan sepenuh hati, bagi menyesatkan cucu cicit nabi ADam!!

"Rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khasirin"


 
wallahualam

Rahsia Allah..

0
Baru-baru ni mendengar pengisian oleh Ustaz Zuridan di tempat yang sejuk...

Lima Kunci Rahsia Allah


Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

Dan ayat Allah juga ada menyebut berkaitan hadith ini..

Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya): “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

Sungguh cantik dan sulit rahsia Allah ini..

Pagi ini mungkin kita sihat, petang atau malam ni belum tahu lagi, sama juga jika semalam nampak sihat, boleh berjalan kaki jauh lagi, esok mungkin sudah terlantar bersedia untuk dikebumikan

Minggu ini, semua berjalan seperti biasa..Mungkin minggu depan tiba sudah hari kiamat

Nampak awan gelap dan berat sahaja, macam da nak hujan sangat ni..tak jadila keluar..tunggu punya tunggu tak hujan la pula..mendung sahaja

Alhamdulillah da mengandung, nak sangat anak lelaki, tetapi bila lahir keluar anak perempuan..

Rezeki akan datang kita tak tahu..yang diharap-harap tidak pernah terjadi, tapi yang berlaku itu adalah yang terbaik buat kita

Itulah rahsia Allah!!

Semua telah di aturkan dan disusun cantik oleh Allah swt..

Mungkin dalam doa kita, yang dipohon itu tidak sama yang diperoleh

Tetapi Allah lebih tahu mana yang terbaik buat tiap hambaNya

Sebab itu dikatakan rahsia Allah

Kita rasa tak sesuai, tak patut dan bermacam-macam tak lagi atas segala yang telah berlaku pada kita

Tapi rahsia Allah kita tak tahu, bila DIA bagi, bila DIA uji dan bila DIA aturkan semua tu

Pasti ada hikmah dan ganjaran setiap sesuatu itu

Jadi sempena masih sihat, masih diberikan nikmat umur dan masa

Berusahalah jadi yang terbaik dan lebih setiap hari

Kerana setiap yang dilakukan pasti dicatit oleh penjaga kita

Dan semua catitan itu kelak akan dihitung dengan neraca mizan

Timbangan inilah yang menentukan negeri abadi kita di pengakhiran segala-galanya

Syurga atau Neraka..

Sepemusafiran bersama

0
Bila bermusafir bersama, semakin kita mengenali seseorang sahabat itu, berjalan, makan, tidur bersama, semakin lagi kita mengenali sahabat itu..subhanallah Indahnya Berukhuwah

Teori berukhwah memang mudah, makan suap menyuap, salam cium pipi atau berlaga bahu, tapi realiti ukhwah itu sukar dicapai

Dalam buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam fasal Rukun Baiah meletakkan Ukhwah sebagai salah satu rukunnya, menunjukkan Ukhwah ini sangat penting terutama dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini..

Serendah-rendah ukhwah, berlapang dadalah dengan sahabat..Bukan mudah untuk kita memuaskan hati shaabat sekeliling dan amat bukan mudah juga untuk kita puaskan hati sendiri apabila berhadapan dengan beberapa situasi yang melibatkan sahabat

Tapi dalam keadaan seperti ini, amat manis perhubungan sesama insan yang berdasarkan satu keyakinan yang sama iaitu ikatan aqidah islam

Ukhwah secara fizikal nya boleh dilihat tetapi secara zahirnya ia berbentuk aliran hati, perhubungan perasaan yang tiada siapa boleh merungkai nya apabila ia sudah terikat dan tiada siapa yang boleh memautkannya andaikata ia masih terlerai

Diri sendirilah yang perlu berusaha ke arah itu.. Dalam setiap langkah perjuangan dakwah Islam ini, sentiasalah maafkan sahabat, sentiasalah berlapang dada dengan sahabat

Mana mungkin kita tidak pernah terasa denngan perlakuan sahabat2 dan mustahil mungkin sahabat2 tidak pernah terasa dengan perlakuan dan percakapan kita, tapi ini lumrah bergelar manusia. Yang penting hati kita mesti besar dan sentiasa memaafkan sesama sendiri

Kerana masalah dalam hati, konflik dalam diri apabila tercetusnya kita tidak puas hati dengan sahabat boleh menyumbang dan membawa kita sedikit demi sedikit untuk menyepi dan lari dari perjuangan dakwah islam ini

Ada masa kita rasa kuat dengan kehadiran sahabat dan mungkin ada masa kita kesedihan bersendirian tatkala tiada sahabat bersama kita walaupun saat itu kita amat memerlukan kehadiran sahabat.

Jadi berlapang dadalah dan yakinlah dalam perjuangan Islam ini, Allah akan datangkan ujian dalam pelbagai bentuk dan mungkin tatkala itu dalam bentuk sahabat. Semuanya untuk melihat keyakinan kita pada perjuangan dakwah dan islam yang kita dokong ini..

Moga Allah terus kuatkan hati dan istiqamahkan kita di jalanNya ini..amin..

Ukhwah itu indah jika semuanya kerana Allah
Terima kasih sahabat..Ingatkan diriku sentiasa..

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"