Lima Kunci Rahsia Allah
Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
Dan ayat Allah juga ada menyebut berkaitan hadith ini..
Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya): “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)
Sungguh cantik dan sulit rahsia Allah ini..
Pagi ini mungkin kita sihat, petang atau malam ni belum tahu lagi, sama juga jika semalam nampak sihat, boleh berjalan kaki jauh lagi, esok mungkin sudah terlantar bersedia untuk dikebumikan
Minggu ini, semua berjalan seperti biasa..Mungkin minggu depan tiba sudah hari kiamat
Nampak awan gelap dan berat sahaja, macam da nak hujan sangat ni..tak jadila keluar..tunggu punya tunggu tak hujan la pula..mendung sahaja
Alhamdulillah da mengandung, nak sangat anak lelaki, tetapi bila lahir keluar anak perempuan..
Rezeki akan datang kita tak tahu..yang diharap-harap tidak pernah terjadi, tapi yang berlaku itu adalah yang terbaik buat kita
Itulah rahsia Allah!!
Semua telah di aturkan dan disusun cantik oleh Allah swt..
Mungkin dalam doa kita, yang dipohon itu tidak sama yang diperoleh
Tetapi Allah lebih tahu mana yang terbaik buat tiap hambaNya
Sebab itu dikatakan rahsia Allah
Kita rasa tak sesuai, tak patut dan bermacam-macam tak lagi atas segala yang telah berlaku pada kita
Tapi rahsia Allah kita tak tahu, bila DIA bagi, bila DIA uji dan bila DIA aturkan semua tu
Pasti ada hikmah dan ganjaran setiap sesuatu itu
Jadi sempena masih sihat, masih diberikan nikmat umur dan masa
Berusahalah jadi yang terbaik dan lebih setiap hari
Kerana setiap yang dilakukan pasti dicatit oleh penjaga kita
Dan semua catitan itu kelak akan dihitung dengan neraca mizan
Timbangan inilah yang menentukan negeri abadi kita di pengakhiran segala-galanya
Syurga atau Neraka..
0 comments:
Post a Comment