"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Sepemusafiran bersama

Bila bermusafir bersama, semakin kita mengenali seseorang sahabat itu, berjalan, makan, tidur bersama, semakin lagi kita mengenali sahabat itu..subhanallah Indahnya Berukhuwah

Teori berukhwah memang mudah, makan suap menyuap, salam cium pipi atau berlaga bahu, tapi realiti ukhwah itu sukar dicapai

Dalam buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam fasal Rukun Baiah meletakkan Ukhwah sebagai salah satu rukunnya, menunjukkan Ukhwah ini sangat penting terutama dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini..

Serendah-rendah ukhwah, berlapang dadalah dengan sahabat..Bukan mudah untuk kita memuaskan hati shaabat sekeliling dan amat bukan mudah juga untuk kita puaskan hati sendiri apabila berhadapan dengan beberapa situasi yang melibatkan sahabat

Tapi dalam keadaan seperti ini, amat manis perhubungan sesama insan yang berdasarkan satu keyakinan yang sama iaitu ikatan aqidah islam

Ukhwah secara fizikal nya boleh dilihat tetapi secara zahirnya ia berbentuk aliran hati, perhubungan perasaan yang tiada siapa boleh merungkai nya apabila ia sudah terikat dan tiada siapa yang boleh memautkannya andaikata ia masih terlerai

Diri sendirilah yang perlu berusaha ke arah itu.. Dalam setiap langkah perjuangan dakwah Islam ini, sentiasalah maafkan sahabat, sentiasalah berlapang dada dengan sahabat

Mana mungkin kita tidak pernah terasa denngan perlakuan sahabat2 dan mustahil mungkin sahabat2 tidak pernah terasa dengan perlakuan dan percakapan kita, tapi ini lumrah bergelar manusia. Yang penting hati kita mesti besar dan sentiasa memaafkan sesama sendiri

Kerana masalah dalam hati, konflik dalam diri apabila tercetusnya kita tidak puas hati dengan sahabat boleh menyumbang dan membawa kita sedikit demi sedikit untuk menyepi dan lari dari perjuangan dakwah islam ini

Ada masa kita rasa kuat dengan kehadiran sahabat dan mungkin ada masa kita kesedihan bersendirian tatkala tiada sahabat bersama kita walaupun saat itu kita amat memerlukan kehadiran sahabat.

Jadi berlapang dadalah dan yakinlah dalam perjuangan Islam ini, Allah akan datangkan ujian dalam pelbagai bentuk dan mungkin tatkala itu dalam bentuk sahabat. Semuanya untuk melihat keyakinan kita pada perjuangan dakwah dan islam yang kita dokong ini..

Moga Allah terus kuatkan hati dan istiqamahkan kita di jalanNya ini..amin..

Ukhwah itu indah jika semuanya kerana Allah
Terima kasih sahabat..Ingatkan diriku sentiasa..

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"