"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Terkenang-kenang sambil bertenang

Syukur pada Allah masih dikurniakan nikmat iman, nikmat islam, nikmat hidup, nikmat sihat dan nikmat masa pada saat ini...Kembali bernafas secara normal..mungkin beberapa minggu sebelum ini pernafasan agak kencang dan kemuncaknya pada 30 January lepas.Alhamdulillah Allah aturkan yang terbaik untuk kita semua..Pasti ada hikmah di sebaliknya..

Buat semua pendokong agama Allah, teruslah berusaha dan istiqamah dengan apa yang kita kerjakan saat ini dan dengan apa yang kita yakini selama ini. Sungguh perjalanan ini pasti banyak onak dan ranjaunya..Tetapi janji Allah itu pasti buat hamba2 nya yang beriman dan bersabar..

Pengalaman yang Allah aturkan baru2 ini sangat manis buat semua yang merasainya..Terasa bantuan dan pertolongan Allah itu sentiasa ada dan bertambah yakin bahawa Allah itu bersifat men'jaga' bagi semua hambaNya..Alhamdulillah..

Semuanya Tarbiyyah dari Allah untuk lebih meningkatkan keimanan kita padaNya. Sebelum jam 4 pagi sudah kedengaran 'mak-mak' dan 'umi-umi' mengejut anak-anaknya ketiduran yang sangat nyenyak untuk menunaikan tahajud. "Siapa malas bangun pagi ni tak boleh keluar bertugas.."Subhanallah, mujahadah betul untuk teruskan perjuangan pada pagi tersebut dengan keadaan badan yang sangat keletihan..

Zaman Rasulullah SAW nak berperang dahulu pun, baginda mewajibkan semua ahli perang bertahajjud pada malam sebelumnya, siapa yang tidak bangun tahajjud pada malam tersebut tidak dibenarkan turut serta dalam peperangan..Itulah yang memotivasikan 'anak-anak' yang kenyenyakan ini untuk bangun bersama2 umi dan mak yang ada..

Pesanan 'mak-mak' lagi, maafkan semua sahabat2, jangan simpan yang terasa-terasa tu dalam hati...hati kene bersih untuk kita teruskan perjuangan pada hari tersebut.Melangkah keluar dengan penuh tawakal pada Allah dan dengan hati yang lapang..

-catatan pengalaman...rindu setiap saat itu
banyak belajar
pengurusan, merancang, mengawal emosi, wala', thiqah,strategi, jangan pentingkan diri, berlapang dada dengan sahabat, berhati2, peka perubahan sekeliling,
terima kasih yang tidak terhingga semua...
sentiasa belajar dan tetap mahu teruskan pembelajaran seperti ini

1 comments:

farelpaddack said...

Titanium Machining & Tools | ITIAN ART | TITIAN FACTORS
Iron chain. The iron titanium alloy chain. In the iron nier titanium alloy chain, it is titanium nail the gaggia titanium backbone. citizen super titanium armor

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"