Kebiasaannya di akhir setiap doa kita kepada Sang Maha Pencipta, bacaan inilah yang sering dibaca
"Rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khasirin"
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
BERMULA TERCIPTANYA NABI ADAM as
Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.
"Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.
Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.
Maka Allah memerinthkan semua malaikat sujud kepada nabi adam, sujudlah kesemua malaikat kecuali syaitan kerana mereka berasa bangga dengan diri mereka..
“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam ”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis ; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”. (Al-Baqarah 34)
"Mengapa aku perlu sujud kepadanya?Dia diciptakan dengan tanah, aku diciptakan dari api, maka aku lebih baik darinya"
Bermulalah pengingkaran iblis kepada perintah Allah, dan syaitan berjanji untuk menyesatkan cucu cicit nabi adam hingga hari akhirat
Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 35)
Kisah ini diulang-ulang dalam Al-Quran untuk mengingatkan manusia bahawa iblis itu adalah musuh mereka.
Dalam surah al-a'raf : 20-23
20 : Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).
21 : dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.
22 : Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?
23 : Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
Maka Allah mengampunkan Nabi Adam dan hawa, tetapi mereka telah diturunkan ke bumi atas hukuman kesalahan mereka itu.. Sehinggalah kini, cucu cicit nabi Adam dan Hawa berkembang biak di seluruh pelusuk dunia..
Itulah bacaan yang nabi Adam rintih kepada Allah tatkala melakukan dosa dan perkara yang dilarang Allah kepada mereka berdua
Amalkan dan bacalah denga bersungguh-sungguh setiap kali doa dalam solat kita serta doa harian kita
Kerana kita pasti tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, kesalahn dan dosa kepadaNya
Sesungguh setiap perbuatan yang dilarang Allah untuk dilakukan, tetapi kita lakukan juga, sebenarnya kita telah menzalimi dan menganiayai diri sendiri..
Pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNYA sehinggalah suatu saat itu
Tatkala ajal sudah menjemput dan tatkala sangka kala ditiupkan
Janji Syaitan itu pasti mereka laksanakan sepenuh hati, bagi menyesatkan cucu cicit nabi ADam!!
"Rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khasirin"
wallahualam
0 comments:
Post a Comment