Dalam surah at-taubah : 111-112
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah dalam kitab Injil, Taurat dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya melainkan Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar"
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berjalan mencari redha Ilahi, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran, serta yang memelihara hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu"
Bila Allah sebut beli, maka Allah akan bayar..
Ganjaran Allah buat para mukmin yang menginfakkan diri dan harta mereka ke jalan Allah swt sunggun Syurga menanti di akhira kelak
Antara golongan ini ialah mereka yang bertaubat, bila sentiasa bertaubat dan benar-benar menyesali kesalahan lepas serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi, kita seolah-olah kembali semula ke dunia, lahir kembali dengan jiwa, ruh dan fizikal yang bersih..
Pernahkah kita terfikir kesalahan dan dosa yang kita lakukan menyebabkan lambatnya kemenangan perjuangan Islam itu sendiri serta menjadi penghalang bagi kelancaran dan keberjayaan matlamat dakwah Islam itu
Jadi sentiasalah bertaubat, membersihkan ruh serta jiwa agar setiap yang kita lakukan, setiap titis peluh yang menitis, setiap langkah kita, setiap kepingan duit yang dihulurkan dan setiap kali pengorbanan perasaan demi keberlangsungan Islam ini dinilai di sisi Allah kelak
Dalam pesanan Ustaz Tuan lagi, beliau mengingatkan setiap pendokong agama Allah mesti Sentiasa IKHLAS, Banyakkan BERSABAR dan Teruslah ISTIQAMAH..
Sabar, sabar dan terus Sabar
Satu lagi motivasi yang meningkat semangat Islam dalam diri..
Kita yang mengaku mendokong dan memperjuangkan agama ALlah ini, apa yang telah kita lakukan sebenarnya??
Apa yang akan menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa kita benar2 telah membantu memperjuangkan agama Allah
Ada satu kisah semasa Perang Tabuk,
Seorang wanita tua yang tiada wang, harta dan keuzuran tenaga tidak mampu untuk bersama menyumbang dalam medan peperangan Tabuk ini, tetapi beliau mengrimkan 2 helai rambutnya supaya diikat di kaki kuda semasa peperangan berlangsung. Harapan wanita itu, semoga rambut itu tadi dapat menjadi saksi di akhirat nanti bahawa beliau sentiasa bersama2 perjuangan Islam walau tidak berkemampuan untuk mengikuti peperangan.
Sungguh mengerti mak cik itu mengenai penting nya kita menyumbang untuk memenangkan Islam
Satu puisi Syeikh Ahmad yasin juga sebelum beliau syahid,
Mengatakan
"Kamu telah menyaksikan Masayarak kami dibunuh
Kamu telah menyaksikan Askar Kami dibunuh
Kamu telah menyaksikan juga, rumah dan ladang2 ternakan dan sayuran habis dibakar
Tetapi pada saat iu
Dimanakah kamu,
Pada saat kami memanggil kehadiran kamu,
Kamu di mana saat itu
Adakah wang dan harta kamu sampai kepada kami
Adakan bantuan makanan dan senjata kamu sampai kepada kami
Adakah kamu berdoa untuk kami dan kemenangan islam
Adakah kamu mengikati kami setiap kali waktu gembira dan kekenyangan kamu"
Sungguh terkena pada diri..
Adakah doa pun sukar untuk kita titipkan buat mereka??
Masyaallah, Subhanallah
Buat semua pejuang agama Allah di mana saja berada
Dekat atau Jauh
Ku doakan kalian terus diberi kemudahan , diberikan ketenangan hati, diberi kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi segala mehnah perjuangan Islam ini
Sesungguhnya ISLAM sentiiasa menang..Insyaallah
Dalam surah Al-Waqiah (hari kiamat)
Bagaimana Allah ceritakan di akhirat kelak nanti Allah telah mengasingkan dua golongan besar
Golongan Kanan dan Golongan Kiri
Golongan Kanan yakni yang sentiasa mendekatkan diri pada ALlah, berlumba-lumba membuat kebaikan
Manakala golongan kiri yang banyak mengingkari perintah Allah, hidup tanpa arus panduan.
Alangkah mulianya golongan kanan ini dan amatlah sengsara buat golongan kiri..
Kita bagaimana di akirat kelak nanti..
Terus bekerjalah, beramallah dan berjalanlah di setiap pelusuk dunia ini
Dengan terus menuntut ilmu dan menabur budi dan bakti dalam memperjuangkan agama Allah ini
Fikirkan nasib dan saat kita di akirat kelak dan di padang mahsyar kelak
Bekerjalah bersungguh-sungguh bagai hari ini hari yang terakhir kita di dunia ini serta bagaikan hari esok hari yang terbaik buat kita
Optimislah..Insyaallah dipermudahkan jalannya..
Dan satu lagi pesanan Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Di akhir zaman ini terlampau banyak fitnah
Fitnah ni, jika Allah nak turunkan tidak kira baik atau tidak seseorang itu, alim atau tidak semua pasti akan terkena dan diuji dengan fitnah ini
Jadi sentiasalah berdoa pada Allah agar kita semua dijauihi dan terlindung dari FITNAH DUNIA dan seisinya, dari FITNAH WANITA/ LELAKI serta dari FITNAH DAJJAL..ameen
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment