“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Subhanallah sesungguhnya Allah Al-Malik..
Kisah israk mikraj sangat memberi kesan kepada kita semua.Semoga semua kisah ini memberi iktibar yang besar buat umat Islam..\
Itulah antara mukjizat teragung yang Allah kurniakan buat Nabi Muhammad SAW
Semasa perjalanan Israk Rasulullah SAW (dari masjidil haram ke masjidil al-aqsa), baginda bersama malaikat jibril dan malaikat israfil melalui tempat-tempat tertentu.Baginda di tahan oleh seorang perempuan bongkok tiga dan perempuan itu bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW.
Kemudian Malaikat Jibril berkata itulah umur DUNIA yang sangat tua dan menanti hari kiamat..
Itu gambaran umur dunia ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW
Kini, setelah 1400 tahun lebih Rasulullah SAW meninggalkan kita, umur dunia semakin tua dan nampakya menjadi sangat tenat..
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Ada juga hadith Rasulullah SAW yang lain,
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
Itulah yang berlaku kini, di seluruh dunia, tetapi yang paling jelas dan dapat kita rasakan sekarang ini adalah di tanah air yang kita cintai iaitu Bumi Malaysia..
Fitnah semakin menjadi-jadi, kekejaman semakin berleluasa dan segala-galanya menjadi semakin tenat
Bila difikir kenapa perkara ini berlaku?kerana kita memang sudah di akhir zaman..
Manusia yang bergelar islam semakin ramai, tetapi yang menentang dan tidak menurut perintah Allah juga semakin ramai hatta ia bergelar Islam..
” Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.-Hadis Riwayat Muslim
Realiti umat Islam sekarang, yang kelihatannya ramai tetapi sedikit demi sedikit mengikut jejak langkah dan cara hidup orang Yahudi dan nasrani
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda
"Islam itu mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing semula. Maka beruntungla orang-orang yang asing"
Bila sebut saja pasal Islam, ia nampak pelik, bila ada pihak-pihak atau individu yang cuba mengamalkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup ia akan dilihat dengan pelik..
Walaupun sesama orang Islam sendiri, inilah juga yang dikatakan seperti buih-buih di lautan, seolah-olah tidak berguna dalam membawa panji-panji islam
Inilah dunia sekarang, makin tenat dan kebanyakan umat Islam yang ada pun turut sama menyumbang kepada ketenatan ini..
Sungguh pelik..
Cukupla memfitnah, cukuplah mereka-reka cerita mengenai sesuatu yang tidak benar
Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Allah maha Adil
Lihat saja di sekeliling kita, banyak bencana alam yang berlaku
Secara teori sains dan teori ilmuwan kita akur mengenai bencana ini
Tetapi secara fitrah dan hikmah dari Allah SWT
Isaflah kita atas segala perbuatan kotor kita yang mungkin selama ini kita tidak sedari
Kerana saat Allah turunkan bala bencana
Tidak kira siapa kita, baik atau tidak kita, Semua pasti terkesan dengan amaran Allah ini..
Aduhai dunia
Aduhai manusia
Aduhai diri
Aduhai manusia
Aduhai diri
Bersediakah kita dalam menuju perjalanan kita ke sana yang kekal abadi..
Wallahualam
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment