Nyaman dan menenangkan
Berada di Permata Camar, Kuantan
Menikmati udara pantai dan angin laut china selatan..
Terpanggil bersama usrah umum di Permata Camar
Makanan hati dan batiniyah buat Ajk, ahli-ahli
dan sukarelawan yang ingin bersama mencapai matlamat
Tanah seluas 4 hektar menjadi milik Permata Camar
Berkat doa dan sumbangan sekeliling
Alhamdulillah,
Hampir dua hektar tanah telah dipenuhi oleh bangunan2
seperti surau, asrama anak2 camar, rumah warden dan dewan makan
Luas tanah yang selebihnya sedang dibangunkan
Itu semua memang berkat dan sumbangan dari orang sekeliling
Permata Camar ialah penempatan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang
Bilangan anak-anak permata camar kini mencecah 43 orang untuk tahun 2010
Dan dijangka bakal bertambah untuk tahun 2011 seiring dengan terbinanya bangunan2 baru di tanah itu
Anak yatim sinonim dengan tiada bapa atau ibu atau kedua2nya bagi seseorang yang bergelar anak itu
Islam amat menitikberatkan penjagaan harta anak yatim agar hartanya terpelihara terutama sekali bagi bagi penjaga anak yatim tersebut
Penjaga anak yatim ini digelar "kalif".
Dalam penjagaan anak yatim, hal kebajikan mereka haruslah dititikberatkan. Ini bagi mengelakkan harta pusaka yang menjadi bahagian anak yatim tersebut disalahguna demi kepentingan penjaga.
Apabila seorang mati dan meninggalkan anak yang masih hidup, maka tanggungjawab untuk menjaga anak yatim tersebut telah berpindah kepada penjaganya.
Tugas penjaga yang menjaga anak yatim tersebut termasuklah urusan makan minum dan menguruskan harta anak yatim tersebut dengan baik sehingga anak yatim tersebut boleh menguruskan harta dan dirinya sendiri.
Dari `Amru bin Syu'aib, dari bapanya, dari datuknya, bahawa Nabi Muhammad SAW telah berucap kepada orang ramai yang lalu bersabda:
"Ketahuilah, sesiapa yang menjadi wali bagi anak yatim yang ada harta, hendaklah ia memperniagakannya (supaya bertambah kembang) dan janganlah ia membiarkan harta itu (berterusan susut) "
Satu lagi sabdaRasulullah SAW ialah "Carilah jalan yang menguntungkan semasa kamu menjaga dan mengurus harta anak yatim"
Dalam satu hadith yang lain, bahawa Saiyidatina `Aisyah r.a., semasa memelihara beberapa orang anak yatim (anak-anak saudaranya), ia mengeluarkan zakat bagi pihak anak-anak yatim itu dari harta mereka dan juga ia memperniagakan harta mereka untuk mengembangkannya.
Menjaga harta anak yatim dengan baik adalah dituntut dalam Islam.
elas dalam surah An-Nisa’ : 5
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”.
An Nisa' : 6
:”Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pandanganmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas yang berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas (atas persaksian itu)”.
Dalam menguruskan anak yatim, penjaga dibenarkan mengguna harta anak yatim tersebut, tetapi dengan kadar yang diperlukan sahaja. Ini agar urusan atau tanggungjawab yang dipegang oleh penjaga untuk menjaga anak yatim tersebut tidak menjadi beban kepadanya.
Pernah Saidatina Aisyah menerangkan mengenai ayat Allah swt
“Sesiapa iaitu wali (penjaga) yang menjaga anak-anak yatim yang miskin bolehlah dia makan dari harta anak yatim peliharaannya dengan baik, dengan katanya: Ayat ini diturunkan kepada wali (penjaga) harta anak yatim yang mengurus harta mereka. Mereka boleh mengambil harta tersebut sekiranya dia amat berhajat menggunakan wang tersebut”.
Dengan ini jelas bahawa Islam menegah kita dari menggunakan harta anak yatim melebihi kadar yang diperlukan. Tujuannya adalah agar harta anak yatim tersebut terpelihara dan tidak disalaguna oleh penjaga.
Seterusnya Surah An-Nisa : 10 juga menyebut mengenai siapa yang menyalahugunakan harta anak yatim
“Sesungguhnya orang -orang yang memakan harta akan-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nya”
Merujuk kepada ayat tadi, Islam telah memberikan amaran keras mengenai perkara ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah salahguna harta anak yatim kerana ia akan memudaratkan anak yatim tersebut dan juga penjaganya. Ia juga bagi mengelakkan sifat tamak wujud di dalam diri penjaga.
Rasulullah SAW juga telah bersabda
"Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah." Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."
Amat berat tanggungjawab sebagai penjaga anak yatim ini, tetapi Allah swt juga menjanjikan kepada golongan ini suatu ganjaran yang amat bermakna
:Rasulullah SAW bersabda
"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya).
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :
“Daripada Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat baik kepadanya. Seburuk-buruk rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat jahat kepadanya.”
Jadi amatlah beruntung bagi penjaga anak yatim serta hartanya yang benar2 ikhlas dan amanah dalam menguruskannya
Moga kalian ditempatkan dalam golongan syurga..
Terima kasih yang tak terhingga kepada pengurusan permata camar, tenaga penjaga dan tenaga warden asrama.Tidak lupa kepada tenaga memasak di dewan makan permata camar serta yang telah menyumbang kepada berkembang dan membangunnya permata camar hingga ke tahap ini
Moga segala sumbangan, tenaga, kewangan yang telah kalian taburkan mendapat nilaian di sisinya..Insyaallah
tanggungjawab menjaga anak yatim ini bukan terletak kepada penjaga sahaja. Malah kita juga boleh menyumbang ke arah ini melalui pelbagai cara
Moga segalanya juga dikira sebagai amal kebajikan
Al Baqarah :177
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”.
Sekiranya kita menyapu / mengusap kepala anak yatim, fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
Insyaallah
Bagi yang ingin menyumbang, bolehlah menghubungi terus Permata Camar
layari blog : anakcamar.blogspot.com
sumbangan boleh disalurkan dengan menyumbang apa sahaja yang termampu
seperti kewangan, keperluan membuat bangunan, makanan, pakaian sekolah atau harian
bagi yang ingin menyumbang tenaga juga amat dialukan, program boleh dijalan kan seperti khidmat masyarakat di permata camar
Hubungilah bahagian pentadbiran Permata Camar di talian 09-5178703
0 comments:
Post a Comment