"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Bahagia dunia akhirat

"Siapa rasa diri dia pendakwah? angkat tangan"

Terpalit pedih di hatiku...apabila melihat reaksi adik2 setelah ditanya oleh sahabat seperjuangan


Bukan semua yang angkat tangan,
Malah sangat sedikit yang mengangkat tangan

Tetapi sepatutnya mereka ini jelas,
siapa kita di muka bumi Allah ini,
kerana mereka terpilih, bukan calang2 orang dari kalangan keseluruhan mereka...

Sedihnya, salah kami ke?

"Man Qala Lailahaillallah wa hu wa Da'i"

Berulang kali kami ungkapkan di hadapan mereka, dan mengutarakan soalan yang sama..
Ada sebelumnya tidak angkat tangan, kali ni angkat tangan
Ada yang masih teragak-agak..nak angkat ke tak..

Terfikir saat itu..
Mereka ni mungkin rasa berat bila ditekankan kite ni pendakwah
Title "pendakwah"
Mungkin yang terbayang dalam fikiran mereka,
Pendakwah ni kene bercakap mengenai Islam, kena menasihat seorang seorang sahabat mengenai Islam
Mungkin mereka rasa kurang mampu??
Kurang bersedia??

Diungkai lagi denga penjelasan oleh sahabat seperjuangan
Dakwah ni bukan sekadar menasihati dengan ceramah atau pengisian yang panjang lebar
Dakwah satu perkataan yang simple,
"mengajak orang ke arah kebaikan"

Ajak pegi solat subuh awal pun dah berdakwah
Ajak pegi 'prep' awal pun berdakwah
Ajak tutup aurat pun berdakwah
Ajak puasa isnin dan jumaat pun pendakwah
Ajak  turun gotong royong hari ahad pun pendakwah

Sungguh Islam sangat unik dan mudah!!
Baru nampak kelegaan di riak wajah mereka
Alhamdulillah:)

Mereka ini orang akademik..
Pelajar cemerlang
Tapi sedaya upaya kami membantu
mereka menjadi lebih cemerlang
Bukan dalam sudut akademik sahaja malah dalam sudut Islamnya
Iaitu muslim yang benar2 jelas tuntutan Islam
Insyaallah

Menarik nafas sedalamnya,
 memulakan langkah bersama sahabat seperjuangan malam itu

AKADEMIK vs DAKWAH

Rasulullah SAW bersabda
"fardhu ke atas setiap muslim itu untuk menuntut ilmu"

Itulah matlamat utama ibu dan ayah menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau ke universiti..
Supaya dapat menuntut ilmu dengan baik dan cemerlang

Dan dengan ilmu itu juga seseorang manusia dapat membezakan yang mana satu baik atau buruk, dengan ilmu menjadkan seseorang itu mulia

seperti firman Allah dalam Surah al-mujadalah  ayat 11
"Allah mengangkat beberapa martabat orang-orang yang beriman dan berilmu"

Sirah Rasulullah SAW amat menekankan mengenai menuntut ilmu
Surah al-'alaq : 1-5, wahyu pertama Allah swt kepada Nabi SAW
"bacalah dengan nama Tuhanmu, yang telah menciptakan sekalian makhluk. ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bacalah dengan nama Tuhanmu yang mengajar menulis dengan pena. dan yang mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya"



Ilmu yang kite peroleh ini, bukan sekadar hanya disimpan dalam hati, di simpan dalam fikiran
Dan bagi yang bergelar pelajar, ilmu ini bukan sekadar di pelajari dan dipulun hanya semata-mata untuk cemerlang dalam akademik serta bukan hanya untuk menjawab exam semata2..

Tetapi ilmu ini untuk di amalkan
Jika ada ilmu tapi kita tak mengamalkannya
ibarat ia seperti "pohon tidak berbuah"
amatlah rugi kerana khazanah dan mutiara ilmu itu ada dalam diri seseorang
tp tidak melazimkan dalam diri sendiri

“sesiapa mahukan kebahagiaan di dunia, maka ia dapat beroleh dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kebahagiaan akhirat, juga dgn ilmu dan siapa mahukan kebahagiaan kedua-duanya juga dgn ilmu" -Sabda Rasulullah SAW

Jelas betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan dan ianya memang menjadi fardhu bagi setiap muslim

dan apabila bercerita tentang dakwah, semakin jelas Allah menerangkan dalam surah al-imran ayat 110
 "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."

Kita adalah penerus, bukan pemula dan bukan pengakhir bagi perjuangan dakwah Islam rasulullah SAW

Seiring bergelarnya kita penuntut ilmu Allah di muka bumi ini, seiring itu kita mesti menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah

Jika tidak mampu yang besar dan berat buatlah yang ringan-ringan, tetapi sentiasalah tingkatkan diri dan tingkatkan ilmu untuk berdakwah dengan cara yang lebih berat

"Siapa yang melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman"

Maka teruslah berdakwah dan sampaikan walau suatu ayat, sesungguhnya Allah menilai usaha dakwah yang kita lakukan

Bantulah untuk meneruskan penyebaran agama Allah ini, bukan sekadar berpeluk tubuh dengan ilmu yang penuh di dalam dada, tetapi tidak mempraktikannya

Yakin dengan Allah, walau bebanan akademik semakin bertambah jangan sesekali meninggalkan tanggungjawab dakwah. Ia mesti seiring

Biar ia sedikit tetapi istiqamah kita menjalankannya

"Orang-orang mukmin, jika kamu menolong  agama Allah, niscaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad ayat 7

Insyaallah, setelah berusaha bersungguh-sungguh, serahlah pada Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita

Allah bagi masa buat semua manusia selama 24jam, tidak kurang dan tidak pula lebih
Cuma bagaimana kita menguruskan masa tersebut, membahagikan masa tersebut dan merancang waktu tersebut agar kita boleh menyeimbangakan akademik dan gerakerja dakwah..

Cakap memang senang, seimbangkan antara akademik dan dakwah
Tapi praktikalnya??
Terletak di tangan masing-masing
Dalam keadaan masing-masing mengejar kecemerlangan akademik untuk mengapai kecemerlangan dunia, jangan sesekali kita meninggalkan kecemerlangan akhirat

Kerana dunia ini ladang dan jambatan akhirat

Segala ilmu yang diperoleh biar ia ilmu yang berkat dan diredhai
Supaya ilmu yang dipelajari menjadikan kita semakin hampir dengan allah
serta boleh membezakan antara kebaikan dan kejahatan
Barulah ilmu itu digelar berkat

Semakin seseorang itu berilmu
Semakin dia mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya



"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah, wa qina 'aza bannar"amin
Moga kita peroleh kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat

Buat adik2 sekalian,
Perjalanan kalian masih jauh, masih panjang
Teruslah melangkah dan melangkah

Gapai impian masing2 untuk ke alam universiti
Gapai impian kalian untuk bergelar pemimpin Islam yang sebenar

Kami menanti kalian di dunia sebenar dan realiti
Untuk meniti kecemerlangan dunia dan akhirat
Insyaallah

Jadilah kita orang profesional yang mengamalkan Islamnya

Rasulullah SAW juga pernah bersabda
"Ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang Islam, maka jadilah antara 4 golongan yang mendapat keredhaan Allah SWT
1) orang yang bertanya
2) orang yang mengajar
3) orang yang mendengar
4) orang yang cintakan ilmu dan berada dalam majlis ilmu

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"