Ini kan pula tempat yang Mengenalkan KU antara
Nikmat paling Utama dalam hidupku sehingga kini dan selamanya
Insyaallah..syukur Ya Allah
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama adik2 SMKA TAHAP ku..
Sudah sangat lama, ku meninggalkan bumi subur, bumi barakah ini
Seingatku, kali terakhir ke sane, berjumpa permata2 Tahap dan islam sewaktu ku berada di tahun 2 pengajian ku di UTM, kira-kira tahun 2007
Sudah sangat lama, setiap kali ada program di sekolah
dan jika pulang ke kampung nenek ku lalui di hadapan sekolah,
tp tidak berkesempatan untuk bersama adik2 dan guru2 ku
pasti ada musyaqqah yang lebih besar dan perlu diutamakan setiap kali peluang itu tiba
Maaf dipohon atas masa-masa yang berlalu sahaja ketika itu
Alhamdulillah,seiring program yang berjalan selama 3 hari 2 mlm bermula 17-19 Disember,
Ku bersama adik2, permata SMKA TAHAP..
Terasa tua berhadapan dengan mereka, terasa sgt jauh dengan mereka ketika bercakap-cakap dengan mereka
Jarak umur yang agak jauh, menjadi hati berdialog sendiri, kasihan adik2, tidak mengenal siapa senio2 mereka
Sungguh lama dan sungguh memori bersama sahabat-sahabat satu batch mengingkap satu persatu
Rindu....Terlalu rindu
Tak sangka 7 tahun lebih ku bergelar Produk TAHAP...
Produk yang sepatutnya boleh menggegarkan dunia akademik dan islam di sini..
Moga sahabat2 ku yang lain pun seperti itu juga
Yang bakal bergelar "doktor", yang sudah pun bergelar "Hafiz dan Hafizah", yang sdh mendapt gelaran "Engineer" dan yang sudah habis pembelajarannya di peringkat Master dan pelbagai lagi kejayaan dan pekerjaan mereka sekarang ini, tahniah..
Walau kat mane pun kita berada, walau jadi ape pun kita sekarang ini
Moga hati kite semua tetap dan thabat dengan islam..
Sedih....
Moga Allah merahmati kita semua...Insyaallah
Kerana di sini mula nya kita, di sini kita ditarbiyyah dan di sini segalanya..
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut
5 tahun ku disini, (1999-2003)
Sungguh banyak memori disini,
Suka duka segalanya di sini
Terima kasih guru-guru kami
Terima kasih para murabbi dan murabbiyyah kami
Moga ilmu dan nasihat kalian lebih 7 tahun yang lalu terus terpahat dan menjadi ingatan dalam hati kami...
Tempat jatuh lagi dikenang......
0 comments:
Post a Comment