Sungguh menyerap sabda Rasulullah SAW ini. Allah tetap ada, sentiasa ada..masih ada, bukan tiada melainkan DIA memang ada
Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya, senang atau susah, DIA memang ada
Sifat Allah itu wujud, tetapi manusia yang tidak menghargai kehadiran Allah dan tidak bergantung sepenuhnya pada Allah,
Kebanyakan manusia menggunakan akal dan strategi sendiri untuk memperoleh sesuatu, segala kebijaksanaan diaturkan supaya ia dapat sesuatu itu,
Tetapi kadang-kadang manusia itu lupa Allah ada, dan semua yang dia putuskan dan buat tidak disandarkan kepada Allah swt
Berdialoglah dengan Allah setiap masa, setiap saat, setiap denyut nadi berdegup,
Online la sentiasa denganNya
Kat mana Allah itu??"Allah sangat hampir dengan kita, sehampir urat nadi kita yang sentiasa berdenyut ini"
Manusia tak mampu selesaikan masalah kita, mungkin manusia mampu berkata2 memberi nasihat
Mohonlah padaNya, agar apa yang manusia sekeliling itu menasihati dan mencadangkan kepada kita, itu semuanya ilham dari Allah untuk Allah mengkhabarkan sesuatu pada kita
Sungguh peliharalah Allah, lakukan segala suruhanNya, tinggal segala laranganNya, saat itu pasti kita akan merasai Allah sangat dekat dengan kita, Allah memelihara dan mengatur setiap langkah kita.
Setiap tutur kata kita, Allah yang pegang lidah kita,
Setiap perasaan dan prasangka dalam hati, Allah yang titipkan untuk kita
Jauh sekali dari hasutan syaitan dan hasutan nafsu yang mandorong kepada keburukan
Saat itu sangat tenang..sangat damai...
"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain DIA, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan DIA adalah tuhan yang memiliki 'arasy yang agung" At-taubah :129
Kadang-kadang kita lihat ada orang sekeliling kita, yang jauh sekali menunaikan perintah Allah SWT dari sudut solatnya, puasanya, auratnya serta akhlaknya..Tetapi Allah bagi dia kecemerlangan dan berjaya dalam laluan hidupnya di dunia ini..
Mengapa ya?/Ingatlah saat itu Allah uji dia dengan kesenangan, dengan kemudahan dan dengan kebahagiaan dunia, supaya dia lebih bersyukur dan dia kembali kepada Allah..tetapi jika dia semakin lalai dan leka amat rugilah dia..
Ujian Allah datang pelbagai bentuk..dalam bentuk kesenangan, kesusahan. kesakitan, kesempitan, kekalahan, kemenangan dan pelbagai bentuk. Ada masa kita tidak sangka itu ujian supaya kita lebih bersyukur dan rapat denganNya..
Tenanglah wahai jiwa-jiwa ini, Pasti ganjaran syurga Allah menanti di hadapan seandainya kta sentiasa mengabdikan diri padaNya..
Bila tengok orang yang solatnya khusyu', yang setiap kali solatnya, pasti air matanya menitis, yang setiap kali doa setelah selesai solatnya, pasti kita dengari hatinya merintih..penuh sayu dan pengabdiaan
Bgaimana dia boleh sentiasa sampai ke tahap seperti itu?
Ia, orang ini sentiasa memelihara Allah, sebab itu setiap saat dalam hidupnya dia boleh merasai kehadiran Allah disisinya, setiap langkah ia menapak, dia merasai Allah ada bersamanya, Allah..Allah..Tenang dan terus tenang
Subhanallah nikmatnya waktu itu
"Wahai jiwa-jiwa yang memiliki ketenangan, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha,Masuk
lah ke dalam golongan yang menghambakan diri padaKu,dan masuklah ke dalam syurgaKu " Al-Fajr : 27-30
Moga segala urusan dan perancangan dipermudahkan buat semua penggerak Islam dan dakwah..
Insyaallah..Tenanglah,
Allah sentiasa bersama dan Allah Maha Mengetahui setiap yang telah diaturkan..Jangan resah dan gelisah lagi, kembalilah kepada Allah dengan hati yang redha walau merasa sangat susah
Selagi kita berpijak di bumi Allah dan sedar siapa kita di pandanganNya..Memang Allah itu ADA untuk kita...
##"Kau tidak seperti dulu,Yang ku kenali dulu, rupa hilang seri, manakah manisnya, Kau tidak seperti dulu, yang ku kenali dulu, madah tak berlagu, manakah girangnya"- Allah sentiasa ADA memelihara dan menjagamu##
0 comments:
Post a Comment