Setelah memastikan adik-adik semua tidur selesai slot Muhasabah sebelumnya,
Bersama Kak Sutinah turun ke bilik guru, melihat apakah aktiviti "mak-mak" kami di bawah ini..
Belum tidur lagi rupanya walau jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi, menjengah ke bilik tersebut, rupa-rupanya mereka sedang menyiapkan sijil peserta sambil berborak2..
Tabah betul "orang-orang lama" ni, dari petang tidak henti kerjanya, masak n kemas n masak lagi..Allah beri mereka kekuatan dan istiqamah dalam meneruskan perjuangan islam dan dakwah di jalanNya ini..Ye la "makan garam" da lebih kan..pasti banyak pengalaman, suka duka liku perjuangan yang telah mereka lalui..
Ingatkan borak2 kosong tadi, rupanya perbincangan berisi dan padat, sedang mencari penyelesaian..
"Keruntuhan struktur keluarga makin berleluasa, kesuciaan keturunan seolah2 tidak dihiraukan langsung.."
Saya dan kak Sutinah semakin asyik mendengar perbincangan sambil penuh istighfar dalam hati dan sambil mata pun tidak tertahan lagi ngantuknya..
Menurut ilmu fiqh, ada tiga perkara yang meliputi hidup seorang manusia itu
Iaitu Perkara Dhoruriyat, Hajiyat, dan tahsiniyat
Perkara-perkara ini digelar Maqasid syar'iyah
i) Perkara Dharuriyat ( Kepentingan Asas)
Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi. perkara ini ialah :
Agama, Nyawa, Akal, Keturunan, Harta
ii)Perkara Hajiyyat (Keperluan Biasa)
Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan ataupun tidak sampai ke tahap rosak.
iii) Perkara tahsiniyat (Keperluan Tambahan)
Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya : adat, akhlak dan etika.
Lihat Kisah Keluarga Yasir, di mana Yasir, Sumayyah dan anaknya diseksa oleh kaum quraisy setelah mengetahui keislaman mereka. Mereka diheret ke tengah padang pasir yang panas terik sambil tangan diikat, dicucuk dengan besi panas, ditikam dengan lembing. Dalam keadaan ini mereka dipaksamengorbankan aqidah islam mereka, tetapi mereka tetap yakin dan berpegang teguh dengan islam. Tetap mempertahankan kesuciaan AGAMA walaupun diseksa dengan amat dasyat sekali. Akhirnya mereka syahid.
Dan ade lagi beberapa contoh sirah di zaman Rasulullah saw, di mana mereka menjaga perkara2 dhoruriyat ini bagi memastikan hidup ini sentiasa terjaga dan terpelihara. Dan jika kita tidak menjaga, boleh timbulkan fitnah juga kepada kita
Lebih tertumpu dengan fenomena masa kini, statistik anak luar nikah semakin meningkat dan makin hari hal ini makin tidak boleh di kawal lagi. Bayi-bayi luar nikah yang dibuang juga turut meningkat
Antara yang menjadikan ia semakin tiada penyelesaian, apabila keluarga sendiri tidak mengambil iktibar atau pencegahan selepasnya setelah berlaku kelahiran luar nikah di dalam keluarga mereka
Realiti juga, ada keluarga yang memang keturunannya adalah luar nikah
Jika dia adalah anak luar nikah, emaknya juga lahir dr kelahiran luar nikah, neneknye pun sama, malah ada yang moyangnye pun same, kelahiran anak luar nikah..MasyaAllah, generasi apakah ini??
Nilai kesuciaan keturunan sudah tidak diendahkan lagi
Kelahiran anak luar nikah di dalam keluarga sudah dianggap biasa, anak luar nikah dilahirkan seperti biasa, dibesarkan, disekolahkan seperti kanak-kanak lain.
Apabila anak ini semakin besar, anak ini hidup bebas, berkawan dengan lelaki-lelaki sekeliling, akhirnya anak ini mengandung..mengandungkan anak luar nikah lagi..Apa kisah dengan kate orang sebab mak nye pun adalah hasil luar nikah
Berleluasalah generasi keturunan anak luar nikah ini
tanpa rasa bersalah, malah yang paling menyakitkan tanpa rasa sekelumit dosa pun pada Allah swt
Ini realiti, bukan rekaan!!
Di suatu petang baru2 ini, dalam sesi ziarah ke rumah seorang mak cik di sebuah perkampungan
Anak perempuan nya muda berumur 18 tahun, dalam pantang kelahiran anak ke 2.
Di sebelah anak perempuan ini bersama baby kelahirannya yang berusia 16 hari, ialah ayah kepada baby ini.
Ditegur oleh salah seorang dr kami, bagusnye muda-muda dah ade dua anak..alhamdulillah
Mak kepada anak perempuan ini hanya tersenyum
Kisah sebenar : Anak ke 2 yang dilahirkan oleh anak perempuan berusia 18 tahun ini ialah anak luar nikah, lelaki yang ada di sebelah mereka itu ialah bapa kepada anak luar nikah tersebut, Subhanallah..Dan anak pertama yang dilahirkan sebelum ini juga adalah anak luar nikah tetapi anak luar nikah pertama itu hasil dengan lelaki lain!
Konon-kononnya bertanggungjawab, datang menziarah anak luar nikah mereka yang baru dilahirkan. tapi apa nak dikata kerana mak anak perempuan ini tidak kisah dengan kejadian tersebut
Rupa-rupanya keturunan mereka adalah keturunan anak luar nikah.. Mak-nenek-moyang, semuanya hasil kelahiran luar nikah.. Sudah 5 generasi keturunan rupanya...Tapi masih diteruskan generasi kelahiran luar nikah ini!!Mengapa??
Seolah-olah jadi tradisi keluarga..subhanallah
Realiti..realiti
Bukan satu kisah ini sahaja, rupanya di perkampungan tersebut ada beberapa lagi keluarga yang berketurunan luar nikah
Ada yang sudah 4 generasi, 3 generasi dan 2 generasi keturunan anak luar nikah
Saat itu saya terfikir, kalaulah Rasulullah SAW melihat umatnya pada zaman ini, pada saat ini..betapa sedihnya baginda...
Masyarakat semakin hancur, semakin jauh dengan Allah dan semakin berbuat dosa dengan Allah
Perkara dhoruriyat ini tidak dijaga lagi, perkara dhoruriyat ini dianggap remeh
Soal keturunnan, kesucian keturunan tidak dipandang penting lagi...
Sudah tiada lagi ke jalan penyelesaian untuk mereka ini??
Al-imran :104
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka ialah golongan yang beruntung"
Di sinilah letaknya keperluan mengembalikan keseimbangan (tawazun) yang menjadi ciri utama cara hidup islam yang diturunkan Allah swt melalui rasulNya untuk menyantuni fitrah manusia
Dalam hal ini, pelbagai pihak berusaha dalam gerakerja pencegahan yang menterjemahkan usaha amar makruf, pelbagai program2 juga dirancang dan dijalankan bagi menyedarkan manusia sekeliling mengenai "berdosanya dan bahayanya zina"..
Dalam masa yang sama Islam juga menwajibkan usaha dan gerakerja nahi munkar samada dalam bentuk kekerasan atau kelembutan. Ada usaha-usaha yang dijalankan seperti penangkapan penzinaan, raudatus sakinah dibina dan pelbagai lagi.
Apabila penyelesaiannya kita tidak kembalikan pada islam sepenuhnya, perkara ini berulang dan terus berulang. Yang dah pernah berzina, pernah melahurkan anak luar nikah masih mengulangi perbuatan yang sama, kerana tiada kesedaran bahawa penzinaan yang dilakukan adalah dosa besar disisi Allah
Di pihak keluarga juga membiarkan, tidak langsung menekankan soal agama, soal dosa dan soal neraka kepada anak-anak mereka. apabila ia berterusan dari generasi ke genarasi, maa terbinalah generasi kelahiran "anak luar nikah" salam sesebuah institusi kekeluargaan
Dalam satu sirah Rasulullah SAW semasa mengendalikan kes wanita al-Ghamidiyah yang hamil disebabkan berzina. Rasulullah saw memberikan peluang agar bayi (hasil penzinaan tersebut) selamat dilahirkan dan sempurna penyusuannya. ini amat memberikan pengajaran yang perlu diperhati dan diteliti oleh kita semua hari ini.
Allah SWT memberikan ruang dan peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri sendiri selepas melalui liku hidup yang penuh dosa dan maksiat. Allah SWT memperuntukkan masa untuk memulihkan iman, aqidah, motivasi dan semangat untuk kembali patuh mengabdikan diri padaNya.
Remaja perempuan yang hamil mesti dibimbinh dan dididik kembali dengan aqidah yang soleh, amalan yang tetap, akhlah yang baik, begitu juga dengan remaja lelaki yang menghamilkan
Keluarga juga perlu diberi bimbingan dan ditekan kan mengenai penzinaan ini. Keluarga juga perlu diterap dan dipasakkan nilai agama yang kuat agar kembali menuruti setiap syariat Allah yang telah ditetapkan.
Ayuh, galaslah tanggungjawab amar makruf nahi munkar ini bersma-sama.
Belum cukupkah petanda kerosakan masyarakat, kehancuran institusi keluarga dan kesuciaan keturunan tidak diendahkan ini mengejutkan dan menyedarkan kita, bahawa dunia ini semakin tua dan semakin hampir kepada akhirat?tapi manusia semakin lalai dan tidak takutkan Allah...
Semoga Allah memberikan kekuatan dan keazaman untuk kita terus istiqamah di jalanNya ini...
"Ummati...ummati...-Inilah anatara kata-kata akhir yang keluar dari mulut Rasulullah SAW saat baginda menghadapi Sakaratul Maut"
Tapi kita sebagai umatnya..adakah benar-benar menghayati, mengamalkan dan menyampaikan apa yang baginda Rasulullah SAW tinggalkan kepada kita
Rasulullah bersabda " Aku tinggalkan dua perkara, jika enkau mengikutinya pasti kau tidak akan tersesat iaitu AL-QURAN dan SUNNAH"
0 comments:
Post a Comment