Kerja ini takkan terhenti di sini, takkan terhenti jika kita menarik diri, takkan terhenti jika merasa penat
Kerana insan-insan yang melakukan kerja ini adalah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW
Walaupun setiap saat dan waktu, Allah tapis "amilin-amilin" yang menyerahkan diri dalam kerja ini, Allah uji amilin-amilin ini, Allah bagi kepenatan, bagi kesedihan, bagi ketepuan. tapi kerja ini tetap akan berterusan
Jelas ujian Allah bagi meningkatkan keimanan amilin-amilin ini
Jika amilin-amilin ini diuji dengan terhentinya melakukan kerja ini, pasti ada amilin-amilin yang menggantikan dan meneruskan kerja ini. Dan ia sentiasa berterusan
Sunnah perjuangan, tidak akan ada yang terlepas dari merasa kepedihan ujian Allah ini
Sedangkan Rasulullah SAW juga terus diuji dalam usaha baginda menyampaikan ajaran Islam
Tetapi, bagaimana amilin-amilin mengawal diri atau menkoreksi diri sewaktu diuji
Jangan diambil dan difikir sangat kesannya, tapi fikirlah dan ambillah ibrah di sebalik ujian tersebut
Sedih diuji, itu fitrah bagi kita yang bergelar manusia ini
Mana mungkin sekelumit sedih pun tidak tercalit diperasaan kita andai diuji
Tapi bagaimana kita jadikan kesediah itu
Sebagai satu momentum atau pencetus kepada gerakerja yang lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat perjuangan Islam ini
Dan ingatlah...
Firman Allah lagi: (al-imran : 139)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman".
Hakikatnya, kerja ini takkan terhenti andai benar-benar kita ikhlas kerana Allah
Dengan tidak mengharap suatu bentuk balasan pun dan dengan tidak mendambakan kehormatan dan pujian,
kerana kita tahu kerja ini bukan mudah dan jalan kerja ini amat panjang dan jauh untuk mencapai kemenangan
Tapi sedarlah amilin-amilin semua
Kita tidak akan rugi dan menyesal berada dan istiqamah di jalan Kerja ini
Kerana Allah telah menjanjikan kemanisan bagi kita
Jika bukan di dunia fana ini
Tapi di akhirat kekal abadi sana
Pasti ada "sesuatu" yang menanti
Janji Allah:
As-saff (10-13)
10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
12. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
13. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Inilah REALITI...
Kerja DAKWAH dan ISLAM
Perjuangan menegakkan kalimah "Lailahaillallah Muhammadu Rasulullah"
Di seluruh pelusuk bumi Allah ini
#Tribute buat sahabat-sahabat Nisa' ku yang dikasihi
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Perjuangan ini bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
Innallahama'ana..
Sama-sama tingkatkan pergantungan sepenuhnya pada Allah swt
Setelah kita berusaha, bertawakkallah dan serahkan selebihnya pada DIA
1 comments:
salam ziarah kat sini~
Post a Comment