"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Live from KitabulFurqan

"Ya Allah,muliakan Islam dengan Umar bin Khattab dan Abu Jahl (Amru) b Hisyam" -Salah satu doa Rasulullah SAW ketika di awal penyebaran islam dan ketika Islam masih lemah.

Umar bin Khattab dikenal sebagai seorang yang keras permusuhannya dengan kaum Muslimin, bertaklid kepada ajaran nenek moyangnya.

Pada suatu malam, Umar datang ke Masjidil Haram secara sembunyi-sembunyi untuk mendengarkan bacaan shalat Nabi. Waktu itu Rasulullah SAW membaca surat al-Haqqah. Umar bin Khattab kagum dengan susunan kalimatnya lantas berkata pada dirinya sendiri- "Demi Allah, ini adalah syair sebagaimana yang dikatakan kaum Quraisy."

Kemudian beliau mendengar Rasulullah SAW membaca ayat 40-41 (yang menyatakan bahwa Al Qur'an bukan syair), lantas beliau berkata, "Kalau begitu berarti dia itu dukun." Kemudian beliau mendengar bacaan Nabi ayat 42, (Yang menyatakan bahwa Al-Qur'an bukan perkataan dukun.)

Akhirnya beliau berkata, "Telah terbetik lslam di dalam hatiku." Akan tetapi kerana kuatnya adat jahiliyah, fanatik buta, pengagungan terhadap agama nenek moyang, maka beliau tetap memusuhi Islam.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau mendengar adik perempuannya, Fatimah bersama suami telah memeluk Islam. Dengan perasaan yang sangat marah, beliau menuju ke rumah Fatimah. Tatkala itu, beliau mendengar suara orang sedang membaca Al-Quran iaitu surah Taha.

Detik ini lah Allah benar-benar telah menurunkah taufik hidayah kepada Saidina Umar Al-Khattab, setelah itu melafazkan kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW.

Umar Al-Khattab menceritakan:
"Maka, apabila aku mendengar ayat Al-Quran gementar hatiku, mengalir air mataku dan aku pun memeluk islam"

Benarlah firman Allah swt:
 "Oleh kerana mendengarnya, menggentarkan kulit-kulit orang yang takut kepada tuhan mereka, kemudian kulit itu menjadi lembut dan hati mereka menjadi lembut tunduk mengingati Allah" (Az-Zumar:23)

Inilah Tarbiyyah langsung dari Allah SWT buat umat manusia. Jelas Allah nukilkan dalam kalamNya, ayat Al-Quran punya kuasa yang sangat hebat, jika kita perhatikan, teliti satu2 dan tadabburkan ayat2 Allah ini, pasti semua umat dunia akan beriman kepada Allah SWT.

Sedangkan makhluk lain selain manusia pun sentiasa bersujud dan berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia pada zaman ini semakin melupakan pencipta Yang Maha Esa ini. Kalau bukit pun diumpamakan bole hancur jika diletakkan dengan beratnya isi Al-Quran tersebut yang meliputi seluruh cara hidup kita di dalamnya.

Firman Allah swt lagi:
"Sesungguhnya orang2 beriman itu adalah mereka yang disebut Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal" (Al-Anfal:2)

Iman itu benarkan dengan hati, lafazkan dengan lisan dan zahirkan dengan perbuatan. Jika benar2 iman dipasakkan kepada islam dan berpegangnya pada Al-Quran, maka takutlah ia untuk melakukan dosa.

Tatkala ayat2 Allah itu didengarkan dan dibacakan gementar hatinya dan semakin tunduk patuhnya mengabdikan diri pada Allah

Inilah Tarbiyah Al-Quran, murabbi teragung buat semua, makhluk di bumiNya ini

Begitulah juga bila dikaitkan dengan fitrah manusia, dilahirkan dengan hati dan jiwa yang suci lagi bersih. Hati-hati seperti ini fitrahnya tenang setenangnya. Apabila melakukan amalan harian, ia semakin tenang kerana ia selari dengan tuntutan Islam itu sendiri

Hati seperti ini sentiasa dijaga dan dipelihara dari segala jenis kekotoran yang semakin menghimpit dan menyerang seperti zaman ini.

Apabila ia melakukan dosa, membuat maksiat, atau membuat kesalahan. pasti ia akan bergetar, tidak selesa, serba tidak kena, sentiasa berdebar-debar. Kerana ia sudah bertentangan dengan fitrah tujuan  Allah menjadikan manusia itu sendiri

Tetapi, tatkala hati tidak lagi gentar, tidak lagi takut atau bersalah membuat dosa,muhasabahlah dan koreksilah diri semula, kerana takut-takut hati yang seperti ini sudah jauh dari nur petunjuk Allah SWT. Nauzubillah

Hati-hati yang tenang itu sentiasa akur dan tunduk patuh kepada Allah SWT..

Sempena menjelangnya 1 Muharram esok hari, sama-samalah kita bermuhasabah dan berhijrah ke arah yang lebih baik.



Siapa golongan yang berhijrah?
Rasulullah SAW menjawab : "Orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar"

Jom sama2 kita berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelum ini..
SALAM MA'AL HIJRAH

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"