"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Isabella..Hidayah dan Cinta

Isabella..
Gadis cantik, anak ketua paderi Cordova suatu waktu dahulu
Digelar anak gadis beriman kepada tuhannya, 'jesus' dan kepercayaan kristiannya
Hatinya dicabar dan diketuk persoalan setelah mendengar perbualan dua orang muslim mengenai Islam vs Kristian
Sejak detik itu hatinya sering mempersoal dan sentiasa mencari jawapan
Mulanya hanya rasa tercabar untuk menjawab persoalan orang muslim
Setelah beberapa kali mendengar perbahasan antara muslim dan para paderi
"Lailahaillallah Muhammad Rasulullah"
Itulah kalimah tauhid yang agung keluar dari mulutnya, lahir dari hatinya
Alhamdulillah, Hidayah Allah melimpah ke atas orang yang dikehendakiNya
Cintanya kepada Islam dan Al-Quran memenuhi segenap ruang hatinya
Hati nya terus yakin dan cekal mengharungi segala rintangan setelah keIslamannya diketahui
Dia giat menyebarkan dakwah islamiyah ke seluruh pelusuk tempat dan kepada segenap manusia
Hatinya benar2 Yakin akan Kalam Allah swt
Itulah ISABELLA...dikurniakan hidayah dan cinta oleh Allah swt


-Novel Isabella- (hujah-hujah Al-Quran yang benar-benar meyakinkan dan mengetuk hati insan yang berpegang dengan kitab injil agama mereka)(hujah-hujah paderi-paderi yang amat meragukan)-moga ia bermanfaat buat kita..
.
Hidayah, Cinta dan Yakin

Hidayah milik Allah

Ia lintasan hati yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan dan penambahbaikan

Amat rugi jika manusia menolak dan membiarkan hidayah ini berlalu begitu sahaja

Dan mungkin Hidayah yang Allah lintaskan dalam hati manusia itu akan berlalu tanpa sempat manusia memiliki dan memperoleh hikmahnya

Dan yang paling menakutkan dan amat merugikan jika Hidayah yang Allah kurniakan itu tidak akan menjenguk kita sekali lagi setelah kita membiarkan ia berlalu

Moga kita semua sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah olehNya

"True love is like ghost, which everybody talks about but few have seen"-Francois Duc de La Rochefoucauld-

Wow Cinta boleh menimbulkan kegilaan, meningkatkan semangat dan boleh menjadi pencetus kepada sebuah keekstriman seseorang

Itulah  Kuasa CINTA
"Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa" -Imam al-Ghazali, Minhajul 'Abidin-

Sungguh bahagia orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia, tetapi bagaimana hendak kita memupuk mahabbah..

Ada orang kata "Tak kenal maka tak cinta" betul ke?

Begitulah dengan cinta dan mahabbah kita pada yang maha Esa, sebab tu mesti kita mengenal Allah, sifat-sifatNya, nama-namaNya untuk kita sentiasa menambah cinta kita kepada Allah..

Mahabbah timbul dari Makrifat...
Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni

Puncak percintaan ialah nikmat yang mampu disentuhi dan dikecapi setelah mampu melihat keindahan Ilahi-Robbi

Itulah cinta mutlak kepada sang maha Pencipta

Seiring dengan itu lahirkanlah cinta kepada makhluk sekeliling samada manusia,haiwan atau tumbuhan

"Katakanlah, jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu"(Al-Imran:31)

Dengan ikatan dan jalinan cinta yang kukuh dan utuh, timbullah keyakinan yang tidak berbelah bahagi

Datanglah segala macam cabaran dan dugaan,

Hatinya betul2 telah dipenuhi keyakinan..

Timbullah Haqqul Yaqin pada Sang Maha Pencipta

Moga Allah terus istiqamahkan dan kuatkan kita di jalan dakwahNya ini

'Faiza 'Azamta Fa Tawakkal 'Alallah"

Pasti orang bertaqwa, Allah kurniakan jalan keluar dan limpahan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka,

Maka bertawakkallah, nescaya Allah akan mencukupkan bagiNya

Insyaallah...

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"