"Yang wajib kita perjuangkanialah Islam,bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengakuummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia. Sebab itu, kalau mereka mati di dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat" (As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya -1985)
Memoir Tragedi Memali, 1985
Pagi 19November 1985,
Air mata jernih Solehah mula membasahi pipi, semakin lama semakin laju. Menitik satu persatu ke atas dada suaminya, bersatulah air jernih itu dengan simbahan darah merah. Seolah-olah terikat suatu perjanjian. Cantuman air dan darah yang akan mengalir menuju kewangiaan syurga firdaus..
Jangan Salah Tempat dan Caranya
"Iaitu mereka (umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan mereka menyuruh membuat kebaikan serta melarang membuat kejahatan dan perkara munkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan"- Al-Hajj:41
KUASA..ada apa dengan kuasa..
Dlm satu hadith Rasulullah SAW,
"Jika kita melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, cegahlah ia dengan lisan, jika masih tidak mampu, maka tentanglah ia dengan hati, itu adalah selemah-lemah iman"
Perbahasan ulama' mengenai tangan dalam hadith ini, bermaksud kepada KUASA, kerana dengan kuasa, kita mampu menguasai, mampu mengubah, mampu berautoriti dan mampu segala2nya
Disebabkan itu dlm memperjuangkan Islam di Malaysia ini kita mengambil pendekatan menggunakan kaedah "Muwajahah Silmiyah" seiring dengan dasar Al-Quran dan AsSunnah, kaedah ini diambil berdasarkan waqi' kita di Malaysia
"Pemimpin itu dipilih dengan sifat Quwwah dan Amanahnya"
Apabila seorang pemimpin itu telah ditaklifkan amanah, yakni berKUASA dan mempunyai KUASA untuk memimpin dan mengepalai sesebuah negara atau organisasi, zalimla ia apabila ia tidak menjalan tanggungjawabnya itu sebaik mungkin dan selari dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah, zalimla ia apabila tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.
Apabila KUASA salah digunakan, ada pihak yang ditindas, yang tidak dibela nasibnya yang terbiar dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mengundang kepada punca berlakunya perkara2 bertentangan dengan Islam
Itulah pengaruh KUASA
Jadi Wahai Sekalian Yang Bergelar Pemimpin!!Ingatlah Kuasa yang sedang dimiliki dan Amanah yang sedang kalian pikul..Pasti di akhirat kelak akan dipersoal segalanya..
Islam Menyeluruh
Salah satu sifat Islam, Syumul. merangkumi segala aspek, segala keperluan manusia dan Islam lah cara hidup
Islam mengajar dan menjadi panduan bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar2 perkara, tidak satu pun Islam itu tertinggal
Dasarnya tersusun dan tertulis rapi di dalam Al-Quran dan yang selebihnya serta praktikalnya melalui Sunnah Rasulullah SAW.
Apalagi yg perlu kite pertikaikan dengan Islam
Tidak sesekali berpegangnya kita dengan Islam, kita akan kelihatan mundur, akan kelihatan ketinggalan zaman
Malah sirah dan sejarah umat terdahulu menunjukkan betapa majunya umat manusia ketika itu apabila mereka semua berpegang teguh dengan ajaran islam.
Islam itu memang dasarnya tetap tetapi pelaksanaan nya fleksibel
Mungkin Islam itu ditakuti oleh umat manusia waktu ini..kolot mungkin dipandang oleh orang sekeliling..
Islamophobia
Fenomena yang melanda umat manusia masa kini,
Bukan sekadar yang bukan Islam,
Malah yang bergelar Islam pun mengalami Islamophobia..
Islam dilabel pengganas, Islam ditakuti, Islam dicemuh, islam difitnah dan bermacam-macam lagi
Kesemua ini memberi kesan yang amat besar buat umat manusia untuk menerima Islam
Islam semakin dijauhi dan terus digeruni
Ini semua doktrin!!! supaya umat manusia semakin takut dengan islam
Apabila melihat bertambah umat manusia semakin beriman dengan Allah, semakin ramai umat manusia menyampaikan dakwah, semakin ramai uat manusia menutup aurat,
semakin ramai umat manusia belajar kitab2 dan ilmu agama, semakin penuh umat islam setiap kali tibanya waktu solat di masjid2 dan semakin ramai umat manusia melafazkan kalimah tauhid "Lailahaillallah Muhammad Rasulullah"
Ini semakin menggerunkan dan menakutkan mereka..sebab itu mereka sentiasa berusaha dengan pelbagai cara bagi menjauhkan umat manusia dengan Islam
Itula cara mereka, Islamophobia
Ya, itu mungkin doktrin yang telah dirancang rapi dan amat teliti
Tapi apa tindakan kita dalam mengurangkan dan mensifarkan Islamophobia di kalangan umat manusia terutama sekali umat islam sekeliling kita??
Dekatilah mereka, bukan sesama kelompok kita sahaja..sungguh menusuk muhasabah ini. kadang2 kita "syok" berada sesama kita, kita da merasa kuat tetapi lupakah kita pada insan yang sentiasa memerhatikan gerak geri kita saban hari
Tunjukkan akhlak yang baik melalui qudwah hasanah kita kerana itulah salah satu cara membolehkan mereka menerima kita..Insyaallah
Islam berkebajikan..
Islam For All!!
#Al-Fatihah buat semua para syuhada' tragedi Memali#
Insyaallah Islam akan terus ditegakkan..Perjuangan Islam wajib diteruskan walau dalam keadaan apa sekalipun. Ya Allah Istiqamahkan kami di jalanMu ini..Amin..
"Mereka berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya" -Al-Maidah:54
0 comments:
Post a Comment