"Pada hari (ketika) wajah mereka dibolak balikan dalam neraka, mereka berkata," wahai. kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.."
Penyesalan yang tidak terhingga oleh manusia, tetapi saat itu semuanya sudah terlambat
Jangan pernah kita rasa selesa, jangan pernah kita rasa sudah cukup dengan amal ibadat hariaan kita saat ini
Walau secara zahir atau hitungan kita, amalan kita membolehkan kita berada di syurga Allah kelak
Tapi mungkin dek perasaan atau sifat mazmumah hanya walau sebiji sawi boleh menyebabkan segala amaln kita sia2 selama ini
Taatlah pada Allah dalam setiap perkara
Dari seremeh2 perkara hingga seberat2 perkara
Dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara
Kerana setiap saat hidup kita
Ada penilai dan pencatat yang setia bersama walau diri merasa selamat kerana tiada yang melihat
Tetapi Allah tetap ada, dua malaikat pencatit itu tetap ada
Moga kita teguh dengan aqidah islamiyah,
Teguh dengan rukun islam dan rukun iman
Teguh dengan pegangan Al-Quran dan Assunnah
0 comments:
Post a Comment