"Kenapa dia dah lain ye?
sedangkan dulu lain..tp sekarang.."
"Dulu dia tak macam tu la
Sekarang ni makin menjadi-jadi pula pakaiannya. da lupe kot pasal menutup aurat ni.."
Dulu dan Sekarang
Dulu tu bukan lama pun..
Mungkin dua tahun, mungkin dua bulan, mungkin dua hari
Mungkin juga dua minit dan mungkin dua saat!!
Realiti dunia sekarang
Itulah perangai manusia zaman ini,
Mudah sahaja berubah-ubah pendirian dan pegangan
Didikan agama dah diberi
Suasana islam pun makin berkembang di sekeliling
Tapi hati masih tidak menerima dan terkesan
Itulah Allah dah sebut
"Hati itu punca segalanya"
Dan kita pun tau,
HATI itu sentiasa berbolak balik
Saat ini begitu
Dan saat berikutnya begini pula
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (dua jalan); KEJAHATAN dan KETAKWAAN. Sungguh! Beruntung orang yang menyucikannya (jiwa). Dan sungguh! Rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah Al-Syams)
Itulah jalan yang sentiasa Allah bentangkan buat setiap hambaNYA
Tidak kirala seorang itu asalnya baik atau sebaliknya
Tapi jika salah memilih jalan untuk melangkah ke seterusnya, nantikanlah akibatnya
Beruntung bagi mereka apabila dibentangkan dua jalan ini, ia memilih kepada kebaikan
Kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat buat kita semua
Saya pasti setiap masa kita dibentangkan dengan dua jalan ini
Setiap saat dan detik hidup yang kita lalui kita pasti din uji dengan dua jalan ini
Doronglah hati kita ke arah jalan kebaikan
Pasti akan disucikan hati kita..Insyaallah
"Da masuk waktu zohor ni, nak solat dulu ke?kejap lagi ye?"
"Malam ni ada usrah, nak pergi ke tak ye?"
"Nak pakai baju ape ye hari ini, yang ini ke? yang itu?"
"Nak ikut jalan ni ke?Jalan sane ye?"
"Alamak ada kelas la sekejap lagi, nak pergi ke tak?"
"Makanan ni nampak sedap, nak makan ke tak ye?"
Semuanya perlukan kita untuk pilih..
Sebab tu penting untuk kita hidupkan malam tahajjud kita dengan solat istikharah
Kerana setiap yang kita nak lakukan perlukan kita untuk membuat keputusan, manakah yang terbaik pada saat itu
Terulah istikharah..terus dan berterusan
Bukan hanya di saat kritikal yang mendesak membuat keputusan shj
.

Ya Allah sentiasa dorongkan diri dan hati ini ke arah kebaikan
kebaikan untuk agama, kebaikan untuk diri dan kebaikan untuk orang sekeliling
Sungguh tapisan mu itu amat bernilai harganya buat hamba-hamba yang sentiasa mendamba petunjuk dan kasihMu..
0 comments:
Post a Comment