DIA ada bersama
Bila diri terasa keseorangan
DIA tetap bersama
Bila diri hilang kekuatan
DIA masih bersama
SesungguhNya DIA sentiasa bersama kita
Setiap degupan jantung
Setiap denyut nadi
Allah..Allah..Allah
Alhamdulillah, berpeluang bersama-sama Ijtima' Tarbawi di Rusila Terengganu baru-baru ini
Sungguh suntikan yang amat bermakna buat semua pendokong gerakan dan dakwah Islam
.
Berkampung di masjid rusila amat menenangkan dan setiap bait kata yang dicurahkan sungguh menjadikan diri ini sangat kerdil di dalam realiti dunia perjuangn ini
.
Moga segala yang diperoleh oleh semua sahabat-sahabat yang diberi peluang oleh Allah swt untuk berkampung di Rusila tidak kita sia-siakan begitu sahaja
Gunakan segala sendi kekuatan yang kita ada untuk sama-sama kita martabatkan islam di bumi Allah ini
insyaallah
Pentingnya Tarbiyyah buat semua pendokong gerakan dan dakwah Islam
Kerana tanpa tarbiyyah menyebabkan kita mudah lemah,mudah goyah, mudah putus asa dan apa yang paling ditakuti, mudah meninggalkan jalan Allah swt ini..nauzubillah
Itulah tarbiyyah ruhiyyah yang perlu disebatikan dalam diri setiap insan yang membawa agama Allah dan yang memperjuangkan kalimah Allah swt di bumi ini
Dalam Pidato Tarbawi 2, 2oktober mlm, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kepada seluruh pemuda agar membangunkan 3 perkara: 1) Zikir bacaan Al-Quran, 2) Solat Dhuha dan 3) Solat tahajjud dalam diri setiap individu seorang yang membawa kalimah ALLAH
Moga itu yang menjadi tunjang kekuatan dan tunjang tarbiyyah buat semua penggerak dakwah dan gerakan Islam.. Allahuakbar!!
Kerana DIA...
"Innallaha ma'ana"
0 comments:
Post a Comment