"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Setia di situ

10Syawal 1431h

Semua sudah kembali seperti rutin biasa hari ini. Setelah 10hari berSyawal bersama, sungguh memberi makna dan erti yang pasti masing-masing punya penafsiran sendiri mengenai Syawal kali ini.

Adik2 telah pulang ke asrama, ke tempat belajar dan tempat menimba ilmu dan pengalaman masing-masing.

Kini tinggal dua susuk tubuh yang setia di situ, setia menanti, sentiasa berdoa untuk kecemerlangan, kesejahteraan dan kebahagiaan setiap anak-anaknya walau di mana pun anak-anak itu berada.

Setia di teratak ini menangisi di dalam hati, anak masing-masing pulang ke tempat belajar, tempat bekerja

Yang diharapkan mereka pasti kejayaan anak-anak masing-masing dan pastinya "DOA" yang wajib dan mesti setiap anak-anak itu titipkan di dalam setiap sujudnya, di dalam setiap doanya.

Itulah harapan ibu bapa.

Bukan sekadar dua susuk tubuh di hadapan ku ini sahaja seperti ini, saat ini

Pasti ibu bapa yang lain juga ditinggalkan di kampung, di rumah berperasaan seperti ini, setelah anak-anak, cucu-cucu beraya bersama lebih kurang seminggu, kini anak-anak pulang kembali menjalankan rutin harian biasa sebagai pelajar dan pekerja

Buat diri dan semua insan yang bergelar anak, yang masih bergelar anak dan pasti yang tetap bergelar anak

Titipkan doa kita buat ibu bapa kita

Setiap saat, setiap waktu di dalam solat kita

Selain kecemerlangan dan kejayaan anak-anak dalam setiap amal ibadatnya, doa buat mereka pasti yang mereka dambakan dari insan yang bergelar anak ini

Sentiasalah menghubungi ibu bapa kita di kampung walau sesibuk mana pun kita

Kerana pasti mereka sentiasa menantikan khabaran anak-anak dan kita bertanya khabar mereka walau di mana pun kita berada

Mereka tetap di situ dan masih setia di situ, mananti khabaran dari anak-anak

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"