"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Biar cukup rasanya

Ada orang kata, "Dont judge the book by it's cover"
Bole gune ke?

Macam-macam ragam manusia..

Susah jg nak judge manusia..coz kita tak tahu apa ade di dalamnya

Biarlah..nilaian di sisi Allah itu yg pasti

Tapi biasenya apa yang dizahirkan oleh kata-kata dan perbuatan, itulah datangnya dari hati, kepercayaan dan pegangan

Sebab itu kepercayaan itu penting, pegangan itu penting

Dengan sebab itu manusia akan berada di paksi yang tetap dan tidak mudah goyah dengan segala apa yang mendatang coz pegangannya sudah kuat dan utuh

Sebut pasal pegangan ia sangat sinonim dengan perkataan aqidah..

Bila kite berimankan Allah swt dan rasulNya dan rukun iman yang seterusnya..itulah di gelar aqidah islamiyyah

Berlandaskan Al-quran dan sunnah

Pada saya ia sungguh jelas buat kite selagi mana kite berpegang kepada tali Allah ini

Insyaallah bila dalam dah teguh pegangannya, segala yang keluar dari individu itu pasti selari dengan apa yang ada di dalamnya

"berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..hingga akhir ayat, -al imran:103-

Kalau kita ibaratkan pegangan itu sebagai akar pokok, maka akar itu pasti perlu menjalar mencari mineral, sair dan makanan bagi menjamin suburnya sebatang pokok

Maka dengan menjalarnya akar-akar pokok itu tadi semakin perlu seseorang individu menuntut ilmu dan menimba segala pengalaman sepanjang pengembaraan seseorang yang bergelar manusia dan hamba itu

"Tidakkah kamu melihat bagaiman Allah membuat perumpamaan kalimah yang baik spt pohon yg baik, akarnya teguh dan cabangnya mjulang ke langit, pohon itu mengeluarkn buahnya pd setiap musim dgn izin tuhannya.Allah membuat perumpamaan seprti itu agar manusia sentiasa berfikir" Ibrahim :24-25

Berbalik kepada "Dont judge the book by it's cover"

Ada jg yang kata..jangan pandang pakaiannya, tutup auratnya, perangainya, taatnya pada ibu bapa
Pandang pada hubungan nya dengan Allah, pandanglah solatnya, puasanya.

Contohnya, kalau seseorang itu tidak menutup aurat sepenuhnya, tapi solatnya di jaga..
Bagaimana pl tu?

Sebab tu kot, "Dont judge the book by its cover" ni sentiasa digunakan, diulang dan diulang dalam kehidupan terutamanya buat umat islam waktu ini

Mengenai nilaian di sisiNya itu hanya Allah yang layak menilai dan menghukum terhadap sesuatu perbuatan manusia tu

Tapi kalau dah jelas, terang dan nyata tertulis hukum dan larangannya  dalam Al-quran,,itu apa pl!!

Inilah zaman tatkala manusia suka ambil Islam separuh separuh

Ada part yang manusia suka, dia ikut

Dan ada part yang manusia tak suka, dia buat-buat tak tahu sahaja

Sedangkan dia tahu!!

"Wahai org yg beriman, masuklah islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan, sesungguhnya syaitan itu msuh nyata bagimu!!"al-baqarah:208

Inilah serangan pemikiran yang semakin parah menyerang umat Islam waktu ini, sekularism!!

Apabila agama dipisahkan dari kehidupan manusia..nantikanlah akibatnya

Itulah kehidupan seorang muslim..

Biarlah cukup rasanya..

 jangan terlalu berlebihan dan jangan pula terlampau berkurangan

Kerana pasti rasanya akan berubah..tidak asli lagi..

Sekadar coretan di malam hari..tatkala seharian melihat dunia realiti

Muhasabah dan peringatan buat diri  ini yg d penuhi sgala kekurangan.  Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"