Alhamdulillah selamat sampai di Kuantan pagi 25 ramadhan, petangnya kami sekeluarga berkesempatan berbuka bersama anak-anak permata CAMAR
Sungguh meriah suasana petang ini, dengan kehadiran seluruh AJK permata camar, NADWAH dan semua ahli keluarga anak-anak permata CAMAR
09-5511845 - rumah CAMAR
Setelah selesai berbuka dan solat maghrib, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit dan barang keperluan dapur kepada anak-anak permata CAMAR dan keluarga..alhamdulillah kelihatan gembira sekali keluarga menerima sumbangan sempena bulan Ramadhan ini
Sumbangan yang terakhir adalah sepersalinan pakaian baru sempena sambutan Aidilfitri kepada setiap anak-anak permata CAMAR. teruja sekali mereka menerima baju baru tersebut..
Alhamdulillah selesainya majlis buat kira-kira 40 orang anak-anak permata camar ini. Hampir sepuluh tahun beroperasi, dahulunya hanya bangunan rumah teres, tapi sekarang sudah memiliki tanah sendiri berkat sumbangan peribadi seseorang yang mana terdirinya kelas belajar, asrama dan masjid.
Berkat sumbangan dan derma orang-orang sekeliling permata camar mampu melangkah jauh lagi dalam memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini
Ada anak-anak permata camar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik mereka dan telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga anak-anak permata camar yang sedang belajar di pondok pasir tumbuh kelantan
Moga mereka ini semua menjadi generasi Islam yang cemerlang dunia dan akhirat kelak walaupun asal mereka dari keluarga yang ibu/ayah mereka sudah tiada dan ada dari keluarga yang kurang kemampuan kewangannya.Insyaallah
http://www.nadwahpahang.org.my/
http://www.nadwahpahang.org.my/
Bagi yang ingin terus menyumbang, boleh la terus menghubungi pihak pengurusan permata CAMAR seperti nombor yang tertera di atas
Teruslah menyumbang dan bersedekah, moga2 amalan tersebut akan menjadi salah satu pembela kita di akhirat nanti insyaallah.
Bercakap soal sedekah, teringat satu kisah di zaman Rasulullah SAW. Ada seorang pemuda, di saat kematiannya, beliau menyebut
"Alangkah baik kalau banyak, alangkah baik kalau baru dan alangkah baik kalau semua sekali"
Rupa2nya pemuda itu dilihatkan kebaikannya di waktu hidupnya dahulu.
Saat dia membantu orang buta ke masjid, "alangkah baik kalau banyak"..banyak amalan kebaikan seperti itu dilakukan
Saat dia memberi baju sejuk yang lama kepada orang tua yang dalam kesejukan, tetapi baju sejuk yang baru dia pakai, "alangkah baik kalau baru"
Saat dia memberi separuh dari makanannya tatkala datang peminta sedekah meminta makanannya, "alangkah baik kalau semua"
Alangkah baik.. Itulah SEDEKAH
Alangkah baik.. Itulah SEDEKAH
Moga-moga apa yang kita sedekahkan, kita yang beri yang terbaik untuk yang memerlukan. Wallahualam
#buat diri dan sahabat2, terus tingkatkan amalan kita di 10 malam terakhir ini, moga berjaya kita menemui "Malam Al-Qadr". Perbanyakkan beriktikaf di masjid, semoga Ramadhan ini tidak menjadi sia-sia buat kita#
0 comments:
Post a Comment