"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Apa Semua Ini??


      iklan aidilfitri yang telah ditayangkan sejak beberapa hari lepas
.
Sekadar berkongsi, sewaktu di Naurah beberapa hari lepas, bersama teman serumah, terlihat iklan raya yang ditayangkan oleh satu stesen televisyen

Tiba-tiba terkeluar dari mulut kami, "macam perayaan krismas n budha je..tak patut betul..boleh merosakkan aqidah umat Islam ni"

Dan selepas itu semakin kerap iklan itu ditayangkan..

Then, bila buka email, ada satu email yang ingin dikongsikan bersama.

Respon mengenai iklan ini

Scene 1: Budak Lelaki Melayu Tilik Buku

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2: Close Up Muka Surat Bergambar Beca

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3: Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4: Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini.].

Sumber: Pahang Daily Online

#######################################

Diri ini masih berfikir, adakah benar apa yang dilontarkan mengenai artikel ini berkaitan dengan iklan raya ini??

Kita saksikan n buatlah penilaian sendiri. Kita semua ada akal untuk menafsirkan sesuatu dengan jelas, tafsir dan nilailah sendiri seiring dengan syariat Allah dalam Al-Quran dan Sunnah

Mungkin ini salah satu cara halus yang cuba diterapkan dalam minda dan pemikiran umat islam waktu ini, terutama kepada golongan kanak2

Dan mungkin banyak lagi yang telah direncanakan dan sedang direncanakan secara halus untuk menembus pemikiran Islam

Buat semua umat Islam, umat kesayangan rasulullah SAW.. Di saat wafat baginda..ummati..ummati..ummati juga yang disebut baginda

Bangkitlah kita semua mempertahankan aqidah islam yang amat suci dan mulia ini

Bangunlah kita semua terus menguasai ilmu-ilmu Allah SWT ini..

Pertahankan Al-Quran dan AsSunnah yang kita miliki..Sumber dan lambang kekuatan umat Islam selamanya
Perteguhkan ukhwah kita di saat banyak pihak berusaha memecahbelahkan kita dengan pelbagai isu dan agenda yang telah disusun rapi

Insyaallah.. "Innallaha ma'ana"

Maaf buat pihak-pihak yang terlibat dengan pembikinan iklan ini. Kita pun tidak tahu dan tidak pasti apa niat mereka dengan pembikinan iklan ini

Namun, Nilaian di sisi Allah itu pasti dalam setiap yang anda rencanakan..

wallahualam

Added by 6sept


mohon maaf dr pihak berkenaan

sudah-sudah la tu...

Allah itu maha adil dan bijaksana

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"