Kedengan suara kanak-kanak melaungkan merdeka di hadapan Naurah seawal jam 9 pg td
Kelihatan kanak-kanak tabika berjalan beramai-ramai dalam barisan, diiringi oleh cikgu-cikgu mereka
Semua murid-murid tabika memegang satu bendera kecil dan melaungkan merdeka..merdeka
Mengikut arahan guru-guru yang mengiringi mereka
Sungguh bersemangat adik-adik ini melaungkan kalimah "MERDEKA"
Tetapi fahamkah mereka makna kemerdekaan sebenar nya??
Hati berfikir
Kasihan adik-adik ini, zaman mereka sedang membesar
Zaman mereka sedang belajar, meneroka mencari ilmu dan pengalaman hidup
Keadaan dunia amat tenat
Tenat dengan pelbagai masalah yang puncanya dari manusia itu sendiri
Lihat sahaja di negara kita
Tanggal 31 Ogos 2010, sambutan kemerdekaan ke-53
Keadaan semakin sarat
Sarat dengan pelbaga masalah
Gejala sosial berleluasa, pembuangan anak meruncing
Dan segala perkara-perkara yang negatif itu terus meningkat
Manusia semakin jauh dengan "Tuhan"
Manusia leka dengan kemewahan dunia
kemewahan dunia yang melimpah ruah
Lagi-lagi zaman dunia tanpa sempadan ini
pencetus kepada pemasalahan ini sangat mudah diperoleh
Laman-laman web yang mendorong kepada masalah sosial berleluasa, lagu-lagu yang melalaikan semakin banyak di perdengarkan
Dan semuanya sangat mudah diperolehi
Budak-budak sekolah pun bebas memperolehnya
Inilah yang dikatakan bebas pada zaman ini
Bebas melakuan apa sahaja tanpa ada sempadan
Bebas dari agama..bebas dari kawalan
Itulah mungkin yang ditakrifkan dengan kebebasan pada waktu ini
Kerna apabila seseorang itu melakukan kesalahan atau dosa, dia tidak merasa bersalah langsung!!
Sambutlah kemerdekaan ini seiring dengan hati kita yang merdeka..
Merdeka dari pengaruh negatif
Dalam masa yang sama hati terus tunduk patuh pada Pencipta
Jasad terus beramal dengan kebaikan
Sambutlah dengan jasad-jasad yang bebas dari pengaruh luar
Jadi diri kita yang sebenar!!
Diri yang merdeka dalam erti kata yang sebenar!!
0 comments:
Post a Comment