Alhamdulillah susananya sungguh meriah sekali
Padang yang berhadapan dengan Masjid Suktan Ahmad Shah, masjid negeri kuantan
Seawal jam 6 petang sudah kelihatan ibu, bapa bersama anak-anak datang membawa tikar dan bakul makanan masing-masing
Semuanya mencari port masing-masing untuk berbuka
Tidak ketinggalan juga datuk dan nenek di bawa bersama..
Subhanallah meriah sungguh
Lagi-lagi bersebelahan padang pula, ada bazar ramadhan yang agak besar juga
Maka bagi keluarga-keluarga yang tidak sempat memasak bekalan sendiri, beli sahaja di bazar ramadhan tersebut
Para remaja juga tidak melepaskan peluang, mungkin pelajar UIA kuantan atau UMP, semuanya tidak melepaskan peluang merasa meriah nya berbuka di padang MPK ini..
Lagi 15 minit masuknya waktu maghrib, kelihatan padang sudah dipenuhi oleh umat Islam yang ingin berbuka puasa
Selepas berbuka , alhamdulillah semuanya meluru ke arah masjid untuk menunaikan solat maghrib
Di bahagian tempat solat perempuan, penuh safnya..alhamdulillah
Tenang hati melihat suasana ini, setelah berbuka semuanya ke arah masjid untuk menunaikan tanggungjawab pada Allah
Inilah aqidah islam, yang bergelar muslim sebenar pasti tahu tanggungjawab masing-masing
Tidak perlu lagi disuruh, tidak perlu lagi dikerah
Bila tiba waktu itu, semuanya meluru menunaikan tanggungjawab
Kerana Kita Tetap Satu Aqidah
Aqidah Islamiyah
Moga ini bukan menjadi budaya semata-mata di padang MPK ini,
Tetapi keberkatan berbuka beramai-ramai ini menjadi satu sumber kekuatan umat Islam yang sentiasa tahu tanggungjawab pada PENCIPTA manusia itu sendiri
Bukan sekadar datang untuk berbuka
Datang mencari suasana baru untuk terus meningkatkan ibadah di bulan mulia ini
Datang lah kita dari daerah mana pun
Datanglah kita dari negeri mana pun
Jauh atau dekat
Tetapi bila dinamakan tanggungjawab kita pada Allah
Kita bersungguh-sungguh melakukannya
Kerana Kita Tetap Satu
Satu Aqidah Islamiyah!!
0 comments:
Post a Comment