Merdu dan menusuk sungguh laungan azan subuh pagi ini, pagi jumaat, pagi penuh rahmat, pagi bulan ramadhan, pagi penuh barakah..
Alhamdulillah subuh "saiyyidul ayyam" di bulan ramadhan..
Sungguh luar biasa laungan azan subuh pagi ini
.
.
Seusai subuh masih berfikir, apa yang berbeza laungan azan subuh ini..
Teringat kisah "malek nor"..siapa tak kenal jaguh bina badan ini, yang amat terkenal suatu waktu dahulu
Alhamdulillah yang telah kembali kepada fitrah Islam sepenuhnya saat ini..
Malek nor yang telah menunaikan segala perintah Allah dan menghambakan diri sepenuhnya pada Khaliq pencipta seluruh alam dan segala makhluk
Dalam satu tulisannya, mengenai bagaimana beliau boleh mendapat kesedaran dan hidayah Allah untuk melaksanakan perintah Allah iaitu setelah beliau mendengar laungan azan dari sebuah masjid berdekatan
Dan laungan azan itu yang betul-betul menusuk ke dalam hati beliau dan akhirnya beliau manyesal lalu bertaubat dan tidak lagi mengulangi segala larangan Allah yang dilakukan sebelum ini
Katanya, sungguh luar biasa azan waktu itu!!!
Begitu unik kan laungan azan, menjadi hidayah bagi yang mendengar nya saban hari, lima kali setiap hari..
Ada satu video, menunjukkan laungan azan yang bersahutan-sahutan dan bersambungan setiap hari di seluruh pelusuk bumi
Tidak pernah berhenti laungan ini, Jika waktu azan subuh di bahagian timur dunia, di bahagian selatan dunia pula sudah dilaungkan azan isya'
Begitulah azan berterusan dan bersahutan di seluruh pelusuk dunia mengeilingi bumi..tidak pernah terhenti walau sesaat
Sungguh luar biasa bukan...Itulah aturan Allah Maha Bijaksana..sungguh unik dan teratur
Moga laungan azan ini juga terus menjadi pencetus hidayah Allah bagi insan-insan yang sedang mencarinya..
Tazkirah di masjid Saidina Ali semasa terawikh semalam oleh Ustaz Zuridan Mohd Daud, berkisarkan Penurunan Al-Quran...
Dalam masa setengah jam sungguh padat dan penuh makna..
Ada beberapa kisah yang dibincangkan..
Bagaimana bacaan Al-Quran bila dibacakan dan dilagukan ia menjadi petunjuk buat insan-insan yang mendengar alunannya
Bagi insan-insan bertuah dan terpilih yang telah berpeluang menjejakkan kaki ke Masjidil haram, pasti tatkala mendengar bacaan imam masjid, Imam Syed Sudais contohnya, pasti mengalir air mata tatkala itu
Walaupun tidak faham maksud ayat Al-quran yang dibacakan itu, tetapi sungguh ayat-ayat itu menusuk ke kalbu masing-masing
Meruntun hati-hati yang sedang managih kasih dan cintaNya
Itulah ayat Al-Quran apabila dibacakan dengan penuh penghayatan,
Sungguh luar biasa kesannya
Yakni Al-Quran itu digelar Kitabul Hidayah!!
Sungguh luar biasa kesannya
Yakni Al-Quran itu digelar Kitabul Hidayah!!
Dalam satu sirah Rasulullah SAW, mengisahkan bagaimana Saidina Umar RA kembali kepada Islam..
Tatkala mendengar berita adiknya sendiri telah memeluk ajaran Nabi Muhammad SAW itu, beliau yang amat terkenal dengan sifat kegarangannya dengan penuh marahnya pergi ke rumah adik beliau
Di saat beliau sampai di hadapan rumah adiknya, terdengar alunan merdu bacaan Al-Quran yang dibaca oleh adiknya
Meluru Saidina Umar masuk ke rumah adiknya dan menanyakan kitab apa yang dibacakan oleh adiknya itu
Dengan ketakutan dalam keyakinan adiknya menjawab, inilah Al-Quran , kitab Allah
Kata adiknya, "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
Pada awalnya Saidina Umar amat marah tetapi, beliau meminta adiknya mengulangi kembali bacaan Al-Quran yang dibacakannya tadi
Alhamdulillah, petunjuk Allah telah sampai kepada Saidina Umar saat itu
Beliau bergesa-gesa menghadap Rasulullah dan mengucapkan kalimah agung, kalimah syahadah bersaksikan beberapa orang sahabat..
Subhanallah itulah keajaiban ayat-ayat Al-Quran tatkala menjadi petunjuk bagi insan-insan yang sedang mencari kebenaran
Hati yang keras boleh cair menjadi lembut, hati yang tegang boleh menjadi kendur, hati yang porak peranda boleh menjadi tenang tatkala mendengar alunan-alunan ayat Al-Quran itu
Itulah Kitabul Hidayah!! Sungguh luar biasa..
Dalam satu lagi kisah..Mengenai Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha
Siapa tidak kenal beliau suatu waktu dahulu, pelakon yang terkenal dengan panggilan "Ali Setan"
Setelah mendengar bacaan Al-Quran, alhamdulillah beliau telah peroleh Hidayah untuk beramal dengan islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah
Cerita beliau dalam satu wawancara, "Saya masih ingat tahun 1979, kebetulan masa itu saya masih jahil"
"Perkara pertama yang saya lakukan ketika sampai di rumah, ialah membuka TV, waktu itu saya baru balik dari pub"
"jadi, apabila buka TV ada siaran bacaan Al-Quran dan terjemahan serta doa penutup siaran"
"masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat, saya terus memuji Allah, tetapi dalam bahasa inggeris lah.. Wow, Allah is great!!"
"akhirnya ia menjadi amalan saya, setiap mlm sy akan tengok siaran tu, kalau saya keluar malam pun, sy akan bergegas pulang ke rumah untuk menyaksikan siaran itu"
Dan akhirnya beliau beriman sepenuhnya kepada Allah dan beliau juga telah menjadi Pendakwah menyampaikan risalah islam waktu ini..
Subhanallah, hebatnya penangan Kitabul Hidayah ini..
Sungguh luar biasa...
.
Dalam satu lagi kisah..Mengenai Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha
Siapa tidak kenal beliau suatu waktu dahulu, pelakon yang terkenal dengan panggilan "Ali Setan"
Setelah mendengar bacaan Al-Quran, alhamdulillah beliau telah peroleh Hidayah untuk beramal dengan islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah
Cerita beliau dalam satu wawancara, "Saya masih ingat tahun 1979, kebetulan masa itu saya masih jahil"
"Perkara pertama yang saya lakukan ketika sampai di rumah, ialah membuka TV, waktu itu saya baru balik dari pub"
"jadi, apabila buka TV ada siaran bacaan Al-Quran dan terjemahan serta doa penutup siaran"
"masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat, saya terus memuji Allah, tetapi dalam bahasa inggeris lah.. Wow, Allah is great!!"
"akhirnya ia menjadi amalan saya, setiap mlm sy akan tengok siaran tu, kalau saya keluar malam pun, sy akan bergegas pulang ke rumah untuk menyaksikan siaran itu"
Dan akhirnya beliau beriman sepenuhnya kepada Allah dan beliau juga telah menjadi Pendakwah menyampaikan risalah islam waktu ini..
Subhanallah, hebatnya penangan Kitabul Hidayah ini..
Sungguh luar biasa...
.
Inilah yang sangat ditakuti oleh orang-orang kafir
Inilah yang sangat dirisaukan oleh orang-orang yang memusuhi Islam
Takut dan risau dengan mukjizat dan kuasa Al-Quran itu sendiri
Kerana di dalam Al-Quran terdapat semuanya, petunjuknya, kebenarannya, sumber segala ilmu
Al-Quran adalah jawapan di atas segala persoalan yang timbul
Dan Al-Quran lah penyelesaiannya dan sumber kekuatan umat Islam
Jika semua manusia terus beriman dengan Al-Quran dan Hadith pasti umat Islam akan terus kuat dan gah memimpin dan menguasai segala bidang di muka bumi ini
Sebab itu mereka yang memusuhi Islam sedaya upaya untuk memesongkan apa yang ada dalam Al-quran itu, mereka sentiasa cuba memutarbelitkannya
Tetapi sehingga ke saat ini, usaha-usaha keji mereka itu tidak pernah berjaya..KERANA Allah berfirman
"Sesungguhnya kami yang menurunkan Al-quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya"-
Subhanallah..dan alhamdulillah tatkala ini ramai "hafiz. hafizah" yang hafalannya cukup 30 juzu'
Mg mereka ini terus dipelihara seiring terpeliharanya Al-quran itu sendiri
Ustaz Zuridan juga menyebut..jika bacaan Al-quran itu terus dibacakan, diperdengarkan
Pokok yang layu pun akan menjadi segar, makanan yang sedang dimasak pun boleh menjadi bertambah sedap
Kerja-kerja yang sedang dilakukan pun boleh menjadi mudah
Dan hati-hati yang mendengarnya pun akan menjadi tenang, segar dan sentiasa rasa dekat denganNya
Maka lazimkanlah bacaan Al-Quran ini setiap masa, di rumah, di tempat kerja, di tempat belajar dan di mana sahaja kita berada
Tidak mengira waktu dan tempat
Tidak mengira waktu dan tempat
Perdengarkan ia sentiasa..
Mungkin dengan amalan dan usaha kita ini, ia menjadi pencetus juga kepada Hidayah Allah kepada insan-insan yang mendengarnya..
.
Kerana "Ia" Sungguh Luar Biasa!!
Itulah Al-Quran Kitabul Hidayah..
Bersempena Hari yang sungguh mulia ini, Hari Nuzul Quran
Mari sama-sama kita memperingati sirah bagaimana Al-Quran diturunkan kepada baginda nabi Muhammad SAW..
Iqra'..Iqra..Iqra'..Kisah di gua Hira'..
Iqra'..Iqra..Iqra'..Kisah di gua Hira'..
Segalanya penuh ibrah dan hikmah..
Jumaat, 17 Ramadhan
Salam Nuzul Quran
0 comments:
Post a Comment