"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

What Muslims have To Do?





Ni haikal nak cakap..ok..

"all muslim have to do five things..Syahadah, Solah, zakat, Saumm, Hajj!!"
ok along, assalamualaikum..

terkejut juga denga suara haikal menjerit di talian..berfikir sekejap, apa yg haikal cakap ni sebenarnye..da la macam terpekik dalam telefon..


Ibu mengambil kembali telefon, "denga tak apa haikal sebut td??".."tak faham la bu"

"die baru blaja kat sekolah td, tu kan rukun2 Islam"
tergelak diri ini bile ibu bkata cmtu, tidak dpt ku tangkap pada awalnya..
adik bongsuku haikal asyraf, kini berumur 6 tahun..lincah gayanya, mulut pun lincah juga.
.
Inilah antara penerapan asas yang perlu disematkan dalam hati adik2 kecil yang baru mengenal dunia ini. Hati mereka masih suci dan lembut. Perlu dicorakkan sebaiknya. Rukun Iman dan rukun Islam perlu dihayati oleh semua peringkat umur. Bila sebut pasal syahadah, semua umat Islam boleh melafazkannya. Tapi setakat mana ia dihayati oleh individu muslim tersebut.
.
Pernah dalam satu siri "purple Circle" membicarakan tentang Khusyu' dalam Solat, ditanya apa maksud Solat, seingat ketika belaja subjek syariah Islam di SMKA Tahap lepas, solat adalah dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam..itu teorinya..tapi apakah rahsia dan penghayatan di sebalik solat ini..segala pergerakan, bacaan dalam solat. apakah kaitan dengan kehidupan seharian??Inilah yang semakin dilupakan oleh umat Islam ketika ini. Nampak cukup waktu solatnya, tetapi mengapa masih buat larangan Allah, masih tak menutup aurat dan sebagainya. Ini semua berpunca tiada penghayatan di dalam solat itu. Jelas Allah berfirman "Solat itu Mencegah dari perbuatan Munkar"
.
Jika di rumah, seawal sebelum 6 pagi lg haikal da bangun, kejutkan abang2 dan kakak2nya yang masih lena diulit mimpi.."bangunla,,ikut abah pegi masjid"..Terfikir lg dalam kepala ini, adik2 ni diajar untuk solat lima waktu sejak di tadika lg..diajar dengan segala keindahan Islam..Itu penerapan awal di tadika..tapi apakah kesinambungan buat adik2 sekecil ini selepas ini. Masuk ke sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA dan seterusnya..apakah kesinambungan kepada asas yang kukuh ini??Adakah sistem pendidikan yang sedia ada ini mampu meneruskan kesinambungan generasi islam ini?
wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"