"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Sorotan Gamis di Bumi Johor





Bertarikhkan 6 - 7 February lepas, berlangsungnya muktamar gamis johor buat pertama kalinya. Terima kasih buat semua sahabat2 yang hadir bersama ketika muktamar ini walau penuh dengan aktiviti dan perancangan masing2.

Hampir dua tahun diri ini sepenuhnya bersama Gamis Johor, susah senang berprogram dan merancang itu menjadi lumrah dalam gerakerja Gamis Johor. Masih banyak lagi yang perlu direncanakan dan diperbaiki untuk pergerakan GAmis akan datang. Buat sahabat2 seperjuangan gamis Johor sepanjang sesi pimpinan Akh Zul Hilmey, terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan pengalaman kalian. Moga ini lah salah satu wasilah kita untuk semakin tegar dalam menegakkan islam kelak. Maaf di atas segala kekurangan sepanjang 2 tahun ini.

Teringat dalam siri2 menentukan VMO gamis johor buat kepimpinan Akh Amin Hamami, ramai lagi sahabat2 kita di luar sana perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari kita yang lebih memahami ini. Allah kurniakan kita kefahaman yang mungkin mereka tidak miliki, kita dikurniakan kemudahan untuk melaksanakannya berbanding mereka yang kurang kemampuannya. Gunakan ia sebaik mungkin. Segala peluang yang kita perolehi, jangan persiakannya. Perjalanan kita masih jauh, teguhkan hati, kuatkan rohani, tingkatkan strategi dan maxima kan pergerakan. Rasa lemah itu pasti sekali sekala menjengah kita, tetapi yakinlah dengan jalan yang kita pilih ini. Berkerjalah dan berusahalah demi Islam walau dimana pun kita diletakkan!!Kepada sahabat2 seiring kepimpinan Akh Amin Hamami, teruskan perjuangan GAMIS Johor.

Sama-sama kita hayati firman Allah SWT ini: (At-Taubah : 42)

"Jikalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh. Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah. "Jikalau kami sanggup tentulah kami akan berangkat bersama2 mu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka benar2 orang yang berdusta".

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"