"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Menghirup Udara Kembali

Salamalaik buat semua..
.
Sudah sangat lama blog ini tidak terupdate. Sibuk mungkin tuan empunya blog, tetapi tu bukan alasan yang boleh diberikan di atas semua ni. Sengaja menyibukkan diri mungkin..Diri sendiri yang tahu segalanya. Dan pada saat ini amat bersyukur di atas segala yang telah diaturkan hingga detik ini.
.
Masih boleh bernafas dalam kesesakan, masih boleh merasai ketenangan, masih boleh bersama keluarga saat ini..syukur pdNya. Telah beratur pelbagai perancangan di dalam fikiran ini yang perlukan tindakan yang lebih maxima selepas ini. Alhamdulillah nikmat Allah tetap menyelubungi dan meresap ke dalam diri ini. Samada menggembirakan atau sebaliknya, ia semua menguji diri ini untuk lebih "kuat" meneruskan siri2 kehidupan yang pastinya semakin mencabar.
.
12 February lepas, Jumaat, hari yang semakin "melegakan" diri ini. Bertalu2 soalan dari examiner setelah tamat kata2 terakhir ku sewaktu viva..ligat juga otak berputar memahami persoalan dan mencari jawapan di atas pertanyaan mereka. Ekor mata ku mencari kelibat "supervisor" ku yang nampaknya turut gelisah. Risau mungkin anak didiknya ini tidak dapat menjawab persoalan examinor..Fuh..alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
.
Terima Kasih semua untuk hari tersebut. Doa kedua orang tuaku mengiri diri ini sepanjang mulutku menuturkan kata2 di hadapan barisan "lecturer-lecturer" yang ku kira amat "comited" dalam bidang research ini. Doctor Goh (supervisorku) bertungkus lumus bersama ku sehari sebelum viva, berbincang dari segenap sudut mengenai projectku dan meneliti satu persatu slide presentation yg telah ku siapkan. Sahabat2 se'Housemate" ku, Jawahir, Junainah, Aina n Kak Na, maaf terpaksa mengelat masuk dapur beberapa hari sebelum viva ku..otakku sudah tepu saat itu, pulang ke "Naurah" sekadar untuk merehatkan diri:)..Kak Zi dan Kak An yang memahami keadaan ku ketika itu, ku terpaksa mengelat juga dari setelkan keje PASTI GP saat itu..
.
Buat cikgu2 PASTI GP, beberapa mesej masuk ke inbox ku "husna, bila nk datang amik duit?budak da ramai bayar ni.." "husna, ni no akaun sy yg husna minta ari tu, tolong masukkan gaji dekat no ni ye.." " husna, surat tunggakan yuran, akk tak dapat lg, boleh send semula kat akk?"..dan lagidan lagi..sume mesej tersebut lambat dibalas, hanya senyuman je mampu diukir ketika itu.maaf cikgu2, saya akan setelkan selepas 12feb tu..Sahabat2 penggerak RALLY Nisa' GP, maaf banyak2 tak dapat tumpu sepenuhnya sewaktu kita meeting 10hb mlm. Maaf banyak2 semua di atas segala kekurangan gerakerja n tumpuan ku sepanjang minggu tersebut. (8 feb - 12 feb 2010).Terima Kasih tidak terhingga atas segala doa, sokongan dan tolak ansur semua.Syukur walhamdulillah..Thamk You Allah..
.
Thesis yang tidak siap2 masih menanti diri ini. Teringat pula setelah panel examinor2 viva ku puas menanyakan soalan, Dr Fahrul bersuara "can you submit your complete thesis on 26hb Feruary?"..Em tersenyap sekejap diri ini, semua mata lecturer tertumpu kepada jawapan yang bakal ku katakan.."Ok, i'll try it" laju sungguh mulut ini menjawab. Mana mungkin 2 minggu after viva, nak submit thesis..akhirnya dipertimbangkan jua..terima kasih lecturer2 FBB..kini tumpuan projek ku kepada beberapa kerja di lab yang perlu ku siap dan habis kan dan satu lagi "thesis" yang perlu dicompletekan.Moga terus diberi kekuatan hingga ke akhirnya.
.
Menjejakkan kaki ke Naurah bersama Jawahir setelah habisnya viva di C08, mengingatkan kembali tumpuan kepada Rally Nisa' GP. Hanya tidak sampai seminggu sahaja lagi. Jentera penggerak Rally, bersediakah kalian???:).
Ayuh kita teruskan Pecutan terakhir ini!!
.
Ada hikmah di atas segala percaturan Allah sehingga saat ini. RedhaMu ku harap dan dambakan selamanya..
Wssalam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"