"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Sentiasalah Perbetulkan Niat Kita

Rasulullah SAW bersabda :
"Sungguh, hanya dengan niatlah, amal itu sah dan bagi setiap orang adalah apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, ia berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya untuk dunia yang ia kejar atau demi wanita yang ingin dinikahinya, ia berhijrah kepada apa yang ditujunya" (HR Bukhari dan Muslim)

Niat adalah lafaz didalam hati yang tidak dapat dinilai secara kasar. Niat juga elemen yang sangat penting dalam amal ibadat seseorang muslim itu agar diterima oleh allah SWT, kerana salah satu syarat sah ibadah ialah Niat. Segala tindakan, amal perbuatan kita sehari-hari haruslah didasari dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda lagi :
"Sesungguhnya, Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuh dan rupa kalian, tetapi Allah melihat apa yang ada di hati kalian" (HR Muslim)

Secara luarannya mungkin nampak sempurna, lengkap dan sebaik-baiknya, tetapi di dalam hati manusia seseorang itu kita tidak tahu. Dan niat dari hati inilah yang dinilai di sisinya.

Bila berbicara mengenai niat, mungkin kita terasa ia perkara biasa yang disebutkan, perkara biasa yang sering diulang-ulang, tetapi hakikatnya niatlah punca segalanya. Jika diimbas kembali hari-hari kehidupan kita, pasti ada niat yang mungkin terpesong dari niat asal. Mungkin sebelum kita buat sesuatu perkara, memang kita sudah niatkan kerana Allah, tetapi mungkin juga niat itu berubah apabila dipuji, niat itu berubah apabila ada orang melihat dan memerhati kita, niat itu mungkin juga terpesong demi untuk mencapai matlamat dan mendapatkan sesuatu dan mungkin pelbagai sebab lagi yang boleh menyebabkan niat itu berubah dari niat asal kita

Fikirkanlah bersama-sama. Inilah hakikat diri kita, insan, manusia yang lemah, yang sentiasa perlu diingatkan dan dipandu. Sempena hari jumaat ini yang penuh barkah ini sama-sama kita sentiasa perbetulkan niat kita. Niatkanlah sesuatu itu hanya kerana Allah SWT.

Abu Sa'id al-Khudry r.a berkata, "Makanlah kerana Allah, berpakaianlah kerana Allah, Berkahwinlah kerana Allah, Maka tidak akan ada sesuatu yang memudaratkan"

Wallahualam.

Tidak lupa juga, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sheikh Dr Fathi Yakan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Beliau adalah pangasas Jemaah Islam (cawangan Ikhwanul Muslimin di Lubnan. Juga penulis buku Maza Ya'ni (Apa ertinya Saya Menganut Islam). Buku yang saya kira menjadi panduan untuk kita semua dalam mengamalkan Islam secara menyeluruh. Moga roh mu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"