1433 H. BismiLLAH wal HamduliLLAH, menapak ke 12 Muharam
Meneruskan tanggungjawab dan tugasan yang pastinya bukan semakin berkurang tetapi semakin berat rasa galasan ini
Moga ALLAH istiqamahkan ruh dan jasad kita semua untuk terus bersungguh-sungguh beramal dalam setiap muka surat hidup yang dibentangkan oleh sang Pencipta kepada kita.InsyaALLAH
Hijrah perkataan biasa diungkap, perlu berhijrah dari yang sebelum ini ke arah yang lebih baik.
Bermulanya Hijrah Rasulullah SAW seribu empat ratus tiga pula dua tahun yang lalu, menjadi pencetus kepada gelombang Islam untuk terus tersebar ke serata dunia dan saat ini alhamduLILLAH kita dapat menikmati dan merasai kesan gelombang Islam ini. Itulah Islam RahMatulil 'alamin .AlhamduLILLAH
Kedatangan Islam itu sendiri membawa perubahan besar dan bermakna buat seiisi dunia. Jika sebelumnya penindasan, kemaksiatan, penyongsangan aqidah dan pelbagai perkara tidak elok yang menguasai seisi dunia
SubhanALLAH Islam hadir membawa kemananan dan kesejahteraan buat seiisi dunia, tepat sekali dengan makna Islam itu dr sudut bahasanya
Inilah Kuasa Hijrah Rasulullah SAW yang dapat kita nikmati saat ini..
Berbalik kepada konsep Hijrah, bila berlakunya penghijrahan pasti ada yang berubah dan akan berubah.Kesannya mungkin bukan dapat dirasai terus, mungkin memakan masa lama atau mungkin juga memakan masa yang sekejap
Tetapi yakinlah dengan kuasa Hijrah, Faiza 'Azamta Fa Tawakkal 'AlaLLAH "Bila sudah berAZAM maka berTAWAKAL lah"
Setiap individu pasti memiliki rasa ingin berhijrah (berubah), perasaan itu pasti datang, samada terlintas sekejap atau memang sudah menjadi satu tekad yang besar buat seseorang individu itu
Rasa Hijrah (berubah) ini mungkin tercetus disebabkan keadaan sekeliling atau persekitaran kehidupan yang menjentik kita untuk rasa berubah. Berubah dari sudut pemikiran, perangai, ibadat, tahap kehidupan, rutin kehidupan, gaya hidup, permakanan atau apa sahaja perkara yang menyebabkan keinginan ini semakin meluap-luap.
Penghijrahan yang hendak dilakukan bukan dipaksa atau disuruh oleh sesiapa, ia adalah kerelaan dan keinginan sendiri. Faktor luar atau apa-apa peristiwa boleh menjadi pencetus untuk sesuatu perubahan.
Tetapi yang merealisasikan perubahan itu adalah diri sendiri, bukan orang lain. Jika kita berkeinginan untuk kita berhijrah tetapi masih mengamalkan sesuatu atau rutin yang sama, pasti kita tidak akan mengecapi nikmat sesuatu perubahan itu
Maka diri sendiri perlu berevolusi dan melangkah lebih jauh untuk beralih dari satu takuk yang lama kepada sebuah keidupan yang baru
Usah menangguh dengan keinginan hijrah itu sendiri, masa terus berlalu, Jika bukan sekarang bila lagi, Jika bukan saat ini bila lagi
"ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang merubahnya sendiri" -Ar Ra'ad : 11
Jadi Usah Bertangguh Usah Menunggu, Jika Ada Keinginan Untuk Berubah, Berusahalah Ke Arahnya
Sesungguhnya Itu lah Hidayah Terbesar Dari Sang Maha Pencipta
Kuasa Hijrah Bisa Menggegarkan Dunia...
WALLAHualam...
Penghayatan Tarbiyyah Sang Pencipta
Assalamualaikum w.b.t
ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar
Lailaha ilaLLAHu WaLLAHu Akbaru, ALLAHu Akbaru Walillahi Ilhamd
"ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, ALLAH Maha Besar, Segala Pujian Milik ALLAH"
Selama 5 hari bergemanya takbir Aidil Adha di bulan Dzulhijjah, bermula pada Hari A'rafah dan berakhir sehingga selepas Asar Hari Tasyriq
Menandakan hari kebesaran buat umat Islam serta mengagungkan ALLAH swt dan bersyukur atas segala nikmat yang Sang Maha Pencipta kurniakan kepada kita hingga saar ini.
Firman ALLAH dlm surah Al-Kauthar : 2
"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu.dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri pada ALLAH)
Berkorban di sini adalah lebih kepada segala ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT
Nabi SAW bersabda
“Tidak ada amalan manusia pada hari raya korban yang lebih disukai di sisi Allah Ta’ala daripada menyembelih binatang-binatang korban. Sesungguhnya, binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kakinya. Sesungguhnya, darah korban itu diterima oleh Allah Ta’ala di tempat yang tinggi sebelum darah tersebut jatuh ke atas muka bumi. Maka hendaklah lakukan ibadah korban dengan hati yang telus”
(Hadith riwayat At-Tirmizi, Hakim & Ibnu Majah daripada Aisyah RA)
Inilah ibadat yang dilakukan sekalian umat Islam bila tibanya Aidil ADha
Seperti Aidil Adha sebelumnya ada yang menyertai ibadah qurban qaryah masjid, keluarga dan ada juga yang menyertai ibadah qurban dengan membiayai penyembelihan daging di negara2 umat Islam yang susah seperti Somalia dan sebagainya
Moga2 semua itu diterima sebagai Ibadah di hari yang penuh makna ini
PENGHAYATAN IBADAH KORBAN
Ibadah Korban perlu dihayati dengan lebih mendalam, di sebalik penyembelihan ini pasti ada peristiwa bermulanya ibadah ini menjadi antara suatu keutamaan buat umat Islam
Firman ALLAH dalam As-Saffat : 101 - 110
" Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sangat sabar (Ismail)
Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,
Ibrahim berkata,
Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?Ismail menjawab, Wahai ayahku!Lakukanlah apa yang diperintah ALLAH kepadamu.InsyaALLAH engkau akan mendapatiku termasuk dlm golongan orang yang sabar
Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk melaksanakan perintah ALLAH). Lalu kami panggil dia, 'Wahai Ibrahim'
Sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu, Sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yg berbuat baik. Sesungguhnya itu benar2 satu ujian yg nyata, Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar"
Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada ALLAH SWT
Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing).
Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.
Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya.
Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.
REALITI DAN FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA
Mengorbankan sesuatu milik kita, mengorbankan yang kita sayang serta mengorbankan sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan,
Inilah disebut sebagai pengorbanan
Pengorbanan mudah diungkap tetapi pelaksanaan dan praktikalnya itu menjadi cabaran dalam merealisasikannya
Setiap yang bergelar manusia, pasti ada matlamat dalam kehidupan hariannya
Dan yang pastinya tujuan ALLAH swt menciptakan manusia di atas muka bumi ini untuk beribadat kepadaNYA serta menjadi khalifah di atas muka bumi (menegakkan agama Islam serta mentadbir dunia dengan agama)
Dalam kesibukan manusia mencapai matlamat hidup masing-masing pasti akan melalui pelbagai cabaran dan rintangan dunia
Cabaran masakini lah yang perlu dilalui untuk merealisasikan matlamat manusia dan setiap tahap peningkatan cabaran dan ujian tersebut pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan.
Hati, perasaan, harta, wang ringgit, masa dan segalanya yang kita miliki serta sayangi kadangkala kita perlu korbankan untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang dan teratur.
Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk lebih maju dalam hidup, untuk menjadi manusia yang lebih baik, untuk membawa perubahan dalam masyarakat sekeliling.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)
Ada masa pengorbanan itu adalah yang terbaik buat manusia. ALLAH mengetahui segalanya.
Berbalik kepada cabaran-cabaran yang perlu manusia laluilagi-lagi dalam kehidupan dunia yang semakin tanat ini, benteng utama adalah pegangan (aqidah) islamiyah yang kukuh.
Datanglah pelbagai bentuk cabaran, sukar atu mudah, banyak atau sikit, manusia seperti ini tidak mudah goyah dengan aqidah islamiyah yang teklah terpasak dalam dirinya.
Jika diumpakan aqidah ini seperti akar-akar pokok, maka akar-akar ini perlu menjalar dengan lebih jauh lagi agar kekukuhannya tidak dapat digoyahkan yakni dengan pencariaan mutiara ilmu.
Teruslah mencari ilmu ALLAH di setiap peluang dan ruang yang ada, moga segala ilmu itu bermanfaat dan dapat diamalkan serta diperjuangkan dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim.
WALLAHualam..
gemilangpastimanagement.wordpress.com

6 di bulan Syawal
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudiaan diikuti 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa penuh setahun" sabda RasuluLLAH saw.
Alhamdulillah kita semua telah melalui fasa tarbiyyah Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih atau gembira di saat melepasi medan tarbiyyah Ramadhan ini. Moga kita semua terus dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk bertemu Ramadhan akan datang, InsyaALLAH
Istiqamah kan segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan, agar ia berterusan hingga saat ini dan seterusnya. Jangan kita digelar hanya berpura-pura, kerana Ramadhan meningkatnya amal ibadat kepada ALLAH tetapi setelah Syawal menjelma berkurangla segala amal ibadat tersebut.
Kembali kepada hadith di atas, jom kita teruskan berpuasa 6 di bulan Syawal agar keberkatan dan rahmat puasa Ramadhan itu lebih dirasai dan dikecapi.
Jika Solat ade solat Fardhu dan Sunat, solat sunat adalah pelengkap ataupun penampal lompang2 kelalaian kita semasa solat Fardhu. Maka puasa sunat 6 di ulan Syawal ini juga seumpama itu, menjadi pelangkap puasa-puasa kita di bulan Ramadhan lepas.
Mari sama2 terus berusaha menjadi hamba yang Istiqamah bukan hanya sekadar hamba yang melakukan ibadat kerana bulan Ramadhan tetapi berterusan bagi terus mengekalkan keimanan dan kehambaan kita kepadaNya..InsyaALLAH

Kembali kpd FITRAH.....
Hampir ke penghujung....26 Ramadhan..
Sungguh amat sekejap dirasai kehadirannya
Benar2 kah kita puas berada di bulan penuh kemuliaan ini
Ramai sudah yang seolah2 hampir terkandas di 10 malam terakhir Ramadhan ini
Fokus semakin hilang untuk menunaikan ibadah
Al-Quran semakin malas untuk ditadabburkan\
SOlat Sunat Terawikh tidak sepenuh saf di masjid seawal waktu Ramadhan..
Terkandaskah kita???
Kerana apa?
Masing2 sudah mula merasai kehadiran Aidil Fitri tidak berapa lama lagi
Eid lebih pada makna Kembali, Fitri pula Fitrah
KEMBALI kepada FITRAH
Aidil Fitri bukan semata berhari raya, melepaskan diri dari berpuasa di siang hari, ziarh sanak saudara
Tapi apa makna Aidil Fitri kepada diri kita
Kembali Kita Pada FITRAH seorang manusia yang dicipta dari segumpal tanah, dari titis air yang hina membentuk segumpal darah, tulang terbentuk dan dibaluti daging, akhirnya lahirlah kita sebagai seorang manusia
FITRAh manusia tunduk patuh kepada ALLAH swt. Pengabdiaan sepenuh diri kepadaNYA
Muhasabah diri di malam dan pagi Aidil Fitri, setakan mana dan tahap mana kesungguhan kita dalam elalui bulan Ramadhan penuh rahmat dan keampunan ini
Moga kita bukan tergolong dalam golongan yang merasa sangat rugi dengan berlalunya Ramadhan tanpa sempat mencapai kemuncak kepuasan beramal ibadat dan
Nauzubillah, moga kita juga bukan tergolong dalam golongan yang langsung tidak terkesan dengan kehadiran Ramadhan dan pemergian Ramadhan yang bakal berlalu ini...
Ya Allah, Engkau Pertemukan Kami Lagi di Ramadhan Akan Datangh..Ameen
SALAM AIDIL FITRI Buat Semua..
MAAF Zahir & Batin :)

InsyaALLAH, dengan izinNya
Sudah menganjak ke 15 Ramadhan
Alhamdulillah masih terus diberi kesihatan dan kekuatan meneruskan bulan penuh kemuliaan ini
Hujung minggu Ramadhan yang terisi bersama-sama sahabat baru dan ilmu motivasi baru, penuh hikmah alhamdulillah
Menghampiri fasa terakhir bulan Ramadhan, pecutan harus diteruskan untuk benar2 sampai ke tahap maksimum dan kepuasan bagi setiap individu..
Dua hari lagi 17 Ramadhan,malam turunnya Al-Quran kalam Allah ke muka bumi ini.
Bermulanya siri-siri penerimaan mukjizat Rasulullah SAW hingga ke ayat terakhir sebelum baginda wafat..
Berkongsi pengisian seorang ustaz mengenai ayat-ayat di dalam Al-Quran,
Al-Quran dicipta Allah sangat indah dan unik,
Tiada siapa atau tiada penyair hebat mana pun yang dapat menandingi keindahan susunan ayat2 di dalam Al-Quran, MasyaAllah...
Dalam Al-Quran ada ayat2 berbentuk suruhan, ayat2 larangan, ayat2 yang meberi motivasi dan ayat2 pujian, ayat2 ganjaran dan ayat2 aza
Sungguh cantik Allah susunkan ayat-ayat di dalam Al-Quran
Ada kalimah dalam Al-Quran yang ALlah sentiasa ulang dan ulang, subhanallah cantiknya penciptaan Al-Quran
Kalimah yang hurufnya syin, ya dan hamzah juga diulang2 dalam Al-Quran, ade yg disebut berbunyi syai un, syai in atau syai an, tetapi asas perkataan itu menggunakan tiga huruf yang sama
Dalam Al-Quran terdapat 201 kalimah ini ..tapi 200 kalimah sahaja yang bunyi nya syai un, syai in atu syai an..Yang lagi satu kalimah pula bunyinya bagaimana?
Dalam sirah ada menyebutkan, pada suatu hari bangsa Yahudi datang berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya mengenai 3 perkara: i) ashabul kahfi, ii) Dzulkarnain dan iii) yakjud makjud
Rasulullah menjawab, "datanglah pada hari esok, aku akan bagi jawapannya"
Maka Rasulullah SAW pun menunggu wahyu dari ALlah swt mengenai persoalan yang dikemukakan itu
Dari hari ke hari Allah masih tidak menurunkan wahyu, Maka Rasulullah tidak dapat menjawab persoalan2 tersebut
Sehunggalah lebih kurang 15 hari setelah itu, Allah menurunkan ayat Surah Al-Kahfi : 23 -24
"Dan jangan sekali-kaliengkau mengatakan terhadap sesuatu, Aku pasti akan melakukan itu esok pagi. Kecuali dengan mengatakan InsyaALLAH. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah mudah-mudahan tuhanku akan memberiku petunjuk agar aku lebih dekat kebenarannya daripada ini"
Satu teguran ALLAH yang sama2 kita ambil iktibar darinya
Apabila berjanji atau mengkehendaki membuat sesuatu itu, sebutlah InsyaALLAH
ALLAH maha tahu apa yang bakal terjadi kelak..
Teruskan kekhusyu'kan di bulan Ramadhan ini
Wallahualam

TurunNya Ia Saat Itu
Salam Ramadhan Kareem Day -12
Sedar atau pun tidak, hampir dua minggu seleruh Umat Islam telah menjalani ibadah puasa..12 hari telah berlalu, samada ada peningkatan ibadat dan rasa semakin khusyu' menjalankan ibadat atau mungkin sama sahaja seperti bulan sebelum ni atau yang lebih menakutkan masih tiada rasa apa2..
Mari sama-sama kita muhasabah...
Sudah masuk fasa ke - 2 di bulan Ramadhan, 10 malam pertengahan yang mahsyur disebutkan sebagai fasa maghfirah, keampunan Allah SWT. Hadith kuat menurut susur galur Imam At-Tarmizi
Menjalani rutin harian yang sama semenjak hadirnya Ramadhan, bangun seawal mungkin dan terus melaksanakan ibadat di bulan penuh kemuliaan ini dan merehatkan diri sebelum bangun semula di hari Ramadhan yang seterusnya
Berada di fasa ke 2 Ramadhan ini, kita akan melalui 17 Ramadhan, yang rata-rata semua jelas mengapa Ramadhan di angkat tinggi darjatnya sebagai bulan penuh kemuliaan, ini kerana Al-Quran diturunkan pada hari tersebut. Juga disebut hari Nuzul Al-Quran
Al-Quran, kalam Allah, yang Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku tinggalkan kau dua perkara, jika Engkau mengikutnya pasti akan selamat iaitu Al-Quran dan AsSunnah"
Muhasabah kembali selama 12 hari Ramadhan ini, setakat mana pembacaan dan tadabbur ayat Al-Quran kita..
Semakin kita baca dan tadabbur ayat-ayat Allah ini, Maha Suci Allah akan rasa semakin hampir denganNya..
Teruslah memburu kenikmatan di bulan penuh barakah ini dengan kita tidak mensia-siakan sedetik waktu yang berlalu pun
wallahualam

Ramadhan Yang UNIC
Subhanallah Walhamdulillah
Masih dikurniakan segenap nikmatMu, 5Ramadhan begitu cepat..
Ramadhan dikurniakan Allah sangat UNIK bagi insan2 yang hatinya benar-benar merindui kehadiran Ramadhan dan jiwanya sentiasa telus memburu kenikmatan Ramadhan
Ya Allah bantu kami untuk terus merasai kehangatan Ramadhan Kareem ini
Ustaz Badli Shah Alauddin berkongsi mengenai keunikan Ramadhan ini..
Ulama' berkata Ramadhan ini UNIK kerana 3 perkara : 1) Qiam 2) Siyam (puasa) 3) Al-Quran
Qiam bahasa mudahnya bangun..orang selalu sebut qiamullail, bangun pada waktu malam..Rebut kekhusyu'kan bertemu Allah pada waktu sepertiga malam atau pertengahan malam..
Qiam ini juga bole disebut berterawikh. Solat terawikhini solat sunat, suatu ibadah yang tidak perlu diberat2kan..Lakukan dengan mudah tetap mengikut rukun2 Solat.
Rebutlah untuk memenuhi masjid2 untuk berterawikh, pasti ditemui nikmatnya di situ
Ada 4 solat sunat yang dituntut dilakukan secara berjemaah 1)solat sunat hari raya (aidilfitri & aidiladha) 2) solat sunat gerhana bulan dan matahari, 3)solat sunat minta hujan dan 4) solat sunat terawikh. Sunat mu'akad dilakukan secara berjemaah
As-Siyam yakni berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi hikmah disebalik berpuasa itu yang kita patut cari.
Antara 3 ibadah yang paling tua di dunia ini adalah Qurban, Solat dan Puasa
Yang terakhir Al-Quran itu sendiri, berlumba umat Islam membaca Al-Quran setiap hari, dimana-mana pun pembudayaan membaca Al-Quran itu semakin menjadi2. Ada masa lapang sahaja pasti yang dibaca adalah Al-Quran. Kesemuanya mengejar rahmat di bulan penuh barakah ini
Jelas Keunikan Ramadhan yang Allah ciptakan buat para hambaNya merasai melalui mata hati
Satu Sabda Rasulullah SAW,
"10 hari pertama Ramadhan adalah Rahmat, 10 hari berikutnya adalah Pengampunan dan 10 hari terakhir adalah Pelepasan Dari Azab Neraka"
Jangan sesekali kita terlepas peluang tersebut walau sesaat pun, bukan hanya sekadar bersemangat di 10 hari pertama, tetapi kita perlu berusaha untuk mengekalkan momentum memburu keberkatan Ramadhan ini hingga malam terakhir Ramadhan
Kerna Pasti Kita Tidak Tahu
Adakah Kita akan Berjumpa Lagi Di Ramadhan Akan Datang...

Berkat Di Ambang Waktu..
"Bersahurlah!!Sesungguhnya terdapat padanya keBERKATan"-riwayat al-bukhari dan muslim
Rebutlah keberkatan tatkala waktu sahur itu..
Bile sebut pasal sahur, ade beberapa trend sahur yang di lazimi masyarakat masa kini
Sebelum tidur boleh dikatakan sahur, jam 4 pagi juga digelar sahur, 5pagi juga bersahur
Tetapi jom kejar keberkatan sahur itu sendiri..
Keberkatan sahur itu terletak antara penghujung waktu2 bersahur
"Minum air dan makan sebiji kurma pun takpe, asalkan bersahur.."(ingat pesan abah setiap kali tibanya Ramadhan)
Jika kita dikejutkan Allah lebih awal untuk bersahur, rebutlah peluang menikmati malam2 sunyi direct dengan Allah swt..serta mentadabbur ayat2 suci Qalamullah..
Moga kita semakin taqarrub dengannya dan terus diberi pengampunan olehNya..jamgan kita mensia-siakan setiap detik waktu di bulan penuh keberkatan ini

Marhaban Ya Ramadhan..mengaharap maghfirahmu..
Salam Ramadhan Kareem
Alhamdulillah terus diberi kekuatan oleh Allah swt, Insyaallah
Agak sangat lama menyepi...meneruskan liku2 kehidupan yang sentiasa menjadi pengalaman dan panduan baru buat diri..
Syukur tidak terucap, masih terus diberi nikmat Iman dan Islam, Nikmat Umur dan Kesihatan untuk menjejaki bulan Ramadhan penuh rahmat dan barakah ini. Bulan penuh kemuliaan yang sepatutnya kita jadikan sebagai suatu madrasah untuk melatih diri dalam menjalani kehidupan harian
Teruslah mengejar kenikmatan di bulan ini, memohon keampunan serta semakin mendekatkan diri padaNya. Bila disebut mengenai puasa, pasti terbayang rasa lapar dan dahaga. Tetapi amatlah rugi buat kita jika menafsirkan maksud Puasa itu sendiri hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Berapa orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar"..sia-sia semua itu kerana sungguh banyak hikmah Ramadhan yang Allah limpahkan buat hambaNya
Mahu atau tidak, diri sendiri yang menentukan
Jangan biarkan setiap saat dibulan Ramadhan ini berlalu tanpa sesuatu yang bernilai buat diri. Teruskan membaca Al-Quran, bertasbih berzikir mengingati Allah, banyakkan solat sunat dan sentiasa beristighfar memohon keampunan dariNya.
Muslim yang benar2 termotivasi oleh Bulan ramadhan tidak menjadikan bulan Ramadhan ini suatu alasan unuk diri sendiri semakin pelahan atau semakin untuk melakukan gerakerja seharian. bagi yang belajar atau bekerja, tingkatkan semangat kita semua dalam melakukan tanggungjawab dan tugasan harian. Dengan tidak menjadikan ramadhan itu suatu alasan untuk memperlahankan momentum diri
Jika kita menyingkap sirah dan sejarah, betapa hebatnya seorang yang bergelar Muslim di bulan Ramadhan,
i)Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan, betapa umat islam berjihad berhabisan demi kemenangan Islam walaupun masing2 berpuasa
ii) Fathu Makkah juga pd bulan Ramadhan
iii) Kerajaan Islam menunmbangkan Parsi juga dalam bulan penuh kemuliaan ini.
Dan banyak lagi peristiwa di bulan penuh barakah ini
Bulan ramadhan juga digelar bulan Al-Quran, berlumbalah dalam memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Teringat kembali pengalaman Nisa ramadhan Tour tahun lepas, di stesen keretapi pun melazimi dan bertadarus bacaan Al-Quran. mahu atu tidak sahaja. Ketepikan perasaan malu, kerana malu dalam keadaan begini akan hanya merugikan diri sendiri sahaja.
Maghfirahmu yang didambakan di bulan penuh kemuliaan ini, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengaharp Redha Allah,maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan Allah, begitu juga bagi yang melakukan Qiyam Ramadhan dan Qiyam Lailatulqadar, dosanya yang berlalu akan diampunkan Allah"-Sabda Rasulullah SAW
Ameen Ya Allah,
Rebutlah peluang ini selagimana terus diberi Nikmat Kesihatan dan Nikmat Umur oleh ALlah,
Jangan sampai suatu ketika itu, tiada apa lagi yang boleh membantu diri, melainkan amalan yang telah kita lakukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"