"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Penghayatan Tarbiyyah Sang Pencipta

Assalamualaikum w.b.t

ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar

Lailaha ilaLLAHu WaLLAHu Akbaru, ALLAHu Akbaru Walillahi Ilhamd

"ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, ALLAH Maha Besar, Segala Pujian Milik ALLAH"

Selama 5 hari bergemanya takbir Aidil Adha di bulan Dzulhijjah, bermula pada Hari A'rafah dan berakhir sehingga selepas Asar Hari Tasyriq

Menandakan hari kebesaran buat umat Islam serta mengagungkan ALLAH swt dan bersyukur atas segala nikmat yang Sang Maha Pencipta kurniakan kepada kita hingga saar ini.
Firman ALLAH  dlm surah Al-Kauthar : 2

"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu.dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri pada ALLAH)

Berkorban di sini adalah lebih kepada segala ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT

Nabi SAW bersabda
“Tidak ada amalan manusia pada hari raya korban yang lebih disukai di sisi Allah Ta’ala daripada menyembelih binatang-binatang korban. Sesungguhnya, binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kakinya. Sesungguhnya, darah korban itu diterima oleh Allah Ta’ala di tempat yang tinggi sebelum darah tersebut jatuh ke atas muka bumi. Maka hendaklah lakukan ibadah korban dengan hati yang telus”
(Hadith riwayat At-Tirmizi, Hakim & Ibnu Majah daripada Aisyah RA)

Inilah ibadat yang dilakukan sekalian umat Islam bila tibanya Aidil ADha

Seperti Aidil Adha sebelumnya ada yang menyertai ibadah qurban qaryah masjid, keluarga dan ada juga yang menyertai ibadah qurban dengan membiayai penyembelihan daging di negara2 umat Islam yang susah seperti Somalia dan sebagainya

Moga2 semua itu diterima sebagai Ibadah di hari yang penuh makna ini

PENGHAYATAN IBADAH KORBAN
Ibadah Korban perlu dihayati dengan lebih mendalam, di sebalik penyembelihan ini pasti ada peristiwa bermulanya ibadah ini menjadi antara suatu keutamaan buat umat Islam

Firman ALLAH dalam As-Saffat : 101 - 110

" Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sangat sabar (Ismail)
Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,

Ibrahim berkata,
 Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?Ismail menjawab, Wahai ayahku!Lakukanlah apa yang diperintah ALLAH kepadamu.InsyaALLAH engkau akan mendapatiku termasuk dlm golongan orang yang sabar

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk melaksanakan perintah ALLAH). Lalu kami panggil dia, 'Wahai Ibrahim'

Sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu, Sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yg berbuat baik. Sesungguhnya itu benar2 satu ujian yg nyata, Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar"

Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada ALLAH SWT

Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing).
Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa  keraguan untuk melaksanakannya.

Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.

REALITI  DAN FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA

Mengorbankan sesuatu milik kita, mengorbankan yang kita sayang serta mengorbankan sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan,

Inilah disebut sebagai pengorbanan
Pengorbanan mudah diungkap tetapi pelaksanaan dan praktikalnya itu menjadi cabaran dalam merealisasikannya

Setiap yang bergelar manusia, pasti ada matlamat dalam kehidupan hariannya
Dan yang pastinya tujuan ALLAH swt menciptakan manusia di atas muka bumi ini untuk beribadat kepadaNYA serta menjadi khalifah di atas muka bumi (menegakkan agama Islam serta mentadbir dunia dengan agama)

Dalam kesibukan manusia mencapai matlamat hidup masing-masing pasti akan melalui pelbagai cabaran dan rintangan dunia

Cabaran masakini lah yang perlu dilalui untuk merealisasikan matlamat manusia dan setiap tahap peningkatan cabaran dan ujian tersebut pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan.

Hati, perasaan, harta, wang ringgit, masa dan segalanya yang kita miliki serta sayangi kadangkala kita perlu korbankan untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang dan teratur.

Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk lebih maju dalam hidup, untuk menjadi manusia yang lebih baik, untuk membawa perubahan dalam masyarakat sekeliling.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

Ada masa pengorbanan itu adalah yang terbaik buat manusia. ALLAH mengetahui segalanya.
Berbalik kepada cabaran-cabaran yang perlu manusia laluilagi-lagi dalam kehidupan dunia yang semakin tanat ini,  benteng utama adalah pegangan (aqidah) islamiyah yang kukuh.

Datanglah pelbagai bentuk cabaran, sukar atu mudah, banyak atau sikit, manusia seperti ini tidak mudah goyah dengan aqidah islamiyah yang teklah terpasak dalam dirinya.

Jika diumpakan aqidah ini seperti akar-akar pokok, maka akar-akar ini perlu menjalar dengan lebih jauh lagi agar kekukuhannya tidak dapat digoyahkan yakni dengan pencariaan mutiara ilmu.

Teruslah mencari ilmu ALLAH di setiap peluang dan ruang yang ada, moga segala ilmu itu bermanfaat dan dapat diamalkan serta diperjuangkan dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim.
 
WALLAHualam..
gemilangpastimanagement.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"