Sedar atau pun tidak, hampir dua minggu seleruh Umat Islam telah menjalani ibadah puasa..12 hari telah berlalu, samada ada peningkatan ibadat dan rasa semakin khusyu' menjalankan ibadat atau mungkin sama sahaja seperti bulan sebelum ni atau yang lebih menakutkan masih tiada rasa apa2..
Mari sama-sama kita muhasabah...
Sudah masuk fasa ke - 2 di bulan Ramadhan, 10 malam pertengahan yang mahsyur disebutkan sebagai fasa maghfirah, keampunan Allah SWT. Hadith kuat menurut susur galur Imam At-Tarmizi
Menjalani rutin harian yang sama semenjak hadirnya Ramadhan, bangun seawal mungkin dan terus melaksanakan ibadat di bulan penuh kemuliaan ini dan merehatkan diri sebelum bangun semula di hari Ramadhan yang seterusnya
Berada di fasa ke 2 Ramadhan ini, kita akan melalui 17 Ramadhan, yang rata-rata semua jelas mengapa Ramadhan di angkat tinggi darjatnya sebagai bulan penuh kemuliaan, ini kerana Al-Quran diturunkan pada hari tersebut. Juga disebut hari Nuzul Al-Quran
Al-Quran, kalam Allah, yang Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku tinggalkan kau dua perkara, jika Engkau mengikutnya pasti akan selamat iaitu Al-Quran dan AsSunnah"
Muhasabah kembali selama 12 hari Ramadhan ini, setakat mana pembacaan dan tadabbur ayat Al-Quran kita..
Semakin kita baca dan tadabbur ayat-ayat Allah ini, Maha Suci Allah akan rasa semakin hampir denganNya..
Teruslah memburu kenikmatan di bulan penuh barakah ini dengan kita tidak mensia-siakan sedetik waktu yang berlalu pun
wallahualam
0 comments:
Post a Comment