"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Marhaban Ya Ramadhan..mengaharap maghfirahmu..

Salam Ramadhan Kareem
Alhamdulillah terus diberi kekuatan oleh Allah swt, Insyaallah
Agak sangat lama menyepi...meneruskan liku2 kehidupan yang sentiasa menjadi pengalaman dan panduan baru buat diri..

Syukur tidak terucap, masih terus diberi nikmat Iman dan Islam, Nikmat Umur dan Kesihatan untuk menjejaki bulan Ramadhan penuh rahmat dan barakah ini. Bulan penuh kemuliaan yang sepatutnya kita jadikan sebagai suatu madrasah untuk melatih diri dalam menjalani kehidupan harian

Teruslah mengejar kenikmatan di bulan ini, memohon keampunan serta semakin mendekatkan diri padaNya. Bila disebut mengenai puasa, pasti terbayang rasa lapar dan dahaga. Tetapi amatlah rugi buat kita jika menafsirkan maksud Puasa itu sendiri hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Berapa orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar"..sia-sia semua itu kerana sungguh banyak hikmah Ramadhan yang Allah limpahkan buat hambaNya

Mahu atau tidak, diri sendiri yang menentukan

Jangan biarkan setiap saat dibulan Ramadhan ini berlalu tanpa sesuatu yang bernilai buat diri. Teruskan membaca Al-Quran, bertasbih berzikir mengingati Allah, banyakkan solat sunat dan sentiasa beristighfar memohon keampunan dariNya.

Muslim yang benar2 termotivasi oleh Bulan ramadhan tidak menjadikan bulan Ramadhan ini suatu alasan unuk diri sendiri semakin pelahan atau semakin untuk melakukan gerakerja seharian. bagi yang belajar atau bekerja, tingkatkan semangat kita semua dalam melakukan tanggungjawab dan tugasan harian. Dengan tidak menjadikan ramadhan itu suatu alasan untuk memperlahankan momentum diri

Jika kita menyingkap sirah dan sejarah, betapa hebatnya seorang yang bergelar Muslim di bulan Ramadhan,
 i)Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan, betapa umat islam berjihad berhabisan demi kemenangan Islam walaupun masing2 berpuasa
ii) Fathu Makkah juga pd bulan Ramadhan
iii) Kerajaan Islam menunmbangkan Parsi juga dalam bulan penuh kemuliaan ini.
Dan banyak lagi peristiwa di bulan penuh barakah ini

Bulan ramadhan juga digelar bulan Al-Quran, berlumbalah dalam memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Teringat kembali pengalaman Nisa ramadhan Tour tahun lepas, di stesen keretapi pun melazimi dan bertadarus bacaan Al-Quran. mahu atu tidak sahaja. Ketepikan perasaan malu, kerana malu dalam keadaan begini akan hanya merugikan diri sendiri sahaja.

Maghfirahmu yang didambakan di bulan penuh kemuliaan ini, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengaharp Redha Allah,maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan Allah, begitu juga bagi yang melakukan Qiyam Ramadhan dan Qiyam Lailatulqadar, dosanya yang berlalu akan diampunkan Allah"-Sabda Rasulullah SAW

Ameen Ya Allah,
Rebutlah peluang ini selagimana terus diberi Nikmat Kesihatan dan Nikmat Umur oleh ALlah,
Jangan sampai suatu ketika itu, tiada apa lagi yang boleh membantu diri, melainkan amalan yang telah kita lakukan.

wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"