"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Panggilan Itu Pasti!!

Alhamdulillah masih diberikan nafas dan nyawa oleh Allah swt untuk menjalani ibadah puasa di 11 Ramadhan yang sungguh damai ini..Masih diberikan kekuatan dan kudrat untuk jari ini berkongsi sesuatu disini sebelum ia terkulai kaku suatu masa nanti.

Sedar atau tidak sudah 10 hari umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan penuh barakah ini..Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk berada dan beramal ibadat di bulan ramadhan ini. Dan juga moga kita semua bertemu dengan Lailatul Qadar.Insyaallah.

Sudah 2 malam berbuka, berterawikh dan bersahur di rumah ku yang amat dirindui ini..Belum puas rasanya melepaskan rindu pada abah, ibu serta adik2..banyak kekhilafan berlaku sepanjang tidak dapat pulang ke rumah ini. Moga Allah terus membuka lorong-lorong keampunan dan mujahadah buat diri ini.

1-2 hari lepas menerima beberapa khabar, panggilan Ilahi itu Pasti akan tiba jua..Tidak kira umur, waktu, tempat dan sebab, jika saat itu tiba, maka malaikat Izrail tetap akur menjalankan tanggungjawabnya, tidak pernah lewat pun walau sesaat!!DariNya kita datang, maka kepadaNya jua kita kembali.

Moga mereka semua yang telah dijemput Ilahi tergolong dalam golongan beriman dan bertaqwa, dan untuk kita jua suatu waktu nanti..Insyaallah. Dan yang tetap pasti dan pasti, panggilan untuk kita tetap menanti dan akan kita lalui..Mungkin sebentar lagi, mungkin esok dan segalanya mungkin.
Bersediakah kita untuk itu??
inilah tempat tinggal kita yang abadi setelah panggilan itu tiba sementara menanti hari pembalasan

Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Soleh Hanafi yang memberi tazkirah antara masa senggang selepas rakaat ke-4 solat terawikh semalam mengenai "bersediakah kita menghadapi kematian??" di masjid Saidina Ali Bukit sekilau. Rupa-rupanya setiap Jumaat malam solat terawikh di masjid ini dijalankan sebanyak 8 rakaat kerana memberi laluan kepada slot tazkirah, berbeza dengan hari-hari biasa solat terawikh sebanyak 20 rakaat.

Ustaz Soleh membawa ayat Al-Quran Surah Mu'minuun ayat 99-100. "Hingga apabila datang kematian kepada mereka, maka dia berkata, 'Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap yang telah aku tinggalkan' Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan dihadapan mereka ada dinding (menghalang) sehingga hari mereka dibangkitkan".

Sungguh menusuk ayat ini..sungguh jika ketika waktu itu tiba, tiada lagi peluang untuk kita.Menyesallah kita seteruk manapun, menangislah kita sepuas manapun, meraunglah kita sekuat manapun, merayulah kita sehebat manapun, sesungguhnya kita tidak lagi akan kembali ke dunia ini, kerana alam kubur lah yang kekal untuk kita sehingga tibanya hari pembalasan.

 Ketika itu rindu untuk kembali ke dunia amat menggunung, mungkin kempunan waktu itu untuk kita menyebut kalimah Asaghfirullahal'azim atas segala dosa yang kita telah lakukan..Subhanallah sungguh menakutkan, andai waktu itu, begitulah keadaan kita, nauzubillahiminzalik.

Ustaz Soleh terus menghurai dan menghurai kan tazkirah ini, sehinggalah pada ayat Al-Quran yang seterusnya, Surah Al-'Aadiyaat : 1-11 "Demi kuda perang yang berlari kencang, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan kuku kakinya, dan kuda yang menyerang tiba-tiba di waktu pagi, maka ia menerbangkan debu, dan menyerbu ketengah-tengah kumpulan musuh, sesungguhnya manusia itu sangat ingkar dan tidak berterima kasih kepada Tuhannya, dan sedungguhnya manusia itu menyaksikan sendiri keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil dengan kecintaannya kepada harta. MAKA, apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada, sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka"

Dalam kesibukan kita menjalani tanggungjawab dan rutin seharian sebagai pekerja, pelajar, anak, pembawa agama Allah..adakah benar2 kita menggalas tanggungjawab kita sebagai hambaNya?? Mungkin kita rasa kita sudah cukup baik saat ini, sudah banyak amal ibadat ketika ini, kita yakin kita tidak membuat dosa-dosa kepada Allah swt, solat kita cukup, Al-Quran kita baca, amalan kita bertambah..dan mungkin juga buat kita yang menggalas tanggungjawab sebagai pembawa agama Allah ini.

Kita merasakan kita menghadiri segala kuliyah2 ilmu yang ada, kita dah sampaikan usrah pada ahli usrah, kita sudah turun berdakwah kepada masyarakat sekeliling, kita terlibat dengan program amal kebajikan, kita itu dan kita ini. Dan mungkin ada juga yang merasakan insyaallah segala amal ibadat kita Allah sudah nilai..TAPI...

Tapi IKHLAS kah kita melakukan semua itu, ikhlaskah kita beramal ibadat selama ini, ikhlaskah kita menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya dan sebagai pembawa agama Allah.Adakah sekadar untuk memenuhkan rutin harian kita, sekadar untuk menyibukkan diri, biar orang nampak kita sibuk, ataupun nak tunjuk dekat orang sekeliling kita ni banyak buat amal kebajikan.ataupun memang semuanya sia-sia tiada makna kerana niat kita sudah terpesong.

 Mungkin pada awalnya niat kita ikhlas, tapi di pertengahannya atau di akhirnya niat kita sudah tersasar..Seolah-olah kita berjalan gah dan megah di bumi Allah ini, tetapi sebenarnya kita telah ingkar padaNya!!Astaghfirullahal'azim..sama-sama kita muhasabah..panjang lebar Ustaz Soleh  mengingatkan jemaah masjid mengenai ini.

Kerana yang pasti juga di saat amalan kita dihitung kelak, akan terbukalah segalanya mengenai kita. Akan terpampanglah segala setiap perbuatan yang kita lakukan sepanjang usia kita di bumi Allah ini.

Sewaktu ini mulut dikunci dan yang hanya akan menjadi saksi tangan, kaki, mata, telinga dan segala anggota badan kita yang lain. mereka akan menjadi saksi atas setiap yang kita lakukan, setiap yang terlintas di hati kita sepanjanh kita berada di atas muka bumi. Waktu itu, rasakanlah, itulah pembalasan Allah yang Nyata. Amalan kita seterusnya akan dihisab dan Syurga atau Neraka yang menanti kita...

Masyaallah, Allah maha mengetahui, maha bijaksana di atas segala makhluk ciptaanNya.

"Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin, wa'afiatan fil jasad, waziadatan fil 'ilmi, wabarakatan fi rizq, Dan bertaubat sebelum datangnya maut, mendapat kerahmatan ketika datangnya maut, mendapat pengampunan selepas mati, Ya Allah mudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut, dan pelepasan dari api neraka dan kemaafan ketika perhitungan"amin..

Benar-benar bersediakah kita??
Kerana Panggilan Itu PASTI  Akan Tiba!!!

11Ramadhan 1431h
6.30 am
Bukit Sekilau, Kuantan

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"