"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Ikhtifal PASTI Negeri Johor

Alhamdulillah,  Allah permudahkan urusan kami untuk sampai di Simpang Renggam seawal yang dirancang bagi meraikan komitmen adik2 Pasti Gelang Patah dalam penyertaan Ikhtifal Pasti Negeri Johor. Tahniah buat adik2 Gelang Patah,adik Hidayatullah dari Pasti Ar-Rahman 3 dan Adik Aiman dari Pasti Siswa 3 kerana telah menjadi johan dalam acara Pidato dan bercerita.

Setibanya kami di sana hujan masih turun lagi, tetapi guru2 Pasti, Ibu bapa dan adik2 Pasti dari seluruh negeri Johor telah memenuhi setiap pelusuk kelas. Tarbiyyah buat semua yang hadir ke Ikhtifal kali ini:).

Sempena ikhtifal kali ini, beberapa acara dipertandingkn iaitu nasyid berkumpulan, bersajak, hafazan, bercerita, pidato, azan dan khutbah.  Sungguh kagum n sejuk melihat adik2 ini dengan telatah masing2 menyampaikan persembahan mereka dlm setiap acara. Moga ianya bukan sekadar persembahan semata2 tetapi meresap dalam diri mereka bagi mencapai matlamat pembentukan Generasi Al-Quran kelak..Insyaallah.

Terima kasih buat semua guru2 Pasti dan sahabat2 yang terlibat dalam pemusafiran ke Ikhtifal PASTI negeri Johor kali ini. Teruskan usaha kalian mendidik permata2 Islam ini. Bukan sekdar guru2 yang berperanan besar, tapi kita semualah bertanggungjawab terhadap permata Islam ini. Moga Allah istiqamahkn kita sentiasa di jalanNya. Insyaallah.

p/s: Buat semua Guru2 pasti di seluruh negeri Johor, isnin 2 ogos telah diumumkan cuti peristiwa sempena ikhtifal negeri 2010:) Semoga segala pengorbanan kalian sentiasa menjadi nilaian di sisinya..

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"