"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Kembara Kehidupan

Alhamdulillah wa syukurlillah atas segala nikmat dan kurnianNya selama ini. Tidak terhitung oleh jari, tidak terkira dengan bilangan, tidak tergambar dengan kata2 segala nikmat yang ada pd kita..Maha suci Allah menjadikan sesuatu, Allah maha Besar mengaturkan sesuatu..dan segala2nya milikNya dan pasti akan kembali pdNya semula.

Hidup harus diteruskan, melangkah lah dan terus melangkah. Coraklah kehidupan kita mendatang agar sentiasa seiring dengan syariatNya. Selebihnya berserah sepenuhnya pd khalik kita. Moga ia dalam panduanNya sentiasa.

Selangkah meninggalkan alam mahasiswa amat dinantikan setelah agak lama bergelar mahasiswa, mencari erti hidup yang sebenar dan dalam proses mengatur perjalanan seterusnya, insyaallah semoga dipermudahkan diri ini. Berpeluang juga baru2 ini menimba pengalaman di tempat baru, subhanallah segala ciptaan dan keindahanNya di sana. Moga kaki ini dapat menjejak semula Negeri di bawah bayu ini..


Gunung Kinabalu, pemandangan dari Kota Belud, subhanallah sangat cantik segala ciptaan Allah:)


Citra dan Vios sentiasa bersama bergerak membawa kami ke pelusuk Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kota Belud-Kudat. Terima kasih buat yang memandu kedua2nya



Perjalanan 5 hari 4 malam itu banyak mengajar diri ini, semakin mengenali sahabat2 dan semakin menghargai kehadiran mereka buat diri ini. Terima kasih semua. Moga ukhwah yang terjalin ini berkekalan hingga akhir hayat walaupun selepas ini masing2 sudah ada lakaran dan halatuju hidup sendiri. Insyaallah.Terima kasih buat semua yang hadir dalam hidup ini, yang sentiasa bersama diri ini jauh atau dekat.

Berjalan dan terus lah berjalan jangan berhenti dan jangan pernah berfikir untuk berhenti menapak, sesungguhnya bumi Allah ini sangat luas, sangat banyak mutiara ilmu dan pengalamn yang masih belum kita terokai. Pengembaraan buat diri ini masih jauh, sama2 terus muhasabah dan koreksi diri agar sentiasa terpandu olehNya.
Wallahualam
Subhanallah walhamdulillah

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"