"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Imam Ku Imam Mu Jua..

Al-Quran atau nama lainnya Al-Furqan, Al-Kitab dan ade beberapa nama bagi Al-Quran. Kitab yang suci lagi mulia, yang Allah turunkan kepada nabi Muhammad SAW untuk kita sama2 amalkan, jadikan panduan hidup serta menghayatinya, lagi2 dalam dunia kita waktu ini yang banyak menunjukkan perpecahan pendapat agama dan pegangan aqidah. Berbaliklah pada Al-Quran bagi setiap urusan kita kerana disitu pasti peroleh penyelesaian yang terbaik buat kita dan diiringi sepenuh hikmah dan rahmat dari Allah SWT.


Bismillahirrahmanirrahim
 " Ya Allah rahamatilah kami dengan Al-Quran, Jadikan ia Imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa, dan ajarkan kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada waktu siang. Jadikanlah ia hujah kami, wahai tuhan sekalian alam"

Dilihat dunia waktu ini ditimpa pelbagai musibah dan ujian. Gejala2 yang tidak diingini semakin berleluasa, jika diteliti juga agak banyak2 program2 motivasi telah dijalankan terutama sekali bagi membantu meningkatkan jatidiri remaja masa kini yang pastinya mereka adalah pewaris generasi islam kelak. Tapi semakin hari semakin masalah seperti ini tidak dapat dibendung. Dalam masa yang sama juga, dilihat jika bersolat di masjid2 sewaktu bermusafir, di tempat2 solat awam, masih ramai umat Islam yang menjaga waktu solatnya..alhamdulillah. Dan masih ramai umat Islam yang mengamalkan bacaan Al-Quran setiap hari, tetapi adakah solat dan bacaan Al-Quran itu tidak dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran kepada Allah??

Sama-sama kita fikirkan dan muhasabahkan..Ya Allah Jangan Kau hijab segala kebaikanMu kepadaku, jangan Kau palingkan aku dari rahmatMu, jangan Kau jauhkan aku dari agamaMu, sesungguhnya aku amat takut Ya Allah, peliharalah diriku, istiqamahkanku di jalanMu, teguhkan aqidahku bersama agamaMu, takutkan aku pada siksaan nerakaMu, lorongkan aku ke arah syurgaMu..Ya Rahman ya Rahim..

Mari sama-sama kita terus amalkan doa ini setiap kali kita selesai membaca Al-Quran dan kalimah Allah, jangan jadikan setiap bacaan Al-Quran yang keluar dari mulut kita itu sia dan tidak memberi kesan kepada kita..Amalkan kita dengan setiap kalimah Allah dalam Al-Quran.Semoga kita semua terlindung di dunia dan selamat di akhirat dengan setiap amalan kita seperti termaktub di dalam AL-QURAN..wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"