"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Mencakar langit, realitikah??

XTOPIA

Menonton channel Discovery sewaktu meneman sahabat ke Klinik UTM semalam..Berfikir dan terus berfikir dengan video yang ditayangkan iaitu berkisarkan Xtopia iaitu China Mega Project. Xtopia adalah sebiji bangunan yang mempunyai ketinggian setinggi 1 batu yang masih dalam penilitian pembinaan bangunan tersebut di China. Disebabkan kepadatan penduduk yang teramat, golongan pembangunan China merangka projek khas itu bagi dijadikan penyelesaian pemasalahan kepadatan penduduk yang semakin bertambah dan dijangka tiada penempatan menjelang tahun2 akan datang.

Xtopia digambarkan ibarat sebuah bandar besar yang mempunyai segala kemudahan2 kehidupan seperti kawasan perumahan, padang permainan, hospital, pusat membeli belah, kawsan pertanian, perladangan dan sebagainya memenuhi kemudahan2 kehidupan manusia. Ia dijangka boleh menampung beberapa bilion penduduk kelak.

Xtopia masih dalam proses penilitian dari sudut struktur bangunan, kemampuan bertahan angin taufan, gempa bumi dan segala jenis bencana alam. Selain itu diambil kira juga sekiranya berlaku kebakaran, lintar pintas, pergerakan lif.

Terpana juga menyaksikan perancangan manusia mengenai pembinaan Xtopia ini..masih perlu diberikan penilitian sedalam mungkin megenai segala aspek pembinaan bangunan tersebut. Moga perancangan itu yang terbaik dalam mendapatkan jawapan terbaik mengenai pemasalahan kepadatan penduduk yang makin dan kian bertambah.


Subhanallah Wallahuakbar..
Terdiam, berfikir dan berfikir. Sejenak dan berterusan setelah menyaksikan channel Discovery itu tadi. Ada kerisauan yang terdetik bila teringatkan tayangan tadi. Betul..manusia perlu terus berfikir dan merancang yang terbaik demi kemaslahatan ummat sejagat. Tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan fitrah alam iaitu fitrah yang Allah telah aturkan dan gariskan buat umat sekalian alam.

Banyak contoh ciptaan manusia apabila tidak disandarkan sepenuhnya pada Allah SWT, ianya tidak kekal lama dan timbulnya pelbagai permasalahan dr ciptaan manusia tersebut. Apabila manusia menggunakan akal semata2 dlm melaksanakan sesuatu, ianya sia2. Mungkin pada awalnya berfungsi sebaiknya tetapi akhirnya tidak dapat melawan fitrah yang Allah sudah aturkan.

Teruskan berfikir wahai perancang2 pembinaan Xtopia. Moga perancangan pembinaan Xtopia terus diteliti dari semua sudut dan tidak memndatangkan kesan negatif pada penduduk dunia umumnya dan penduduk yang terlibat dengan Xtopia kelak. Insyaallah.

Jepun, China dan Korea seperti kita tahu adalah negara yang membangun dari sudut teknologi dan kepakaran-kepakaran di sana amat digunakan secara maxima dalam era pembangunan teknologi pada zaman ini. Jepun juga digelar "technology leader". Dari bidang teknologinya, memang diakui mereka mendahului negara-negara lain. Kepakaran dan kelebihan itu yang perlu kita kongsikan bersama bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dunia ke arah yang lebih baik.


Kita harus mencontohi semangat mereka dalam menguasai sesuatu bidang ilmu, tapi beringatlah segala ilmu itu milik Allah, gunakan ia ke arah kebaikan, insyaallah kita semua akan terselamat kelak..


"Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?"
-Al-Baqarah : 76-
wallahualam

1 comments:

juong said...

share link video tu...senang reader nak tgk...hehe

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"