Alhamdulillah..masih berpeluang dan diberi nikmat menghadiri "Purple Circle" pada mlm semalam bersama sahabat2 Nisa' dan pastinya pengisian dan perkongsian yang mendekatkan diri pada Allah SWT dan fitrah Islam yang hakiki oleh Kak Zal..Main point yang dibincangkan pada mlm semalam berkisarkan Jemaah Islam vs Parti Islam.n beberapa pengisian tambahan, antaranya mengenai bergurau senda..berhibur dan yang seangkatan dengannya..
.Teringat pula bait-bait lagu raihan..
Berhibur tiada salahnya
Kerana Islam itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Disini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan selawat kepada Rasul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Ubati hati yang telah terluka
dan seterusnya ila akhir..
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa, Celakalah!!"-Riwayat Abu Daud-
Bergurau senda adlah perbuatan, kata2 dan yang berkaitan dengannya yang dapat menghiburkan, menggembirakan, dan menggelikan hati orang lain. Rasulullah SAW pun pernah bergurau senda bersama isteri, anak2 dan sahabat2 baginda demi menyenangkan hati mereka.
Namun begitu,bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam, antaranya:
i) Tidak menjadikan perkara berkaitan agama dalam senda gurauan seperti Sunnah Rasulullah SAW.
ii) Gurauan tersebut bukan berbentuk cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain seperti menyebut kekurangannya
iii) Gurauan bukan berbentuk ghibah iaitu mengumpat seseorang atau dengan niat merendah2 kannya
iv) Tidak menjadikan jenaka atau gurauan itu kebiasaan
v) Gurauan bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya
vi) Gurauan yang tidak menyebabkan orang lain ketawa berlebihan kerana dengan ketawa yang melampau akan menggelapkan hati
Sesungguhnya Rasulullah SAW ketawa dengan hanya menampakkan barisan gigi hadapan sahaja, tidak lebih dari itu. Imam Hassan Al-Banna juga pernah berkata "jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram"
Dalam wasiat Imam Syahid hassan Al-Banna yang ke-9 juga menyatakan "Jangan Banyak Bergurau"..
Bermuhasabah buat diri dan ingin dikongsi bersama sahabat, jangan kita berlebih-lebihan dalam suatu perkara..bergurau senda, berhibur itu tidak salah, tetapi seandainya sudah berlebih-lebihan dan membawa kepada kelalaian dan yang paling utama menjauhkan kita dari Allah SWt, itu yang perlu kita hindari dan perlu jauhi.
Bergurau senda itu perlu dalam kehidupan kerna akan mengurangkan ketegangan di saat2 tertentu, tetapi apabila ia salah digunakan dan diaplikasikan, ia akan menjadi perkara yang sebaliknya. Tetapi yang paling penting amalkan sifat wasatiah yakni besederhana dalam setiap yang kita lakukan dan tuturkan.
Dari Abu Hurairah RA: bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam.."
Sama2 kita koreksi diri..
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment