"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Sayang..


"SAYANG" suatu ungkapan yang mudah diungkap oleh sepasang bibir seseorang yang bergelar manusia, tapi adakah perasaan yang diungkap itu benar-benar lahir dari hati nurani seseorang itu? ataupun sekadar suatu ungkapan yang tiada makna, tepuk dada tanya iman!!..
.
Beberapa waktu ini sangat terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling diri. Melihat, menafsir dan mengeluarkan beberapa output yang pastinya menjadi peringatan untuk diri sendiri dalam meneruskan kehidupan di bumi subur Allah SWT ini.
.
Dunia hari ini semakin kritikal dengan pelbagai permasalahan yang melibatkan sosio kehidupan sesebuah masyarakat. Pelbagai gejala negatif dan perkara2 yang berkaitan dengannya semakin menular di kalangan masyarakat waktu ini. Virus ini semakin lama semakin parah menular dan masih tiada method penyelesaian terbaik untuk ini.
.
Remaja2 kita semakin terlibat dengan budaya hidup yang tidak sihat sekaligus jika tidak dibendung akan terus mengundang pelbagai masalah seperti kes kecuriaan, dadah, ragut dan yang sewaktu dengannya. Jika disemak dan diteliti statistik perkara negatif seperti ini, ia semakin hari semakin meningkat dan yang pastinya peratus remaja Islam itu yang tertinggi terlibat dengan perkara2 negatif ini.
.
Remaja sudah semakin jauh dengan fitrah Islam itu sendiri. Tiada kesedaran dan perasaan ubudiyyah serta ihsan terhadap Allah SWT. Apabila Islam itu tidak tertegak dalam diri seseorang individu, maka pastilah segala yang dilakukan tidak kembali kepada fitrah Allah SWT.
Sayang seribu kali sayang, jika remaja2 seperti ini terus dibiarkan tanpa ada usaha sedikit pun dari masyarakat sekeliling. Kembalikan mereka pada fitrah Islam dan cara hidup "ad-Deen" itu sendiri.Pasti hidup mereka terpandu olehNya kelak.
.
Kembali kepada konsep "SAYANG"..jangan disalah guna ungkapan ini, letakkan pada yang berhak, Insyaallah dipertunjukkan segala jalan kebaikan untuk kita. Buat remaja2 perempuan, jangan mudah menuturkan perkataan ini pada bukan yang berhak, jika itu berlaku, pasti disitu pemula kepada perkara2 yang tidak diingini. Sama2 kita fikirkan..Sayang lah diri sendiri setelah kita mencintai Allah dan Rasul kerana jika hilang rasa sayang pada diri sendiri, maka tiada makna lagi perkataan SAYANG itu.

Perteguhkan Islam dalam diri kita, agar sentiasa terlorong di jalan Allah SWT. Peliharalah segala anugerah yang Allah berikan pada kita, seperti mata, mulut dan segala anggota badan kerana pasti setiap yang diperkatakan, dilakukan akan dipersoal kelak. Teruskan pencarian ilmu sebanyak mungkin agar ia menjadikan kita semakin hampir padaNya. Jauhi segala sifat mazmumah agar ia tidak meracuni kehidupan kita.Sayangi Diri Sendiri..
Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"