"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Diaturkan @ Peraturan




Alhamdulillah..Rally Nisa' Gp berjalan sehabis baik..terima kasih sahabat2 kerana saling berusaha untuk mencapai objektif Rally Nisa' GP di setiap checkpoint. terima kasih juga kepada semua yang telah menyumbang samada dlm bentuk tenaga, kewangan, barang2, iringan doa dan segala-galanya, semua tu semakin melancarkan Rally Nisa' GP ini. Moga sentiasa dalam naungan cintaNya.

Banyak sungguh pengalaman baru yang diperoleh sepanjang hampir 3 bulan gerakerja Rally Nisa' GP ini. Moga semua itu semakin mematangkan diri dalam melalui ranjau2 kehidupan mendatang.

Hidup ini "di aturkan", benarkan?? Bermula dari bangun tidur, segala yang dilakukan sepanjang hari dan akhir nya tidur kembali, semua itu telah diaturkan. Percakapan, perbuatan dan lintasan hati yang keluar secara zahir melalui diri kita juga semua telah diaturkan. Siapa Pengatur Terbaik ini? Pastinya kita diaturkan oleh Allah SWT mengenai setiap inci hidup ini. Bermula dari ruh manusia ditiupkan ke dalam rahim seorang ibu, maka telah diaturkan ajalnya, rezekinya, jodohnya. Maka tidak siapa boleh melawan qada' dan qadar Allah SWT ini.

Dalam satu Hadith Rasulullah SAW, riwayat Abdullah bin Mas'ud ra. "Kejadian manusia dijadikan dalam rahim ibunya selama 40 hari. Sebaik sahaja genap 80 hari maka terbentuklah segumpal darah beku. Setelah genap 120 hari pula segumpal darah itu berubah menjadi seketul daging. Kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat untuk meniupkan ruh serta memerintahkan supaya menulis 4 perkara iaitu rezeki, ajal maut, amalan serta nasib samada mendapat kebahagiaan atau kecelakaan."

Qada' dan Qadar pastinya sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Qada' dibahagi kepada dua iaitu qada' mu'alaq dan qada' mubram. Qada' mu'alaq adalah ketetapan Allah yang boleh berubah melalui usaha dan ikhtiar seorang manusia. Qada' mubram pula ialah ketentuan Allah yang telah ditetapkan dan tidak boleh berubah walaupun segala usaha telah diikhtiarkan.

Dalam firman Allah SWT: Al-Hadid : 22
"Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

Jadi setiap yang kita lakukan pada waktu ini telah diaturkan oleh Sang Maha Pencipta kita Yang Maha Esa atas segalanya. Tetapi manusia harus terus berdoa memohon segala kebaikan untuk diri sendir, sesungguhnya doa itu adalah ikhtiar kita sebagai hambanya.

"Peraturan"..Benarkah peraturan itu penting dalam kehidupan seharian?? Teringat sewaktu menguruskan Makluman konvoi Rally Nisa' GP di sekitar Gelang Patah, berurusan dengan Unit Trafik di 4 buah pejabat Polis. "kalau urusan konvoi ni, bukan berurusan di sini, kene pergi pejabat polis lain, kita ada prosedur dan 'peraturan' sendiri" "nak buat konvoi ada 'peraturan' dia..permit kene minta..kamu nak berhimpun ke ni?kumpul ramai2?" "laluan trafik ni ada 'peraturan' terendiri, semua driver mesti ada lesen dan mengikuti semua 'peraturan' jalanraya" "kami hanya menjaga laluan di bahagian ini, laluan selepas itu bukan di bawah pantauan kami, kita da 'peraturan' pembahagian jalan" dan pelbagai lagi kata2 mereka mengenai peraturan jalanraya dan konvoi. Akhirnya surat makluman konvoi ditandatangani oleh inspektor2 di beberapa pejabat polis tersebut.


Itulah pentingnya sesuatu yang bergelar 'peraturan' bg melancarkan kehidupan seharian dan mengelakkan berlakunya kucar kacir dalam hidup manusia.Diri ini berfikir, jika 'peraturan' yang ditetapkan oleh manusia, berusaha untuk dilaksanakan kepada semua peringkat masyarakat tetapi 'peraturan' Allah SWT tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh manusia waktu ini.

Segala 'peraturan' Allah telah tertulis secara lengkapnya di dalam Al-Quran Al-Karim. Dalam kitab agungini meliputi segala aspek dan inci kehidupan manusia. Jika benar-benar manusia menghayati dan mengamalkan segala yang termaktub dalam Al-Quran pasti hidup manusia itu teratur dengan baik sekali. Tetapi umat Islam masa kini semakin jauh dengan Al-quran, Al-Quran tidak dijadikan lagi sebagai panduan hidup, disebabkan itu struktur kehidupan manusia semakin rapuh dan akhitnya pasti hilang nilai Islam dalam kehidupan manusia.
.
Dalam satu Hadith, Rasulullah SAW bersabda: "Telah aku tinggalkan dua perkara, jika kamu mengikutnya pasti kamu tidak akan tersesat iatu Al-Quran dan Sunnah"
.
Begitulah hidup ber'peraturan' dan hidup yang telah 'diaturkan'. Doa itu senjata mukmin, teruslah berdoa agar kehidupan ini yang terbaik untuk kita semua.
Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"