"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Jauhi Perasaan Itu..




Mata semakin berat, badan juga keletihan, berada di dalam perbincangan malam itu memaksa diri untuk terus kuat menangkap kata2 yang cuba disampaikan dan dibincangkan sesama ahli perbincangan. 13hb malam kami berada di Kg Ladang, bersama2 berbincang demi meningkatkan pencapaian PASTI cawangan dari segenap sudut. Dalam kesamaran malam itu, telinga menangkap ayat Allah SWT yang dibacakan oleh Pengerusi PASTI GP.
.
Al-Hujurat : 12, Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan). Kerana sebahagian dari prasangka itu dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang lain, dan janganlah menganjing antara satu sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
.
Sungguh terkesan peringatan Allah ini dalam diri. Prasangka suatu bende yang subjektif yang tidak dapat diukur dan dinilai tahapnya kerana ia terletak dalam hati, fikiran dan tafsiran manusia. Prasangka juga tidak boleh dihalang dan ditapis, benda dalam hati, bila ia terbit atau terlintas, lagi2 mengenai keburukan seseorang, ia akan terus dicucuk oleh nafsu jahat termasuklah syaitan2 laknatullah yang semakin menghangatkan prasangka tersebut. Yang dikatakan ini adalah prasangka tidak baik atau buruk mengenai sesuatu perkara atau seseorang.

Prasangka buruk biasanya berpunca dari hati yang kotor, hati yang penuh hasad dengki, hati yang sakit dengan kelebihan dan kegembiraan orang lain. Bermula dari hati, akhirnya terlahir jua di mulut seseorang itu mengenai apa yang bergolak dalam hatinya. Dan akhirnya inilah yang menjadi virus kerosakan dan punca pecah belahnya masyarakat waktu ini terutama sekali umat Islam.
.
Dalam medan perjuangan dakwah ini, para da'i tidak mungkin terlepas dari berprasangka buruk terhadap yang lain ataupun sesama sendiri. Hal inilah yang perlu kita kawal dan senantiasa perlu diperingatkan agar ia tidak terus menjadi perosak dalaman yang mungkin pada luarannya kita nampak elok dan baik, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu disebalik semua itu. Bahayanya kita jika terus berprasangka sesama sendiri, gerakerja terbantut, perbincangan terhenti, kesatuan terbelah, kasih sayang terkikis dan segalanya menjadi sia2 disebabkan sifat berprasangka buruk. Pilihlah jalan terbaik untuk sama2 berbincang dan meluahkan, cari jalan penyelesaian supaya sesuatu prasangka itu "clear". Berlapang dadalah dengan sahabat2 seperjuangan kita selagi hal tersebut tidak mendatangkan apa2 mudhrat kepada sesuatu gerakan dakwah.
.
Buang prasangka buruk terhadap mad'u kita. Bila terbit satu prasangka buruk terhadap mereka, pasti terasa sukar untuk mendekati golongan seperti ini. Pasti akan rasa ada benteng penghalang antara kita dan mereka. Nyahkan perasaan tersebut, pelbagaikan method untuk kita rapat dan mengenali mereka, demi Islam itu terus meresap masuk ke dalam hati setiap mad'u.
.
Jangan berprasangka lagi. Berlapang dadalah dengan semua yang berlaku disekeliling kita. Kerana azab Allah itu pasti bagi mereka yang suka bercerita mengenai keburukan seseorang. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat Hambanya.
Khas buat diri dan semua, pasti kita pernah melakukannya, cukuplah yang dah berlalu, jangan ulangi lagi untuk kali yang seterusnya. jauhi perasaan itu, raikan kelebihan dan kebahagian orang lain yang pasti bukan milik kita. Dan kita pasti memiliki segala hak kita. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"