"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Bukan Semua Yang Kita Rancang Menjadi Milik Kita

Salamalaik..

Salam jumaat buat semua..moga2 hari yang penuh barakah ini turut memberi kesan kepada perjalanan seharian hidup kita pada hari ini. Insyaallah. "Bukan semua yang kita idamkan atau rancangkan akan menjadi milik kita". Saya rasa semua mengerti maksud secara umum apa yang cuba saya ingin kongsikan disini.
.
Allah SWT telah mengaturkan segala yang terbaik buat kita, rezeki, jodoh, ajal, semuanya Allah tetapkan dan tuliskan semasa kita berada di alam rahim lagi. Sebagai hamba kita kene akur dan redha di atas setiap yang berlaku setelah kita puas berusaha dan seterusnya bertawakal.
.
Mungkin pada saat sesuatu yang mungkin kita tidak rancang dan jangka itu berlaku, kita tidak bersedia menghadapinya. Tetapi yakinlah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang berlaku. Allah mengambil sesuatu yang pastinya bukan milik kita, sebab nak bagi kita hak kita yang sebenarnya dan pastinya itulah yang terbaik buat kita.
.
Membuat keputusan mengenai perjalanan hidup seharian bukannya mudah seperti yang di sangka.Lagi2 keputusan yang besar dan bertembung dari sudut keutamaannya. Kita merasakan kedua2nya penting, mana satu yang perlu kita dahulukan?? Inilah kebiasaan yang menjadi masalah untuk kita putuskan. Sebab itu, kita umat Islam sentiasa digalakkan untuk meneruskan Solat Istikharah, bukan sekadar untuk Jodoh, tetapi setiap masa dalam hidup kita, memerlukan kita memutuskan apa tindakan yang perlu diambil.
.
Setelah kita menimbang tara keutamaan kedua2nya seiring dengan doa dan munajat kita kepada pencipta kita, yakinlah dengan keputusan yang dibuat. Allah lebih tahu semuanya. "Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alalllah". Mungkin keputusan itu perit buat kita, tapi Insyaallah itulah ketenangan buat kita.
.
"Innallahama'ana".. adakah setiap masa kita yakin dengan kalimah ini. Senang untuk disebut tetapi perlukan mujahdah yang tinggi untuk kita plikasikan sepenuhnya ke dalam diri kita. Setiap masa kita bukan bersendirian kerana setiap masa Allah sentiasa bersama kita. Berdoalah kepadanya selalu, bermonologlah dengannya setiap masa kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2nya. Keyakinan ini juga sangat berkait rapat dengan aqidah islam yang menjadi pegangan utama setiap umat Islam. Al-Baqarah : 152 " Ingatlah kepadaKu, maka Aku akan ingat kepadaMu, bersyukurlah kepadaku, jangan kamu ingkar kepadaKu"
.
**Buat sahabat2 yang dalam perjalanan ke Kelantan, moga Allah rahmati dan lindungi kalian setiap masa. Maaf terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar untuk diputuskan di saat2 terakhir. Doaku sentiasa bersama kalian. Moga Allah kuatkan hati hambamu ini..**

1 comments:

Nanie said...

salam, sahabat,

Semoga diberikan hati yg kuat dalam mengharungi hidup.
Semoga segala perancangan selari dengan perancangan Allah swt,
walaupun kadang-kadang terasa pahit untuk membuat keputusan yang mungkin kita tidak bersedia menghadapinya.namun kita perlu belajar dan siapkan diri untuk sebarang kebarangkalian yg mgkn akan berlaku dimasa akan datng, walaupun kebarangkalian itu tidak termasuk dalam perancangan kita..
semoga tiap keputusan yang dibuat juga adalah ilham dari al-khaliq, walaupun ianya pahit mungkin itu yang terbaik buat kita.

salam mujahadah :)

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"