"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

ISLAM kah aku?? (siri 1)



ISLAM, suatu perkataan yg mudah disebut dan dilafazkan. Alhamdulillah, Allah kurniakan kita merasai nikmat Iman dan Islam itu, tetapi adakah kita benar2 menghayati dan faham, apakah itu Islam? Islam itu ialah selamat, sejahtera, aman, damai dan tenang. Secara istilahnya pula Islam adalah "Ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala apa yang diperintah-Nya dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya". Islam ialah ad-din dan cara hidup.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah :3
"Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda2 yg diharamkan) sedangkan ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (makabolehlah ia memakannya) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani"


Mari sama-sama kita refresh kembali mengenai 5 rukun Islam:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan haji di Mekah


Sama-sama kita muhasabah, kita yang dilahirkan beragama Islam ini, adakah kita benar2 menghayati Islam itu sendiri. Solat kita, adakah diterima oleh Allah SWT?cukup lima waktu sehari semalam?moga2 Allah terima solat kita selama ini, kerana Solatlah yang paling utama dinilai disisiNya..moga2 kita semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan hati ini sentiasa kuat menunaikan tanggungjawab sebagai hambaMU.


Firman Allah SWT lagi dalam Surah al-Baqarah : 208

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata"


Jelas Allah menunjukkan bahawa Islam tidak boleh diambil atau dilaksanakan separuh-separuh. Pengamalan dan penghayatan Islam mestilah secara menyeluruh merangkumi seluruh aspek kehidupan. Bukan hanya ketika hendak bersolat sahaja kita mengamalkan Islam, tetapi dalam sudut pakaiannya, pergaulannya, permakanannya dan segala2nya. Salah satu sifat khusus Islam juga ialah Syumuliyyah iaitu Islam bersifat lengkap merangkumi semua aspek, dari sekecil2 benda hingga sebesar2 benda. Dari adab makannya, cara beristinjaknya sehinggalah kepada sistem perundangan dan sistem keselamatan.Sesungguhnya Islam itu lengkap. Maka kita semua wajib beramal dengan islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.


Marilah sama2 kita renung kembali ke dalam diri kita, adakah benar2 kita menghayati ISLAM ini, ataukah hanya sekadar title di kad pengenalan ataukah hanya sekadar Islam kerana dilahirkan dalam keluarga Islam, sama2 kita tingkatkan keimanan kepadaNya..Ya Allah ampunkan dosa2 kami semua, tetapkan hati kami agar sentiasa taat dan patuh kepada perintahMu.


Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"