"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

6 di bulan Syawal

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudiaan diikuti 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa penuh setahun" sabda RasuluLLAH saw.

Alhamdulillah kita semua telah melalui fasa tarbiyyah Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih atau gembira di saat melepasi medan tarbiyyah Ramadhan ini. Moga kita semua terus dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk bertemu Ramadhan akan datang, InsyaALLAH

Istiqamah kan segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan, agar ia berterusan hingga saat ini dan seterusnya. Jangan kita digelar hanya berpura-pura, kerana Ramadhan meningkatnya amal ibadat kepada ALLAH tetapi setelah Syawal menjelma berkurangla segala amal ibadat tersebut.

Kembali kepada hadith di atas, jom kita teruskan berpuasa 6 di bulan Syawal agar keberkatan dan rahmat puasa Ramadhan itu lebih dirasai dan dikecapi.

Jika Solat  ade solat Fardhu dan Sunat, solat sunat adalah pelengkap ataupun penampal lompang2 kelalaian kita semasa solat Fardhu. Maka puasa sunat 6 di ulan Syawal ini juga seumpama itu, menjadi pelangkap puasa-puasa kita di bulan Ramadhan lepas.

Mari sama2 terus berusaha menjadi hamba yang Istiqamah bukan hanya sekadar hamba yang melakukan ibadat kerana bulan Ramadhan tetapi  berterusan bagi terus mengekalkan keimanan dan kehambaan kita kepadaNya..InsyaALLAH

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"