"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

Ramadhan Yang UNIC

Subhanallah Walhamdulillah

Masih dikurniakan segenap nikmatMu, 5Ramadhan begitu cepat..

Ramadhan dikurniakan Allah sangat UNIK bagi insan2 yang hatinya benar-benar merindui kehadiran Ramadhan dan jiwanya sentiasa telus memburu kenikmatan Ramadhan

Ya Allah bantu kami untuk terus merasai kehangatan Ramadhan Kareem ini

Ustaz Badli Shah Alauddin berkongsi mengenai keunikan Ramadhan ini..

Ulama' berkata Ramadhan ini UNIK kerana 3 perkara : 1) Qiam 2) Siyam (puasa) 3) Al-Quran

Qiam bahasa mudahnya bangun..orang selalu sebut qiamullail, bangun pada waktu malam..Rebut kekhusyu'kan bertemu Allah pada waktu sepertiga malam atau pertengahan malam..

Qiam ini juga bole disebut berterawikh. Solat terawikhini solat sunat, suatu ibadah yang tidak perlu diberat2kan..Lakukan dengan mudah tetap mengikut rukun2 Solat.

Rebutlah untuk memenuhi masjid2 untuk berterawikh, pasti ditemui nikmatnya di situ

Ada 4 solat sunat yang dituntut dilakukan secara berjemaah 1)solat sunat hari raya (aidilfitri & aidiladha) 2) solat  sunat gerhana bulan dan matahari, 3)solat sunat minta hujan dan 4) solat sunat terawikh. Sunat mu'akad dilakukan secara berjemaah

As-Siyam yakni berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi hikmah disebalik berpuasa itu yang kita patut cari.

Antara 3 ibadah yang paling tua di dunia ini adalah Qurban, Solat dan Puasa

Yang terakhir Al-Quran itu sendiri, berlumba umat Islam membaca Al-Quran setiap hari, dimana-mana pun pembudayaan membaca Al-Quran itu semakin menjadi2. Ada masa lapang sahaja pasti yang dibaca adalah Al-Quran. Kesemuanya mengejar rahmat di bulan penuh barakah ini

Jelas Keunikan Ramadhan yang Allah ciptakan buat para hambaNya merasai melalui mata hati

Satu Sabda Rasulullah SAW,
"10 hari pertama Ramadhan adalah Rahmat, 10 hari berikutnya adalah Pengampunan dan 10 hari terakhir adalah Pelepasan Dari Azab Neraka"

Jangan sesekali kita terlepas peluang tersebut walau sesaat pun, bukan hanya sekadar bersemangat di 10 hari pertama, tetapi kita perlu berusaha untuk mengekalkan momentum memburu keberkatan Ramadhan ini hingga malam terakhir Ramadhan

Kerna Pasti Kita Tidak Tahu

Adakah Kita akan Berjumpa Lagi Di Ramadhan Akan Datang...

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"