"Ya Allah, Jangan Kau Condongkan Kami Kepada Kesesatan Setelah Engkau Memberikan Petunjuk dan Hidayah Mu Kepada Kami"- Al-imran : 8

Pages

InsyaALLAH, dengan izinNya

Sudah menganjak ke 15 Ramadhan
Alhamdulillah masih terus diberi kesihatan dan kekuatan meneruskan bulan penuh kemuliaan ini
Hujung minggu Ramadhan yang terisi bersama-sama sahabat baru dan ilmu motivasi baru, penuh hikmah alhamdulillah

Menghampiri fasa terakhir bulan Ramadhan, pecutan harus diteruskan untuk benar2 sampai ke tahap maksimum dan kepuasan bagi setiap individu..

Dua hari lagi 17 Ramadhan,malam turunnya Al-Quran kalam Allah ke muka bumi ini.
Bermulanya siri-siri penerimaan mukjizat Rasulullah SAW hingga ke ayat terakhir sebelum baginda wafat..

Berkongsi pengisian seorang ustaz mengenai ayat-ayat di dalam Al-Quran,

Al-Quran dicipta Allah sangat indah dan unik,
Tiada siapa atau tiada penyair hebat mana  pun yang dapat menandingi keindahan susunan ayat2 di dalam Al-Quran, MasyaAllah...

Dalam Al-Quran ada ayat2 berbentuk suruhan, ayat2 larangan, ayat2 yang meberi motivasi dan ayat2 pujian, ayat2 ganjaran dan ayat2 aza
Sungguh cantik Allah susunkan ayat-ayat di dalam Al-Quran

Ada kalimah dalam Al-Quran yang ALlah sentiasa ulang dan ulang, subhanallah cantiknya penciptaan Al-Quran

Kalimah yang hurufnya syin, ya dan hamzah juga diulang2 dalam Al-Quran, ade yg disebut berbunyi syai un, syai in atau syai an, tetapi asas perkataan itu menggunakan tiga huruf yang sama

Dalam Al-Quran terdapat 201 kalimah ini ..tapi 200 kalimah sahaja yang bunyi nya syai un, syai in atu syai an..Yang lagi satu kalimah pula bunyinya bagaimana?

Dalam sirah ada menyebutkan, pada suatu hari bangsa Yahudi datang berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya mengenai 3 perkara: i) ashabul kahfi, ii) Dzulkarnain dan iii) yakjud makjud

Rasulullah menjawab, "datanglah pada hari esok, aku akan bagi jawapannya"
Maka Rasulullah SAW pun menunggu wahyu dari ALlah swt mengenai persoalan yang dikemukakan itu
Dari hari ke hari Allah masih tidak menurunkan wahyu, Maka Rasulullah tidak dapat menjawab persoalan2 tersebut

Sehunggalah lebih kurang 15 hari setelah itu, Allah menurunkan ayat Surah Al-Kahfi : 23 -24
"Dan jangan sekali-kaliengkau mengatakan terhadap sesuatu, Aku pasti akan melakukan itu esok pagi. Kecuali dengan mengatakan InsyaALLAH. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah mudah-mudahan tuhanku akan memberiku petunjuk agar aku lebih dekat kebenarannya daripada ini"

Satu teguran ALLAH yang sama2 kita ambil iktibar darinya

Apabila berjanji atau mengkehendaki membuat sesuatu itu, sebutlah InsyaALLAH

ALLAH maha tahu apa yang bakal terjadi kelak..

Teruskan kekhusyu'kan di bulan Ramadhan ini
Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

"Hidup Ini segalanya Indah, Dengki dan Dendam Kesumat Musnah, Biar Keikhlasan Berbicara di Dada Hati Luas Saujana"